Cari Blog Ini

31 Julai 2008

Ceramah Isra' Wal Mi'raj

CERAMAH

ISRA' DAN MI'RAJ


" MERUNGKAI KEBATILAN DAN DAKWAAN SONGSANG
BERKENAAN PERISTIWA ISRA' DAN MI'RAJ "

OLEH :

AL-FADHIL USTAZ HANIF BIN MOHAMED AL-HAFIZ

TARIKH :
31 JULAI 2008

MASA:
SELEPAS SOLAT MAGHRIB

TEMPAT :

MUSOLLA AL-HIJRAH,
BLOK 55 PANGSAPURI NILAM SARI,
SEKSYEN 7, SHAH ALAM, SELANGOR


" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

JAIS & PIMPINAN Anjur Program Tolak Wahhabi

CERAMAH PERDANA


AQIDAH

AHLI SUNNAH

WAL JAMA'AH

&

BAHAYA AJARAN WAHHABI


Oleh:

Ustaz Mohd Rasyiq Bin Mohd Alwi

( Abu Syafiq Al-Asy’ary )

( 012-2850578 )

Tarikh :
31 JULAI 2008

Masa: Lepas Maghrib

Tempat :
Dewan Solat Ittihad Diniyyah, Seksyen 6, Shah Alam, Selangor.

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

22 Julai 2008

FAKTA GEMPARRR !!!


JAKIM Tolak Ibnu Taimiyyah !!!
JAKIM Tolak Wahhabiyyah !!!

Golongan musyabbihah dari zaman dahulu lagi, sebelum kedatangan Ibn Taimiah hinggalah dewasa ini sentiasa bertungkus- lumus untuk menyatakan bahawa Allah Ta’ala ada bertempat dengan menggunakan istilah-istilah yang berbeza. Di kalangan mereka berhujahkan dengan ayat al Quran
الرحمن على العرش استوى
dengan menafsirkan ayat tersebut mengikut hawa nafsu mereka atau mengikut ulama-ulama musyabbihah wahabiah, dan banyak lagi hujah-hujah mereka yang batil untuk mensabitkan ‘tempat’ bagi Allah.

Mereka(golongan musyabihah) juga mengatakan Allah ada tempat tapi tempatNya bukanlah seperti tempat-tempat makhluk, atau pun tempatNya Dia sahaja yang tahu. …Subhanallah …manusia jenis apakah yang mengatakan sedemikian sehingga ada niat yang jahat untuk mengatakan Allah mempunyai tempat. Dari hujah manakah mereka ambil sehingga boleh menghukumkan orang yang berpegang aqidah ‘Allah ada tanpa bertempat’ ini dari Muktazilah dan Jahmiah?.


MAKLUMAT SEPENUHNYA SILA RUJUK http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/0/333B620BF2A286854825747B003E17EF



" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

NOTA + TERJEMAHAN ISI PENTING :

CERAMAH PERDANA
AQIDAH AHLI SUNNAH WAL-JAMA'AH
&
AL-ISRA' WAL MI'RAJ

OLEH
:

SYEIKH DR. AHMAD AJJOUR
(PENSYARAH UNIVERSITI BEIRUT)

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

10 Julai 2008

CERAMAH AQIDAH AHLI SUNNAH WAL-JAMA'AH & AL-ISRA' WAL MI'RAJ

CERAMAH PERDANA AQIDAH AHLI SUNNAH WAL-JAMA'AH &
AL-ISRA' WAL MI'RAJ


OLEH
:

SYEIKH DR. AHMAD AJJOUR
(PENSYARAH UNIVERSITI BEIRUT)


TARIKH : 11 Julai 2008 / 8 Rajab 1429 (Jum'at)
TEMPAT :
Masjid al-Falakh, USJ 9, Subang Jaya.

(MAJLIS BERMULA SELEPAS SOLAT MAKGHRIB)
(TERJEMAHAN & NOTA DISEDIAKAN)

PETA KE MASJID AL-FALAKH

08 Julai 2008

PENGIKTIRAFAN KEILMUAN SYEIKH AL-MUHADDITH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASHI

PUJIAN RASMI (BERCOP) ULAMAK MALAYSIA
TUAN GURU HJ HASHIM PASIR TUMBUH
terhadap
AL-MUHADDITH SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASHI


" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

04 Julai 2008

KALAMULLAH

Kalamullah atau kata-kata Allah adalah Qadim (azali/tanpa permulaan) sebagaimana sifat-sifatNya yang lain kerana Allah tidak serupa dengan segala makhlukNya.

Tidak berlaku atau tidak wujud bagi dzat Allah bersifat dengan sifat yang baharu kerana dzatNya qadim. Maka sifatNya juga wajiblah qadim sepertimana dzatnya. Oleh yang demikian kalamullah bukanlah terdiri dari huruf, suara mahupun bahasa, tiada permulaan dan tiada pengakhiran kerana kesemua itu adalah sifat makhluk. Allah tidak dikatakan “ sebut ” bahkan dikatakan “berkata-kata” kerana berkata-kata bukan semestinya dengan huruf dan suara. “ Sebut ” lebih menjuruskan kepada perkataan yang terangkum dari huruf dan suara.

Al-Quran, Taurat, Injil, Zabur dan suhuf-suhuf sekiranya diertikan atau merujuk kepada kalam dzaatiy iaitu sifat bagi Allah maka ianya bukanlah huruf, suara atau bahasa. Sekiranya ia merujuk kepada kalam yang diturunkan atau lafaz yang diturunkan (lafzul munazzal) yang sebahagiannya berbahasa Arab, Suryani atau ‘Ibrani maka ianya adalah makhluk. Namun begitu, ini bukanlah bermakna ianya ciptaan atau rekaan manusia mahupun malaikat. Ianya merupakan ‘ibarat yang menunjukkan kepada kalam dzaatiy yang tidak disifatkan sebagai berbahasa Arab dan lain-lain. Walaupun demikian keduanya tetap disebut Kalamullah.

Berdasarkan kepada apa kenyataan di atas ini menunjukkan bahawa di sana terdapat dua istilah ‘ Kalamullah’ :

Pertama : Istilah yang merujuk kepada Kalam Dzaatiy maka ianya bukanlah suara, huruf mahupun bahasa, azali dan abadi.

Kedua : Istilah kepada (lafzul munazzal) kalam yang diturunkan yang dibaca oleh orang Islam, ianya terdiri dari huruf dan bahasa, ada permulaan dan pengakhiran.

Merujuk kepada istilah yang kedua (lafzul munazzal), ianya datang dari Allah juga, bukanlah rekaan malaikat mahupun Nabi. Allah memerintahkan Malaikat Jibril mengambil apa yang tercatat di Lauhul Mahfuz untuk diturunkan kepada nabi-nabiNya. Maka Jibril menurunkan seperti mana yang diperintahkan oleh Allah kepada nabi-nabi yang diberikan kitab contohnya Nabi Muhammad. Jibril membacanya iaitu al-Quran dengan huruf dan suara dalam Bahasa Arab yang didengar oleh Nabi Muhammad, kemudian Nabi pula membacanya kepada para sahabat sehinggalah sampai kepada kita sekarang.

Berlainan pula di hari kiamat kelak setiap manusia akan mendengar kalamullah yang azali abadi yang bukan huruf, suara dan bahasa dimana mereka memahami setiap perkara yang diajukan oleh Allah.

Contoh untuk lebih mudah difahami seperti berikut :-

Lafaz atau kalimah ALLAH merupakan ibarat kepada ' Dzat Tuhan Yang Azali lagi Abadi ', Yang Maha Suci lagi Maha Agung yang mempunyai segala sifat kesempurnaan. Apabila kita sebut “ kami sembah Allah ” maka maksudnya seperti di atas.

Apabila kita tuliskan atas white board perkataan “Allah” sebagai contoh, lalu kita soal seseorang; “ apakah ini ? ” Pasti dijawab ; “Allah”. Jawapan ini bermakna kalimah Allah tersebut merupakan ‘ibarah (menunjukkan) kepada Dzat Allah Yang Azali Abadi yang disembah, bukannya perkataan atau huruf itu sendiri ialah Allah.

Golongan muktazilah dihukum kafir oleh Ahli Sunnah Wal Jama’ah kerana mereka beriktikad Allah tidak bersifat dengan sifat Kalam atau dalam erti kata lain mereka menafikan sifat tersebut. Inilah yang disebutkan sebagai Ahli Ta’til. Mereka berkata Allah menciptakan kalam pada yang lain. Seperti kisah Nabi Musa mereka mengatakan ‘ Allah ciptakan kalam pada sepohon pokok, maka pokok tersebutlah yang berkata-kata dengan Nabi Musa. Allah tidak bersifat dengan sifat Kalam ’…wal’iyaazubillaah !

Golongan musyabbihah (menyamakan Allah dengan makhluk) pula kafir kerana beriktikad Kalamullah ada suara, huruf dan bahasa. Sekiranya demikian samalah dengan manusia, jika sama maka sudah tentulah sifatNya baharu seperti kita juga. Natijah daripada iktikad tersebut bermakna bukanlah Allah pencipta kalam kita yang ada sekarang yang bersuara, huruf dan bahasa. Ini adalah iktikad yang batil lagi sesat.

Oleh yang demikian, barangsiapa mengatakan al-Quran yang ada sekarang di dalam mushaf sebagai makhluk, tidaklah kafir tetapi haram. Ianya tetap ditegah kerana dibimbangi berlaku salah faham lalu ada yang beriktikad Kalamullah yang merupakan sifat bagi Allah itu adalah makhluk. Adapun di dalam majlis ilmu tidak mengapa kerana ianya dihuraikan secara terperinci untuk penjelasan dan kefahaman. Sesiapa beriktikad kalamullah yang merupakan sifat bagi Allah adalah makhluk, hukumnya kafir. Sebaiknya berkata : “Al-Quran Kalamullah bukan makhluk ”.
Carta Kalamullah


Dalil bahawa al-Quran diistilahkan kepada kalam yang diturunkan ialah firman Allah dalam Surah al-Fath, ayat 15 :


يريد أن يبدلوا كلام الله

š

Maksudnya: “ Mereka (iaitu orang kafir) hendak mengubah Kalamullah ".

Maksud ayat ini ialah orang kafir hendak mengubah al-Quran yang diturunkan ini iaitu Lafzul Munazzal bukannya mengubah Kalamullah yang merupakan Sifat Dzaatiy bagi Allah. Wallahu A’alam Wa Ahkam

03 Julai 2008

CARTA 13 SIFAT WAJIB BAGI ALLAH

SESUNGGUHNYA ALLAH SUBHAANAHU WATA'ALAA BERSIFAT DENGAN SEGALA SIFAT KESEMPURNAAN YANG LAYAK (ada dalilnya di dalam al-Quran / Hadith) BAGINYA...DAN ALLAH MAHA SUCI DARI SEGALA SIFAT KEKURANGAN.

" نحن أنصار دبن الله - كفى هذا قيمة "