Ketahuilah wahai diri, bahawa Imam 'Abdullah al-Haddad menganjurkan agar diamalkan membaca suratul Ikhlash sebanyak sebelas (11) kali dan dihadiahkan pahalanya kepada saudara-saudaramu yang telah mendahuluimu kembali ke rahmatullah. Ini adalah anjuran daripada seorang ulama dan waliyullah yang menjadi ikutan dan panutan dirimu, maka apa perlu engkau mendengar suara-suara sumbang yang membid'ahsesatkan amalan-amalan seumpama bertahlil dan hadiah pahala ini. Cukuplah bagimu jika hanya Imam yang mulia ini sahaja yang menganjurkannya, apatah lagi jika bukan hanya beliau seorang sahaja tetapi ribuan bahkan jutaan ulama dan awliya' yang sependapat dengan beliau. Tetaplah engkau istiqamah dengan amalan yang telah engkau terima daripada para ulama dan leluhurmu terdahulu. Jangan dihiraukan celaan para pencela.
Wahai diri, telah berkata Imam yang mulia al-Imam al-Habib al-Quthub al-Ghauts 'Abdullah bin 'Alawi bin Muhammad al-Haddad r.a. dalam karyanya yang bernilai tinggi "Sabilul Iddikar" pada halaman 63, antara lain:-
Dan hadiah al-Quran (yakni hadiah pahala bacaannya) yang sangat memberi manfaat kepada orang mati, kendatipun seluruh al-Quran adalah adalah bermanfaat lagi berkat, adalah bacaan 11 kali surah al-Ikhlash yang agung. Dan hal ini (yakni manfaat amalan tersebut) telah dilihat dalam mimpi-mimpi yang berkat (yakni ru'yatush sholihah / mimpi-mimpi yang benar sebagaimana disabdakan oleh Junjungan bahawa ianya adalah 1/46 daripada nubuwwah).
Maka sewajarnya seseorang itu membaca surah al-Ikhlash menurut bilangan tersebut (yakni 11 kali), sama ada pada setiap malam atau pada setiap hari, atau lebih kerap daripada itu ataupun kurang daripada itu, walaupun hanya setiap malam Jumaat, dan dihadiahkannya pahala yang sedemikian itu kepada dua ibubapanya, para gurunya dan mereka-mereka yang mempunyai hak atasnya.
Wahai diri, amalkanlah anjuran Imam al-Haddad r.a. ini, mudah-mudahan bermanfaat buat ibubapamu, guru-gurumu dan saudara-saudaramu yang telah berpulang dan juga bermanfaat buat dirimu yang bakal menyusuli mereka.
Syeikhuna Ulama' Ikutan Ummah ! - Al-Muhaddith Sayyid 'Alawi Al-Maliki
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjidil Haram Makkah di Bab As-Salam mengenai Ilmu Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dituduh oleh Wahhabi sebagai Toghout Baabis Salam. Wahhabi adalah perosak Islam... Klik Gambar!
Aku seperti Kamu juga seperti mereka...Musafir Kelana mengembara di alam fana...berhenti seketika berteduh di bawah pepohon dunia...lalu aku berlalu...pasti akan berlalu meninggalkan pepohon itu selamanya!
Maksudnya: ‘Amalan yang paling baik ialah beriman dengan Allah dan RasulNya ‘.
Beriman dengan Allah dan RasulNya iaitu Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam merupakan amalan yang paling baik dan utama serta dikasihi oleh Allah.
Amalan-amalan soleh seperti sembahyang, puasa, haji, zakat dan lain-lain tidak sah serta tidak diterima oleh Allah kecuali disertai dengan keimanan kepada Allah dan RasulNya.
Orang kafir yang tidak beriman dengan Allah dan RasulNya tidak diterima amalan kebaikan yang mereka lakukan. Bagaimanakah Allah hendak menerima kebaikan yang mereka lakukan dalam keadaan mereka kafir kepada Allah yang menjadikan mereka serta yang memberikan mereka kehidupan, rezeki dan lain-lain.
Oleh itu Allah hanya terima amalan kebaikan iaitu amalan soleh dari orang yang beriman dengan Allah dan RasulNya sahaja iaitu orang MUSLIM atau MUKMIN.
surah amalan yang selalu di amalkan..
BalasPadamSalla allaho 3ala mu7ammad Salla allaho 3alayhi wassalam
BalasPadam