Cari Blog Ini

29 April 2009

Majlis Haul Syeikh Abdul Qodir Al-Jilani di Melaka

Assalamualaikum...

Pengumuman & Jemputan Khas
Buat Tuan-Tuan & Puan-Puan, Muslimin & Muslimat Yang di DiRahmati Alllah
Ke

Majlis Haul


Syeikh Abdul Qodir Al-Jilani Rodhiallaahu Ta'aala 'Anhu

Tarikh :
3 Mei 2009 (Ahad)


Jam :
10
Pagi

Tempat :
Surau Jemaah Pdg Kemunting, Pengkalan Balak , Melaka


Tetamu Khas :


Syeikh Afifuddin Al-Jilani
Keturunan ke 36 Syeikh Abd Qadir Al Jilani


Maklumat Lanjut Sila Hubungi :

Kamarul
012-6393481

Terima kasih, Wasalam.


" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "
Assalamualaikum Tuan,
enguman majlis tersebut di atas.
Tarikh : 3 Mei 2009 (Ahad)
Jam : 10 Pagi
Tempat : Surau Jemaah Pdg Kemunting, Pengkalan Balak , Melaka
Ustaz : Rosnan Bin Alias
Tetamu Khas : Syekh Afeefudin Al Gailani
Saya boleh dihubungi di hp : 012-6393481
Terima kasih, Wasalam.


" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

27 April 2009

Kewujudan Allah Tanpa Memerlukan Tempat

Kewujudan Allah Tanpa Memerlukan Tempat



Allah berfirman yang maksudnya:"Tiada suatupun yang menyerupai-Nya". (As-Syura:11)

Ahlus sunnah menjadikan ayat ini sebagai dalil bahawa Allah itu wujud tanpa memerlukan tempat. Kerana yang wujud dengan bertempat hanyalah makhluk ciptaan Allah. Dan Allah tidak menyerupai suatupun makhluknya. Oleh itu Allah tidak berhajat kepada tempat.

Dalil daripada hadis pula ialah sabda Rasulullah yang bermaksud: "Allah telah wujud dan tiada suatu yang lain wujud selain-Nya". (hadis riwayat Bukhari dan Al-Baihaqi)

Hadis ini menunjukkan bahawa sejak azali tiada suatupun yang wujud melainkan Allah sahaja kerana Allah wujud tanpa ada bagi-Nya permulaan. Pada azali tiada suatupun makhluk yang wujud samada cahaya, kegelapan mahupun tempat.

Jadi Allah telah sedia wujud sebelum adanya tempat. Selepas diwujudkan tempat maka Allah masih dalam keadaan asal-Nya iaitu tanpa bertempat.

Mereka yang mengatakan bahawa Allah berada di tempat tertentu selepas terciptanya tempat tersebut, sesungguhnya telah menjadikan Allah itu bertukar dan berubah. Dan setiap benda yang berubah adalah makhluk kerana sifat makhluk adalah berubah-ubah.

Mereka telah menyamakan Allah dengan makhluk tanpa mereka sedari. Perhatikan setiap makhluk yang wujud di dunia ini semuanya berubah. Manusia misalnya berubah daripada kecil kepada dewasa kemudiannya menjadi tua seterusnya menemui ajal. Begitu juga dengan haiwan dan binatang yang melata semuanya mengalami perubahan.

Jadi bagaimanakah mereka boleh mengatakan Allah itu wujud dengan bertempat?

Jika mereka katakan kepada anda bahawa Allah itu tinggal di langit maka katakan kepada mereka: "Sebelum langit dicipta, di mana Allah tinggal pada masa itu?".

Begitu juga jika mereka katakan kepada anda bahawa Allah itu duduk di atas Arash maka katakan kepada mereka: "Sebelum diciptakan Arash maka di mana Allah duduk?".

Jika mereka mengatakan sebelum langit dicipta Allah wujud tanpa bertempat, tapi selepas langit dicipta maka Allah tinggal di langit, maka katakan kepada mereka: "Sesungguhnya kamu telah menjadikan Allah itu bertukar dari satu keadaan kepada keadaan yang lain iaitu daripada tidak bertempat kepada bertempat dan ini adalah sifat makhluk. Kamu telah menyamakan Allah dengan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta makhluk-makhluk yang lain kerana kesemua makhluk tersebut berubah. Dan barangsiapa yang menyamakan Allah dengan makhluk maka dia tidak mengenali tuhannya dan dia dengan itu juga telah kufur kepada tuhannya".

Kata-kata ulama ahlus sunnah yang menyatakan bahawa Allah itu tidak bertempat:
1. Imam Abu Mansur Al-Baghdadi (wafat 429 hijrah) di dalam kitabnya Al-Farqu Bainal Firaq berkata: "Ahlus sunnah telah berijmak bahawa Allah wujud tanpa bertempat".

Jadi barangsiapa yang menyalahi pendapat ini maka ketahuilah bahawa dia bukan dari golongan ahlus sunnah walaupun dia mendakwa sedemikian, bahkan ketahuilah bahawa dia itu seorang MUSYABBIHAH iaitu orang yang menyerupakan Allah dengan makhluk.

2. Imam Abu Mansur Al-Baghdadi dan Ar-Ramli meriwayatkan daripada Saidina Ali bahawa beliau berkata: "Allah telah ada sebelum wujudnya tempat, dan keadaan-Nya sekarang seperti keadaan asal-Nya (iaitu tanpa bertempat)". Lihat kitab Al-Farqu Bainal Firaq dan Fatawa Shamsuddin Ar-Ramli.

3. Al-Hafiz Murthado Az-Zabidi di dalam kitabnya Syarah Ihya' meriwayatkan daripada Imam Ali Zainul Abidin bahawa beliau berkata: "Maha Suci Allah, sesungguhnya Engkau tidak bertempat".

4. Imam Tajuddin Muhammad bin Hibatillah Al-Makki di dalam kitab akidahnya yang dinamakan 'Hadaiq Al-Fusul Wa Jawahir Al-Usul', yang mana kemudiannya dikenali dengan nama 'Akidah Solahiyah' iaitu nisbah kepada Sultan Salehuddin Al-Ayyubi berkata:

"Sesungguhnya Dia telah wujud dan tempat tidak wujud Dan keadaan-Nya sekarang seperti mana keadaan asal-Nya Maha Suci Allah daripada berada pada tempat Dan Maha Suci Allah daripada berubah dengan masa"

Nota: Akidah ini diperintahkan oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi supaya diajar kepada kanak-kanak disekolah-sekolah pada zaman itu. Sultan Salahuddin seorang yang bermazhab Syafie. Beliaulah yang membebaskan Masjid Al-Aqsa (Al-Quds) daripada tangan tentera salib Kristian.

Ketahuilah bahawa pada zaman ini telah wujud satu golongan yang menamakan diri mereka sebagai 'ahlus sunnah wal jamaah' (ahlus sunnah palsu) dan menyebarkan akidah bahawa Allah itu tinggal di langit dan duduk di atas Arash.

Mereka adalah pengikut kepada Ibnu Taimiyyah Al-Harrani yang wafat pada tahun 728 hijrah. Dan Ibnu Taimiyyah ini mempunyai seorang ank murid yang kuat memperjuangkan idea-idea beliau yang bernama Ibnul Qayyim Al-Jauziyah. Dan Ibnul Qayyim Al-Jauziyah ini pula wafat pada tahun 756 hijrah.

Ibnu Taimiyyah ini mati di dalam penjara dan beliau dipenjarakan kerana akidahnya yang sesat itu. Beliau bukanlah mati dizalimi seperti yang dikatakan oleh setengah pihak yang jahil tentang diri beliau.

Antara ulama yang menentang Ibnu Taimiyah:

a. Imam Mujtahid Al-Hafiz Taqiyuddin As-Subki
b. Al-Hafiz Abu Hayyan Al-Andalusi (seorang ahli tafsir yang terkenal)
c. Imam Tajuddin As-Subki (beliau anak kepada Imam Taqiyuddin As-Subki)
d. Al-Hafiz Salahuddin Al-Ala'ie
e. Al-Hafiz Az-Zahabi

Ulama-ulama yang disebutkan itu tadi ialah mereka yang hidup sezaman dengan Ibnu Taimiyah.

Dan anak murid Ibnu Taimiyah sendiri iaitu Al-Hafiz Az-Zahabi di dalam kitabnya An-Nasihah Az-Zahabiyah mengatakan: "Sesungguhnya Aku telah letih memerhati dan menilai Ibnu Taimiyah sehingga akhirnya aku menjadi bosan dalam jangka masa yang panjang.Tidaklah Ibnu Taimiyah itu dipinggirkan oleh ulama Mesir dan Syam, sehingga mereka memperkecilkannya, dan mereka mendustakannya serta mereka mengkafirkannya melainkan disebabkan sifat ujub dan takabbur kecintaan Ibnu Taimiyah yang mendalam untuk menjadi ketua segala ulama".

Pada mulanya Al-Hafiz Az-Zahabi ini memuji Ibnu Taimiyah kerana Ibnu Taimiyah ini adalah gurunya. Tapi selepas menyedari hakikat Ibnu Taimiyah yang sebenarnya, maka beliau pun meninggalkannya.

Antara ulama yang menyebut tentang hal sebenar Inbu Taimiyah ialah Al Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitab beliau Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari dalam kitab at-Tauhid, Ibnu Taimiyah mengatakan Arash adalah Qadim iaitu wujud sejak azali bersama Allah tanpa ada penciptanya, tidak syak kata-kata seperti ini adalah 'Kufur' iaitu murtad keluar dari agama islam.

Kemudian Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitabnya yang berjudul Ad-Durar Al-Kaminah menyebutkan bahawa Ibnu Taimiyah dipenjara disebabkan oleh Fatwa-fatwa beliau yang bercanggah dengan Akidah umat Islam dan Ijmak Ulama.

Bahkan salah seorang anak murid Ibnu Taimiyah yang bernama Salahuddin As-Sofadi di dalam kitab tarikhnya yng berjudul 'A'yan Al-Asr Wa A' wan An-Nasr' turut menyebutkan hal yang serupa. Ini membuktikan bahawa apa yang diperkatakan oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani adalah benar dan bukan dusta.

Antara ulama lain yang datang selepas Ibnu Taimiyah yang menghukumkan Ibnu Taimiyah sesat ialah Ibnu Hajar Al-Haithami, salah seorang ulama dalam mazhab Syafie, seperti yang dinyatakan di dalam kitabnya Al-Fatawa Al-Hadisiyah. Di dalam kitab ini beliau mengatakan: "Ibnu Taimiyah adalah insan yang dihina dan disesatkan oleh Allah".

Idea-idea sesat Ibnu Taimiyah ini kemudiannya dikutip pula oleh Muhammad bin Abdul Wahab (pengasas mazhab Wahabi). Beliau ini juga diisytiharkan oleh ulama zamannya sebagai seorang yang sesat. Bahkan bapanya sendiri iaitu Syaikh Abdul Wahab dan abang kandungnya Syaikh Sulaiman bin Abdul Wahab menghukumkan beliau sesat.

Abang kandungnya Syaikh Sulaiman Abdul Wahab telah mengarang sebuah kitab untuk menentang ajaran Muhammad Abdul Wahab yang dinamakan 'Fashlul Khitob Fi Raddi 'Ala Muhammad bin Abdul Wahab'.

Syaikh Ahmad Zaini Dahlan iaitu seorang mufti mazhab Syafie di Mekah mengarang sebuah kitab yang dinamakan 'Fitnah Al-Wahabiah'. Di dalam kitab ini beliau menyebut tentang kesesatan dan kekejaman yang dilakukan oleh Muhammad Abdul Wahab dan para pengikutnya.

Syaikh Muhammad bin Abdullah Al-Najdi Al-Hanbali di dalam kitabnya 'As-Suhub Al-Wabilah'menyebut tentang kejahatan Muhammad bin Abdul Wahab di mana beliau berkata : "Muhammad bin Abdul Wahab ini jika gagal membunuh orang yang dibencinya di waktu siang maka dia akan menghantar orang lain pada waktu malam untuk membunuh orang tersebut di pasar atau di tempat tidurnya. Ini disebabkan beliau menganggap orang yang menyalahi pendapatnya adalah kafir dan halal darahnya"

Seorang ulama fikah mazhab Hanafi yang bernama Ibnu Abidin di dalam kitabnya 'Raddul Mukhtar' (kitab Al-Bughaat) menyifatkan Muhammad Abdul Wahab dan para pengikutnya sebagai golongan Khawarij.

Golongan Wahabi inilah yang menghidup dan menyuburkan kembali idea Ibnu Taimiyah dan anak muridnya Ibnul Qayyim Al-Jauziyah. Dan sekarang mereka sedang menyebarkan dakwah mereka di seluruh dunia. Berhati-hatilah daripada mereka kerana mereka menyebarkan akidah golongan musyabbihah.
Wallahhu Taala A'lam Wa Ahkam. " نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

23 April 2009

Aqidah Wahhabi mengelirukan anda?

Akidah Wahhabi sememangnya banyak bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah bahkan amat berbeda dengan akidah yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad.

Sebagai contoh akidah mengenai kewujudan Allah, kita dapati ajaran Wahhabi pada satu masa mereka mendakwa 'Allah zatNya berada di dalam langit' kemudian pada masa yang lain pula mereka mendakwa 'Allah berada di atas langit' dan pada yang lain pula kita dapati Wahhabi mempercayai 'Allah duduk di atas kerusi yang berada di atas langit' dan pada masa yang lain pula lagi kita dapati Wahhabi mempercayai 'Allah berada dan bertempat di kawasan Arasy' pula, dan lebih pelik pada masa yang lain pula akidah mereka 'Allah berada dan bertempat di atas Arasy'. Sedangkan kesemua tempat-tempat itu amat berbeda antara satu sama lain. Kerana itulah Ulama Ahli Sunnah menaikkan slogan akidah Islam sebenar iaitu " Allah Ada Tanpa Bertempat " yang bererti Allah tidak diliputi oleh tempat kerana Allah tidak memerlukan mana-mana tempat samaada langit, kerusi atau Arasy.

Akidah Wahhabi yang menukar-nukar tempat bagi Allah mengikut dakwaan mereka hakikatnya adalah mempermainkan kewujudan Allah dan ilmu asas akidah mengenal Allah itu sendiri. Apabila didapati banyak pertukaran-perubahan akidah mereka sendiri perihal kewujudan Allah dapatlah disimpulkan akidah mereka berbolak-balik berubah-ubah bertukar-tukar khususnya dalam masaalah beriman dengan Allah. Kesemua tadi menunjukkan akidah Wahhabi tidak tetap dan tidak setia dek kerana mereka menyalah-tafsirkan nas-nas agama maka tidak peliklah akidah mereka amat mengelirukan.

Apa yang pasti jika seseorang itu mengikut Wahhabi akan banyak terkeliru dan tersalah-anggap dengan agama Islam sebenar. Berdasarkan kajian, akidah fahaman Wahhabi harus ditolak kerana menganggu-gugat perpaduan umat Islam dan inilah yang telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan & JAKIM.

*PENTING:-



MALAYSIA MENOLAK DAN MENYEKAT AJARAN WAHHABIYAH BERDASARKAN:- -

MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-12 PADA TAHUN 1985, KALI KE-14 PADA TAHUN 1985, KALI KE-16 PADA TAHUN 1986, KALI KE-40 PADA TAHUN 1996, KALI KE-42 PADA TAHUN 1997, KALI KE-44 PADA TAHUN 1998,


DAN


-MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-14 PADA TAHUN 2000,KALI KE-20 PADA TAHUN 2002 DAN KALI KE-23 PADA TAHUN 2003.

KESEMUA KEPUTUSAN ADALAH MENYEKAT AJARAN WAHHABIYAH KERANA MENGGUGAT PERPADUAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA.

SUMBER DARI:

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
DAN JAWATANKUASA PENYELARASAN PENYELIDIKAN ISLAM KEBANGSAAN (JAPPIS)

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

14 April 2009

Rasul Dahri Kalah Mati






RASUL DAHRI YANG MEMBAWA AGAMA WAHHABI MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK. RASUL DAHRI BANYAK KALI LARI DALAM BANYAK PERDEBATAN KERANA MENGAKUI TIDAK MEMILIKI HUJJAH

SEMUA BUKU KARANGAN RASUL DAHRI DIHARAMKAN
OLEH
MAJLIS FATWA KEBANGSAAN DAN KERAJAAN MALAYSIA.


1. Setiap Bid'ah menyesatkan (1)
Pengarang : Rasul Dahri
Penerbit : Perniagaan Jahabersa, No.15, Jalan Dataran3/3, Taman Kempas,
81200 Johor Bahru

2. Persoalan Bid'ah dan Percanggahannya
Pengarang : Rasul Dahri
Penerbit : Perniagaan Jahabersa, No.15, Jalan Dataran3/3, Taman Kempas,
81200 Johor Bahru
Pencetak : Percetakan IWC Sdn. Bhd. No.78, Jln. 10/11 8B Desa Tun Razak
(Industrial Park) 56000 Cheras, Kuala Lumpur

3. Bahaya Taqlid Buta & Ta'sub Mazhab
Pengarang : Rasul Dahri
Penerbit : Perniagaan Jahabersa, 15, Jalan Dataran 3/3 Taman Kempas, 81200 Johor
Bharu, Johor.
Pencetak : Percetakan ICW Sdn.Bhd, Kuala Lumpur

4. Bahaya Tarikat Sufi / Tasawuf Terhadap Masyarakat
Pengarang : Ustaz Rasul Bin Dahri
Penerbit : Perniagaan Jahabersa, 15, Jalan Dataran 3/3, Taman Kempas, 81200 Johor
Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia
Percetakan Putrajaya Sdn.Bhd.

5. Hukum Mengenai Rokok & Mencukur Janggut
Pengarang : Rasul Dahri
Penerbit : Perniagaan Jahabersa 15, Jalan Dataran 3/3, Taman Kempas, 81200 Johor
Bahru, Johor.
Pencetak : Percetakan Nasional Malaysia Berhad Caw. Johor Bahru.



إنَّا لِلََّهِ وَ إنَّا إلَيْهِ رَاجِعُونَ

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

01 April 2009

Jemputan Maulid Rasul Masjid Negara 2009


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
MASJID NEGARA MALAYSIA,
KUALA LUMPUR


Di Antara Ulama'-Ulama' Yang Menambahkan Seri Majlis Dengan Ilmu Mereka :



1. Asy-Syeikh Dr. Salim Alwan Al-Hasany
- Pengerusi Darul Fatwa Ausralia (Berketurunan Rasulullah Dari Nasab Sayyidina Hasan)



2. Asy-Syeikh Dr. Ali Gomaa Mohamed Abdelwahab
- Mufti Kerajaan Mesir

3. Asy-Syeikh Dr. Tariq Laham Al-Husainy
(Berketurunan Rasulullah Dari Nasab Sayyidina Husain)



4. Ustaz Asy-Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Ar-Rembawi Al Maliki
- Penasihat, Yayasan Sofa Negeri Sembilan

5. Habib Umar Hamid Al-Gailani (Makkah)

6. Syed Abbas Alawi Al Maliki Al Hasani (Makkah)
- Membacakan Qasidah Burdah

7. Dr. Ahmed Omar Hashem - Mantan Rektor, Universiti Al-Azhar, Mesir

8. Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady
- Fello Kehormat ISTAC

9. Prof. Dr. Rafi’ Al-Ani
- Mufti Negara Iraq

10. Maulud Ad-Daiba’ie Oleh Habib Hassan Bin Mohammed Salim Al Attas
(Singapura)

11. Syed Abbas Alawi Al Maliki Al Hasani (Makkah)

12. Sheikh Maulana Afeef Uddin Al Gailani

PADA :
11 APRIL 2009

TEMPAT :
MASJID NEGARA MALAYSIA, KUALA LUMPUR

MASA :
Majlis Dijangka Bermula Selepas Solat Asar Dengan Ceramah Pertama Yang Bakal Disampaikan Oleh Muffti Negara Iraq Pada Jam 5:30 Petang.

Makan Malam Disediakan + Makanan Sampingan !!!

Sebuah Majlis Ilmu Yang Selesa dan 'Simple' :-

Duduk dengan Tekun & Penuh Perhatian Mendengar Ceramah
+

Solat Maghrib Dan Isya' Secara Berjemaah

+

Join Bacaan Qasidah (cam puisi gitu)


+++ BONUS +++

Berdoa Bersama-Sama Ulama' Di Penghujung Majlis.

UMAT ISLAM DARI SELURUH PELUSUK NEGARA DAN RANTAU NUSANTARA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI BAGI MENAMBAHKAN GEMILANG SERI MAJLIS ILMU BERSAMA PARA ULAMA' BERTARAF DUNIA

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM


" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) DEDAHKAN AJARAN BERTOPENGKAN KHILAFAH ISLAMIYYAH !

AWAS AJARAN SONGSANG ' HIZBUT TAHRIR !!! '









Sumber Asli & Tulen daripada :
Majalah Al-Kulliyyah
Terbitan :
Badan Dakwah (JAIS)




Ketahuilah bahawa ajaran Hizbut Tahrir lebih radikal dari selainnya. Mereka sanggup membuat kacau di majlis-majlis ilmu agama tanpa adab dan akhlak.

Hizbut Tahrir cepat memfitnah umat Islam dengan pelbagai gelaran seperti Jabariyyah, Ahlisunah Wal Jamaah adalah kumpulan terhina dan lain-lain.

Hizbut Tahrir menghukum negara Malaysia dan Indonesia sebagai Negara Kafir bak halal untuk membuat apa sahaja ke atasnya.

Hizbut Tahrir juga menghukum seluruh umat Islam tanpa terkecuali semenjak ratusan tahun yang lalu sebagai mati dalam dosa besar bak kekufuran orang jahiliyyah kononnya atas dasar tidak mendirikan khilafah mengikut cara Hizbut Tahrir.

Hizbut Tahrir menghina aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan mencela ASWJ.

Hizbut Tahrir mengkafirkan ulama Islam Al-Asy'irah dengan gelaran Al-Jabariyyah yang kafir.

Dan 'jutaan' penyelewengan fahaman songsang ini yang juga mengakui Khilafah Uthmaniyyah rebah dan jatuh dek perbuatan golongan yang dinamakan sebagai Salafiyyah Wahhabiyyah.

AWAS! HIZBUT TAHRIR MENIPU ANDA DENGAN NAMA SLOGAN
"KHILAFAH 'ALA MANHAJ NUBUWWAH".


Semua umat Islam menyokong Khalifah dan sistem Khilafah yang benar tetapi menolak cara Hizbut Tahrir kerana suka mengkafirkan umat Islam dan bertindak pelampau juga beraqidah yang ganjil tidak selari dengan aqidah Ahli sunnah Wal Jama'ah. Hizbut Tahrir mengunakan pelbagai slogan Khilafah tetapi hakikatnya mereka membawa ajaran songsang berbeza dengan aqidah para Khalifah-khalifah Islam dan seluruh umat Islam (ASWJ).

AWAS! HIZBUT HARIR BERTOPENGKAN POLITIK
DEMI MERIALISASIKAN FAHAMAN YANG SONGSANG MEREKA.

Demi Allah ! saya mengenali mereka luar dan dalam dan saya pernah bersama mereka ditempat mereka kuat bergerak di tanah arab. Mereka amat bahaya kerana mempergunakan slogan yang benar iaitu Khalifah dan Khilafah tetapi setelah orang yang berilmu berkecimpung dengan mereka terserlah mereka beraqidah songsang dan membawa puluhan fahaman yang menyeleweng.

Semoga Hizbut Tahrir kembali ke jalan yang benar dan saya bersedia untuk kali ke berapa entah untuk bertemu dengan mereka bagi membincang masaalah ummat secara tertutup atau terbuka tetapi perlulah beradab buka main rampas-rampas.

Wassalam.

Ulasan dipetik dari : www.abu-syafiq.blogspot.com


" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "