KITAB AKIDAH MUSLIMIN
SECARA TALAQQI
(TALAQQI : BELAJAR DARIPADA GURU
YANG THIQQAH & BERSANAD)
AKAN DISAMPAIKAN OLEH :
YBHG. AL-FADHIL
AL-USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM
MOHD AL-HAJJ ALAWI
HP : 0199181278
EMAIL : fa_him@hotmail.com
TEMPAT :
SURAU MADRASAH ITTIHAD DIINIYYAH,
SEKSYEN 6, SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
SETIAP JUMAAT MINGGU PERTAMA & KETIGA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI :
USTAZ HANIF AL-HAFIZ
(019 3811979)
" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "




Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamapakah dengan mengatakan allah tidak bertempat membawa maksud sebaliknya allah disemua tempat..
BalasPadamALLAH WUJUD TANPA TEMPAT
BalasPadamKetahuilah bahawa akidah islam antaranya adalah Allah wujud tanpa memerlukan kepada mana-mana tempat, akidah ini berdalilkan firman Allah dalam surah As-Syura ayat 11 :
(Tiada sesuatupun yang menyerupai Allah)
Sekalipun lafaz :
“ Allahu Maujudun Bilaa Makaanin ” iaitu “Allah Ada Tanpa Bertempat” lafaznya tidak disebut dalam Al-Quran mahupun Al-Hadis ianya tidak bermakna kita boleh beriktikad zat Allah itu di sesuatu tempat atau di banyak tempat. Ini kerana Allah sendiri tidak pernah menyatakan dalam Al-Quran bahawa Dia bertempat. Begitu juga sabda Nabi tidak pernah mengatakan Allah Bertempat atau “Allahu Fi Makaan”.
Apabila Allah dan RasulNya tidak pernah menyatakan Dia bertempat maka menafikan tempat bagi Allah itu adalah sesuatu yang tidak dilarang oleh syarak sepertimana kita menafikan bagi Allah sifat berjanggut, sifat beranggota dan sifat-sifat yang lemah yang mana sifat yang lemah tersebut lafaznya tidak pernah disandarkan oleh Al-Quran dan Hadis Nabi. Begitu juga kita menafikan lafaz yang membawa sifat persamaan Allah dengan makhluk-makhlukNya, sebagai contoh kita melafazkan : ‘ Allah tidak serupa dengan ayam, Allah tidak serupa dengan manusia ’, walaupun lafaz tersebut tidak dinyatakan dalam Al-Quran mahupun Al-Hadis tidaklah bererti kita dilarang menafikannya. Ini kerana Allah telah berfirman yang bermaksud “ Tiada sesuatupun menyerupaiNya”, di sini Allah telah menafikan persamaan diriNya dengan makhlukNya secara umum. Maka menafikan tempat bagi Allah tidak dilarang oleh Islam berdasarkan dua perkara :
1- Tidak pernah Allah dan RasulNya menyandarkan lafaz ‘bertempat’ bagi Allah.
2- Berhala-berhala adalah bertempat, maka sekiranya disandarkan tempat bagi Allah maka wujud unsur-unsur menyamakan Allah dengan berhala dan ini adalah akidah Mujassimah Musyabbihah sesat*.
! Mujassimah Musyabbihah mempercayai bahawa tempat bagi Allah adalah di atas arasy berdalilkan secara dusta pada firman Allah dalam surah Toha ayat 5.
" الرَّحْمنُ عَلَى العَرْشِ اسْتَوَى "
Begitu juga sebahagian Mujassimah Musyabbihah yang lain mempercayai bahawa Allah duduk di atas arasy juga mempergunakan ayat yang sama dan ayat-ayat yang mempunyai lafaz ‘istawa’ bagi Allah. Ini tidak lain kecuali menghidupkan akidah Yahudi yang menyandarkan sifat ‘duduk’ bagi Allah.
Ketahuilah bahawa lafaz ‘istawa’ apabila disandarkan kepada Allah tidaklah bererti duduk mahupun bertempat. Ini kerana sifat duduk dan bertempat merupakan sifat makhluk dan tidak pernah Allah dan RasulNya menyatakan “ Allah Duduk ”, dan tidak pernah juga Allah dan RasulNya menyatakan “Allah Bertempat”. Wallaahi tidak pernah!