Ketahuilah bahawa akidah islam antaranya adalah Allah wujud tanpa memerlukan kepada mana-mana tempat, akidah ini berdalilkan firman Allah dalam surah As-Syura ayat 11 :
(Tiada sesuatupun yang menyerupai Allah)
Sekalipun lafaz
Apabila Allah dan RasulNya tidak pernah menyatakan Dia bertempat maka menafikan tempat bagi Allah itu adalah sesuatu yang tidak dilarang oleh syarak sepertimana kita menafikan bagi Allah sifat berjanggut, sifat beranggota dan sifat-sifat yang lemah yang mana sifat yang lemah tersebut lafaznya tidak pernah disandarkan oleh Al-Quran dan Hadis Nabi. Begitu juga kita menafikan lafaz yang membawa sifat persamaan Allah dengan makhluk-makhlukNya, sebagai contoh kita melafazkan : ‘ Allah tidak serupa dengan ayam, Allah tidak serupa dengan manusia’ walaupun lafaz tersebut tidak dinyatakan dalam Al-Quran mahupun Al-Hadith tidaklah bererti kita dilarang menafikannya. Ini kerana Allah telah berfirman yang bermaksud “ Tiada sesuatupun menyerupaiNya”, di sini Allah telah menafikan ketidaksamaan diriNya dengan makhlukNya secara umum. Maka menafikan tempat bagi Allah tidak dilarang oleh islam berdasarkan dua perkara :
1- Tidak pernah Allah dan RasulNya menyandarkan lafaz ‘bertempat’ bagi Allah.
! Mujassimah Musyabbihah mempercayai bahawa tempat bagi Allah adalah di atas arasy berdalilkan secara dusta pada firman Allah dalam surah Toha ayat 5.
Ketahuilah bahawa lafaz ‘istawa’ apabila disandarkan kepada Allah tidaklah bererti duduk mahupun bertempat. Ini kerana sifat duduk dan bertempat merupakan sifat makhluk dan tidak pernah Allah dan RasulNya menyatakan “ Allah Duduk”, dan tidak pernah juga Allah dan RasulNya menyatakan “Allah Bertempat” wallahi tidak pernah!




Alhamdulillah... ini lah aqidah ustaz saya bawa kepada sy.. dgn berpandukan kitab² muktabar "tuhfathul muryd= imam baijuri" dan byk lg kitab² ulama' ASWJ yg muktabar..
BalasPadam