=> Allah adalah Tuhan yang menciptakan segala alam ini iaitu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.
=> Apa yang ada di bumi seperti manusia, haiwan, jin, syaitan, tumbuh-tumbuhan, bukit-bukau, laut, sungai, hutan dan lain-lain, Allah yang ciptakan.
=> Apa yang ada di langit seperti malaikat, planet-planet, matahari, bulan, bintang dan lain-lain, Allah yang ciptakan.
=> Allah adalah Tuhan yang sebenar, tidak ada ciptaan yang menyamai ciptaan Allah.
=> Hanya Agama Islam sahaja agama yang sebenar dan betul kerana datangnya dari Allah.
=> Hanya Agama Islam sahaja agama yang diredhai oleh Allah, Tuhan seluruh alam.
=> Agama-agama lain tidak benar dan tidak betul kerana manusia sendiri yang buat.
=> Sesiapa yang menganut Agama Islam dipanggil Orang Muslim atau Orang mukmin.
=> Sesiapa yang menganut agama selain Agama Islam dinamakan Orang Kafir.
=> Setiap orang yang mati dalam Islam dan Iman akan masuk SYURGA, kekal selamanya.
=> Setiap orang yang mati dalam Kafir akan masuk NERAKA, kekal selamanya.
=> Syurga adalah tempat yang penuh keseronokan, penuh keindahan, penuh nikmat, penuh kesenangan yang disediakan oleh Allah bagi Orang Mukmin
=> Nikmat Syurga tidak ada tandingan di dunia ini.
=> Neraka adalah tempat yang penuh azab, penuh sengsara, penuh ketakutan bagi orang kafir dan orang yang melakukan dosa di kalangan Orang Mukmin.
=> Azab Neraka tidak ada tandingan di dunia ini. Ada Neraka yang azabnya amat panas, dan ada Neraka yang azabnya amat sejuk.
=> Agama Islam menyuruh manusia beriman kepada Allah, bahawa Allah sahaja Tuhan sebenar.
=> Agama Islam menyuruh manusia menyembah Allah sahaja dan beribadat kepadaNya seperti bersembahyang, puasa, zakat dan lain-lain.
=> Agama Islam menyuruh manusia berakhlak dengan akhlak yang baik seperti jangan menipu, mesti tolong menolong, menghormati ibu bapa dan guru.

