Ceramah Perdana:
Wahabbi, Pulanglah Ke Tempat Asalmu...
(Isu Semasa Mengenai Fahaman Songsang WAHHABI Di Malaysia )

ISLAM AGAMA YANG LURUS !!!





SELAMATKANLAH AQIDAHMU !!!
Olahan Tuan Blog :
" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "
SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH TEGAS ISU TAULIAH ![]() Sultan Sharafuddin Idris Shah Sultan Sharafuddin amat menitikberatkan isu berkaitan isu ceramah tanpa tauliah. “Baginda amat menitikberatkan fasal tauliah kerana ia (tauliah) adalah satu instrumen untuk memastikan setiap ceramah, khutbah serta kuliah agama yang diberikan selaras dengan tuntutan agama Islam. “Malah, perkara itu perlu (tauliah) bagimengelakkan ia terpesong, serta tidak dipolitikkan oleh sesetengah pihak,” Sumber : MENTERI BESAR SELANGOR SOKONG JAIS ![]() Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, tangkapan yang dilakukan oleh Jais terhadap Dr Mohd Asri adalah berdasarkan enakmen yang sudah diluluskan. “Jais mempunyai kuasa, mereka tidak memerlukan waran tangkap, itu hak mereka,” katanya Sumber : ![]() ARTIS-ARTIS SEKSI SOKONG DR.ASRI CABUL HAK JAIS |




KUALA LUMPUR 2 Nov. - Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin didakwa memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari Universiti Jordan.
Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zain AlGhari mendedahkan, berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Asri hanya melibatkan Bahasa Arab dan Sastera.
"Universiti Jordan tidak menawarkan dua pengkhususan dalam satu ijazah. Sekiranya seseorang itu berkelulusan syariah, minor pengajian biasanya melibatkan bidang berkaitan seperti 'fiqh wa usul'.
"Pengajian Bahasa Arab dibenarkan untuk mengambil minor Syariah tetapi hanya sebagai subjek elektif.
Sekiranya ia diambil sebagai elektif, maka ia tidak dikira sebagai pelajar syariah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan Mohd. Asri selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay semalam.
Penahanan Mohd. Asri pada pukul 12 tengah malam itu disebabkan beliau menyampaikan kuliah tanpa tauliah.
Dalam pada itu, Zamihan berkata, tindakan JAIS adalah berlandaskan Akta Kesalahan Syariah yang diguna pakai di seluruh negeri di bawah kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri.
Menurutnya, kebenaran mengajar agama di seluruh negeri memerlukan pentauliahan bagi menjamin keharmonian pegangan agama umat Islam di negara ini.
"Tidak kira seseorang itu professor sekalipun, dia perlu memohon dan menghadiri temu duga yang dijalankan oleh pihak agama Islam negeri," katanya.
Beliau turut mendakwa, pendekatan Asri banyak menggunakan metodologi fahaman Wahabi iaitu sayap dalam Islam yang memahami ajaran agama secara ekstrem.
Menurutnya, golongan tersebut tidak mengikut pendekatan mazhab yang diamalkan di negara ini.
"Bacaan talkin, tahlil, wirid, qunut dan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat semuanya dikatakan bidaah sekali gus mengelirukan masyarakat di negara ini.
"Selain itu, kebanyakan hujahnya juga banyak bertentangan dengan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya.
Sumber :

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam telah bersabda dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari :
" أً فضَلُ الأعمَالُ إيمَانٌ بِاللهِ وَرَسُولِهِ "
Maksudnya: ‘Amalan yang paling baik ialah beriman dengan Allah dan RasulNya ‘.
Beriman dengan Allah dan RasulNya iaitu Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam merupakan amalan yang paling baik dan utama serta dikasihi oleh Allah.
Amalan-amalan soleh seperti sembahyang, puasa, haji, zakat dan lain-lain tidak sah serta tidak diterima oleh Allah kecuali disertai dengan keimanan kepada Allah dan RasulNya.
Orang kafir yang tidak beriman dengan Allah dan RasulNya tidak diterima amalan kebaikan yang mereka lakukan. Bagaimanakah Allah hendak menerima kebaikan yang mereka lakukan dalam keadaan mereka kafir kepada Allah yang menjadikan mereka serta yang memberikan mereka kehidupan, rezeki dan lain-lain.