Cari Blog Ini

31 Januari 2009

SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD, 7.FEB.09


CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES


INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA

"SEMINAR PEMBINAAN UMMAH
&
MEMBASMI MURTAD"


THEME:
Mengurangkan Kekeliruan, Mengukuhkan Kefahaman"

TARIKH:

7
th February 2009 /12 H 1430 صفر

VENUE:
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur


ORGANIZED BY:
MAHALLAH REPRESENTATIVE COMMITTEE (MRC)
ALL MAHALLAH IN PETALING JAYA & NILAI CAMPUS
FOUNDATION STUDENTS COORDINATION COUNCIL (FSCC)

IN COLLABORATION WITH:

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)
YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

PROGRAMME DETAILS


TIME

ACTIVITIES

7.30 A.M.

Arrival of participants

7.45 A.M.

Arrival of speaker and VIPs

1. VIPs

- Mufti Wilayah Persekutuan

- Pengarah JAKIM

- Penaung Yayasan Sofa Negeri Sembilan

(Dato’ Syed Omar bin Abdul Qadir al-Aidrus)

8.15 A.M.

Opening remarks by Master of Ceremony

Al-Qur’an Recitation

Speech by Dato’ Syed Omar b. Abdul Qadir

Launching by Ketua Pengarah JAKIM

Multimedia Presentation

9.15 A.M.

Breakfast

9.45 A.M.

Talk 1

-Ust. Hj. Zamihan Hj Mat Zin

( Peranan Mahasiswa Dalam Memahami serta Membanteras Penyelewengan Agama dan Gejala Murtad )

10.45 A.M.

Break

11.00 A.M.

Talk 2

- Ust. Hj Mahfuz Bin Muhammad

( Kesamaran yang Perlu Dijelaskan dalam Memahami Agama )

12.45 A.M.

Lunch and Zuhr Prayer

2.00 P.M.

Talk 3

-Ust. Ahmad Faidzurrahim

( Pegangan Jitu Seorang Muslim )

3.15 P.M.

Break session

4.30 P.M.

Sesi Suai Kenal bersama Ulama’

- Tausiyah by al-Mukarram Syeikh ‘Afeefuddin al-Jailani

-Tausiyah by al-Habib ‘Ali Zaenal Abidin al-Hamid

- Special performance by Qasidah Group from Yayasan Jenderam

PROGRAMME DETAILS

SPECIAL TALK

مفاهيم يجب أن تصحح

(TOWARDS A UNDERSTANDING OF ISLAMIC FAITH)

7.45 p.m. : Arrival of participants, VIPs and speakers

1) VIPs

- Dean of CFSIIUM

- Deputy Dean of all departments

- Tuan Mohd. Shukor Bin Sabudin( Yang Di Pertua Yayasan Sofa Negeri Sembilan )

2) Speaker - Syeikh Muhammad Fuad b Kamaluddin al-Maliki

: Ratib Haddad Recitation-lead by al-Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid

8.15 p.m. : Opening Remarks by MC and Al-Qur'an Recitation

9.15 p.m. : Talk Begins

11.00 p.m. : Question & Answer Session

11.15 p.m. : Maulid Daiba’ie Recitation - Lead by Qasidah Nabawiyyah As-Sofa Group

11.45 p.m : Disperse & Refreshment

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi,
Saudara Said Saufi di talian :
013 6280251

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

29 Januari 2009

ULAMA' HABAIB

ULAMA' HABAIB






" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

26 Januari 2009

SEBAB MULUT BADAN BINASA

KALAM HIKMAH SYEIKH ABDULLAH AL-HARARY

قََالَ الإِمَامُ الشَّيْخُ عَبْدُ اللهِ الهَرَرِيُّ رَحِمَهُ اللهُ :

عَلَيْكَ بِطُوْلِ الصَّمْتِ يَا صَاحِبَ الحِجَى
لِتَسْلَمَ فِي الدُّنْيَا وَ يَوْمَ القِيَامَةِ


Telah berkata Al-Imam Asy-Syeikh Abdullah Al-Harary
Yang Dirahmati Allah :


" Ke atas kamu untuk senantiasa berdiam diri
wahai orang yang bijaksana

agar kamu terselamat
di dunia dan hari kiamat ".


Mutiara Hikmah daripada Al-Imam Asy-Syeikh Abdullah Al-Harary ini merupakan satu nasihat kepada kita semua agar senantiasa/berpanjangan berdiam diri iaitu daripada memperkatakan ataupun menuturkan bicara yang terkandung di dalamnya maksiat dan dosa seperti mengumpat, memaki hamun, mencarut, menipu dan sebagainya.

Adapun saranan agar kita senantiasa berdiam diri bukanlah pula bermaksud kita diam dan terus membisu daripada berkata-kata pada segala aspek termasuk dalam hal mencegah kemungkaran mahupun dalam memberi pengawasan kepada masyarakat daripada ajaran-ajaran songsang kerana ianya merupakan satu kewajiban dan tanggungjawab bersama.

Seorang sahabat Rasulullah yang bernama Abdullah Bin Mas'ud pernah pada satu ketika mengambil (memegang) lidahnya lalu memberitahu kepada lidahnya :

يَا لِسَان! قُلْ خَيْرًا تَغْنَمْ وَاسْكُتْ عَن شَرِّ تَسْلَمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَنْدَم،
إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله ُعلََيْهِ وَ سَلَّمَ يَقُولُ : أَكْثَرُ خَطَايَ ابْنِ ءَادَمَ مِن لِّسَانِهِ


Maksudnya :
Wahai Lidah ! Berkatalah yang baik nescaya kamu akan sejahtera
dan diamlah daripada berkata yang buruk (jahat)
nescaya kamu akan selamat sebelum kamu menyesalinya;
Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah
Sallallaahu 'Alaihi Wasallam bersabda :
" Paling banyak dosa anak adam (manusia) itu adalah daripada lidahnya ".


" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

25 Januari 2009

MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB : PENGASAS AJARAN WAHHABI - SESAT LAGI MENYESATKAN ?!

MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB :
PENGASAS AJARAN WAHHABI - SESAT LAGI MENYESATKAN ?!



FAKTA RINGKAS LAGI BENAR :

- Muhammad bin Abdul Wahhab 1206H merupakan pengasas ajaran Al-Wahhabiyyah yang mendorong pengikutnya mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka.

- Saudara kandungnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab sering memberi peringatan kepada umat Islam dizamannya agar tidak mengikut ajaran baru bawaan Muhammad bin Abdul Wahhab kerana ajaran itu jelas menghina ulama Islam serta mengkafirkan umat Islam. (Sila rujuk 2 kitab karangan Syeikh Sulaiman tersebut : “ Fashlul Khitob Fir Roddi ‘Ala Muhammad bin Abdul Wahhab” dan ” Sawaiqul Ilahiyah Fi Roddi ‘Ala Wahhabiyah”).

- Bapanya juga iaitu Abdul Wahhab turut memarahi anaknya Muhammad kerana enggan mempelajari ilmu islam dan beliau menyatakan kepada para ulama : “Kamu semua akan melihat keburukan yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab ini”. ( Sebagai bukti sila rujuk kitab “As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” cetakan Maktabah Imam Ahmad m/s 275)

!!! - Sejarah membuktikan Wahhabi telah membunuh keturunan Rasulullah serta menyembelih kanak-kanak kecil di pangkuan ibunya ketikamana mereka mula-mula memasuki Kota Taif.
(Sila rujuk Kitab Umaro’ Al-bilaadul Haram m/s 297 – 298 cetakan Ad-Dar Al-Muttahidah Lin-Nasyr).

Kenyataan Para Mufti Perihal Wahhabi :

1. Mufti Mazhab Hambali Muhammad bin Abdullah bin Hamid An-Najdy 1225H menyatakan :
“ Apabila ulama menjelaskan hujah kepada Muhammad bin Abdullah Wahhab dan dia tidak mampu menjawabnya serta tidak mampu membunuhnya maka dia akan menghantar seseorang untuk membunuh ulama tersebut kerana dianggap sesiapa yang tidak sependapat dengannnya adalah kafir dan halal darahnya untuk dibunuh”.

(Rujukan : Kitab 'As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” - m/s 276)


2. Mufti Mazhab Syafi’e Ahmad bin Zaini Dahlan 1304H yang merupakan tokoh ulama Mekah pada zaman Sultan Abdul Hamid menyatakan : ” Wahhabiyah merupakan golongan pertama yang mengkafirkan umat Islam 600 tahun sebelum mereka dan Muhammad bin Abdul Wahhab berkata : Aku membawa kepada kamu semua agama yang baru dan manusia selain pengikutku adalah kafir musyrik “.
(Rujukan : Kitab ” Ad-Durarus Saniyyah Fir Roddi ‘Alal Wahhabiyah - m/s 42)

WAHHABI MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM DAN ULAMA ISLAM.

- Wahhabi Menghukum Sesat Dan Membid’ahkan Para Ulama’ Islam.

- Wahhabi bukan sahaja mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka tetapi

- Wahhabi turut membid’ahkan dan menghukum akidah ulama’ Islam sebagai terkeluar daripada Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Demikian kenyataan Wahhabi :

1. Di sisi Wahhabi Akidah Imam Nawawi Dan Ibnu Hajar Al-Asqolany Bukan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

- Tokoh terkemuka ajaran Wahhabi iaitu Muhammad bin Soleh Al-Uthaimien menyatakan apabila ditanya mengenai Syeikh Imam Nawawi (Pengarang kitab Syarah Sohih Muslim) dan Amirul Mu’minien Fil Hadith Syeikh Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany (Pengarang Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari) lantas dia menjawab: “Mengenai pegangan Nawawi dan Ibnu Hajar dalam Asma’ Was Sifat (iaitu akidah)mereka berdua bukan dikalangan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah”. Rujuk kitabnya Liqa’ Al-Babil Maftuh m/s 42-43 soal-jawab ke 373 cetakan Darul Watan Lin-Nasyr.

2. Wahhabi Menghukum Al-Asya’iroh Sebagai Sesat Dan Kafir.

- Tokoh Wahhabi Abdur Rahman bin Hasan Aal-As-Syeikh mengkafirkan golongan Al-Asya’iroh yang merupakan pegangan umat islam di Malaysia dan di negara-negara lain. Rujuk kitabnya Fathul Majid Syarh Kitab Al-Tauhid m/s 353 cetakan Maktabah Darus Salam Riyadh.

- Seorang lagi tokoh Wahhabi iaitu Soleh bin Fauzan Al-Fauzan turut menghukum golongan Al-Asya’iroh sebagai sesat akidah dan bukan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Rujuk kitabnya Min Masyahir Al-Mujaddidin Fil Islam m/s 32 cetakan Riasah ‘Ammah Lil Ifta’ Riyadh.

3. Wahhabi Mengkafirkan Umat Islam Yang Mengikut Mazhab.

- Wahhabi bukan sahaja menghukum sesat terhadap ulama’ Islam bahkan umat islam yang mengikut mazhab pun turut dikafirkan dan dihukum sebagai musyrik dengan kenyataannya :
” Mengikut mana-mana mazhab adalah syirik “.

4, Wahhabi turut mengkafirkan Saidatuna Hawa ( Ibu manusia)

- Wahhabi ini berani juga mengkafirkan Ibu bani adam iaitu Saidatuna Hawa dengan kenyataannya: ” Sesungguhnya syirik itu berlaku kepada Hawa “.

- Tokoh Wahhabi tersebut Muhammad Al-Qanuji antara yang hampir dengan Muhammad bin Abdul Wahhab. Rujuk kenyataannya dalam kitabnya Ad-Din Al-Kholis juzuk 1 m/s 140 dan 160 cetakan Darul Kutub Ilmiah.

Demi Allah! Ini bukan fitnah atau dongengan tetapi suatu pendedahan secara ilmiah bertujuan memelihara kesucian Agama Islam dan kesejahteraab umatnya daripada ajaran songsang mengkafirkan dan menghalalkan darah umat islam untuk dibunuh.

Awas! Jangan terpedaya dengan dakwaan konon-kononnya Muhammad Abdul Wahhab adalah pengasas ajaran yang benar tetapi telah diselewengkan oleh pengikutnya. Muhammad Abdul Wahhab sememangnya pengasas ajaran yang sesat lagi menyesatkan !

Anda juga mungkin dikafirkan oleh Wahhabi!


" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "