1- Silsilah Nabi kita :
Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutallib Bin Hasyim Bin Abdu Manaf Bin Qusai Bin Kilab Bin Murrah Bin Ka’ab Bin Luai Bin Ghalib Bin Fihr Al-Qurasyi Bin Malik Bin An-Nudhor Bin Kinanah Bin Khuzaimah Bin Mudrikah Bin Ilyas Bin Mudhor Bin Nizar Bin Ma’ad Bin ‘Adnan. Silsilah keturunan ‘Adnan itu pula sampai kepada Nabi Ismail dan seterusnya kepada Nabi Ibrahim.
-Tahun: Tahun Gajah.
- Bulan Kelahiran: Rabi’ul Awwal.
- Hari: Isnin.
- Tempat: Suqul Lail ( Pasar Malam ) Di Mekah.
Hukumnya adalah harus bahkan dituntut oleh Islam apabila bertujuan menzahirkan cinta kepada Nabi Muhammad dan disambut dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.
(Rujuk Fatwa Imam As-Sayuti dalam Al-Hawi Lil Fatawa juzuk 1 m/s 189-197 risalah Husnul Maqsid Fi Amalil Maulid).
- Sambutan besar-besaran pertama diadakan pada kurun ke 7 Hijriah oleh Raja di Irbil bernama Raja Al-Muzaffar Abu Sa’id Kukubri Bin Zainuddin Ali Bin Baktatin. (Rujuk pujian Ibnu Kathir tentang raja tersebut kerana meraikan Maulidun Nabi dalam kitabnya Al-Bidayah Wan Nihayah juzuk 3 m/s 137).
Golongan Wahhabi merupakan golongan yang songsang berpegang dan menyampaikan akidah Yahudi iaitu ‘ Allah Duduk ’. Wahhabi turut menghukum umat islam yang menyambut Maulidun Nabi sebagai sesat dan berdosa besar setaraf berzina dengan ibu kandung sendiri. Tujuann mereka menghukum seluruh umat Islam sebagai sesat adalah untuk menghalalkan darah umat Islam dan membunuhnya dengan itu hancurlah umat islam dimuka bumi ini dan bermaharajalelalah akidah mereka dan akidah yahudi kafir iaitu ‘Allah Duduk’. Semoga Allah menyelamatkan kita daripada terpengaruh dengan ajaran Wahhabi.
Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wasallam.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan