Cari Blog Ini

11 November 2008

(Pendedahan Eksklusif Berbukti)

PENGASAS AJARAN WAHHABI MENGKAFIRKAN ULAMA ISLAM

MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB PENGASAS AGAMA WAHHABI SECARA JELAS MENGKAFIRKAN ULAMA ISLAM DAN MENGKAFIRKAN DIRINYA SENDIRI. SUMBER & RUJUKAN DIPETIK DARI KITAB KARANGAN MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB SENDIRI.





NAMA KITAB: MUALLAFAAT SYEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB.

CETAKAN: JAMI'AH UMMUL QURA MAKKAH AL-MUKARRAMAH.

BAHAGIAN KELIMA: AR-RASAIL ASY-SYAKHSIYYAH.

MUKASURAT: 186-187.

TEKS RASMI KENYATAAN RISALAH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB SENDIRI:

" DARIPADA MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB KEPADA ORANG ISLAM YANG SAMPAI KEPADANYA KITAB AKU INI ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH...

AKU MEMBERITAHU KEPADA KAMU SEMUA MENGENAI DIRIKU DAN DEMI ALLAH YANG TIADA TUHAN MELAINKAN DIA, BAHAWA SESUNGGUHNYA AKU TELAH MENUNTUT ILMU DAN AKU PERCAYA BAHAWA ADA YANG MENGANGGAP AKU MEMPUNYAI ILMU MA'RIFAH TETAPI KETAHUILAH SESUNGGUHNYA AKU SEBENARNYA PADA WAKTU ITU TIDAK MENGETAHUI LANGSUNG MAKNA LA ILAHA ILLALLAH (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH),

DAN AKU TIDAK TAHU LANGSUNG MENGENAI AGAMA ISLAM SEBELUM INI BEGITU JUGA GURU-GURUKU TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANGAN MEREKA MENGETAHUI MAKNA LA ILAHA ILLALLAH (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH).

BARANGSIAPA YANG MENDAKWA KONONNYA ULAMA MENGETAHUI MAKNA LA ILAHA ILLALLAH (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) ATAUPUN MENDAKWA ULAMA ITU MENGETAHUI MAKNA ISLAM SEBELUM WAKTU INI ATAUPUN MENDAKWA ULAMA ANTARA MEREKA MENGETAHUI MAKNA LA ILAHA ILLALLAH MAKA SESUNGGUHNYA ORANG ITU TELAH MENIPU DAN BERDUSTA ".

Rujuk scan kitab di atas sebagai bukti.

Fokuskan juga pada kenyataan Pengasas agama Wahhabi ini yang bernama Muhammad bin Abdul Wahhab (MAW) bagaimana dia mengkafirkan dirinya sendiri sebelum dia mendakwa diberi ma'rifah khas oleh Allah dan dia juga mengkafirkan tuan gurunya sendiri (antara yg didakwa tuan gurunya adalah ayahnya) dan mengkafirkan ulama-ulama islam sebelum ajarannya timbul.

Ketahuilah bahawa umat Islam sememangnya mengetahui makna La Ilaha Illallah tidak sepertimana yang didakwa oleh Pengasas agama Wahhabi ini (MAW) dan pengikutnya.

Nantikan lagi ratusan pendedahan eksklusif mengenai bahaya ajaran Wahhabi diblog Abu Syafiq.

Apapun saya tetap mendoakan untuk Wahhabi...
Semoga Allah memberi hidayah kepada Wahhabi yang masih hidup.

www.abu-syafiq.blogspot.com

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

06 September 2008

YADIM : SATU PENGIKTIRAFAN (RASMI)

YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA
(YADIM)


IKTIRAF

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI

SEBAGAI

PEJUANG SEJATI
AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH






KENYATAAN DIBAWAH INI DIPETIK DARI SUMBER RASMI YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM)


http://www.yadim.com.my/Ulama/UlamaFull.asp?Id=202



> Rencana >> Tokoh
Pejuang Ahli Sunnah Wal Jamaah sejati
05 September 2008


Dunia Islam baru-baru ini kehilangan sebutir permata yang selayaknya menjadi role model kepada kita semua. Jasanya terhadap Islam memang tidak terhitung kerana sikapnya yang zuhud dan tidak mahu bermegah-megah dengan tindakannya selain sentiasa mengorbankan diri untuk kepentingan masyarakat.

Lelaki alim kelahiran Harar, Ethiopia pada 1910 bersamaan 1328 Hijrah ini gigih memerangi begitu banyak dakyah palsu dan ajaran songsang dalam masyarakat. Meskipun paling menonjol dalam usahanya menetang gerakan Wahabi, namun Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari sebenarnya memberi sumbangan yang jauh lebih banyak.

Beliau adalah seorang yang alim, pakar dalam ilmu Feqah dan kuat berhujah menentang golongan-golongan yang terpesong dari landasan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Paling jelas, seorang yang zuhud dan bertaqwa, ketika lahir, beliau dinamakan Abdullah. Manakala bapanya ialah Muhammad bin Yusuf bin Abdullah bin Jamei’.

Dilahirkan di Bandar Harar pada tahun 1910 bersamaan 1328 Hijrah dan dibesarkan di rumah yang penuh dengan kasih sayang pada ilmu agama. Beliau diberikan didikan agama yang mendalam sejak kecil dan telah menghafal al Quran ketika berumur 7 tahun.

Beliau membesar dengan menghafal ilmu-ilmu agama selain mendalami ilmu hadith dengan sanadnya sekali hinggakan telah berjaya diijazahkan meriwayat hadis nabi pada usia yang begitu muda.

Oleh kerana begitu terserlah kepintaran dan kebijaksanaan beliau, selain pengetahuan ilmu agama yang nyata begitu dalam, beliau telah dilantik menjadi Mufti Harar pada usia yang cukup muda, belum pun mencecah 18 tahun.

Selain sibuk menimba ilmu , zaman muda beliau juga dipenuhi dengan perjuangan untuk membebaskan Somalia daripada penjajahan British dan Itali.

Selepas berjuang membantu membebaskan bumi Somalia, ulama ulung ini mengembara ke desa-desa dan ke bandar-bandar di seluruh pelusuk bumi Syam untuk menyampaikan ilmu-ilmu Islam yang berguna dan bermanfaat serta mengajarnya berteraskan metodologi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari mempunyai perwatakan dan peribadi yang sangat baik, justeru tidak hairan jika ramai yang mengungkapkan kata-kata ”walaupun kulitnya hitam, namun hatinya putih”.

Sifat mulianya ini menyebabkan beliau diterima dengan baik oleh semua lapisan masyarakat di Syam, tanpa mengira latar belakang mereka.

Satu perkara yang membezakan beliau dengan para pejuang yang lain ialah kebijaksanaannya menyampaikan dakwahnya serta cara ia ditujukan kepada masyarakat umum.

Walaupun tegas dalam pendirian serta dakwahnya, ia tidak menyakiti dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak menyebabkan beliau tidak pernah ditahan atau dimasukkan ke penjara seperti rakan-rakan seperjuangan, contohnya Ibn Taimiyah dan Sayyid Qutb.

Pada tahun 1950 bersamaan dengan 1370 Hijrah, beliau telah pergi ke Beirut, Lubnan dan di sambut oleh ulama-ulama di sana seperti Syeikh Taufiq al Hibry. Kedatangannya di Lubnan juga adalah untuk mengajar dan membetulkan dalah faham umat tentang Islam.

Beliau telah pergi meninggalkan kita pada subuh hari kedua umat Islam berpuasa iaitu 2 Ramadhan 1429 Hijrah bersamaan 2 September 2008, selepas waktu subuh di Beirut, Lubnan. Jenazahnya ulama tersohor ini disembahyangkan oleh ribuan umat Islam di Masjid Burj Aby Haidar, Beirut

Jasad beliau kemudiannya disemadikan berhampiran Masjid Burj Aby Haidar. Takziah kepada keluarganya. Kita sesungguhnya telah kehilangan seorang tokoh Ahli Sunnah wal Jamaah yang terkemuka. Al Fatihah untuk beliau...



* Sumber YADIM:
http://www.yadim.com.my/Ulama/UlamaFull.asp?Id=202

PENGIKTIRAFAN YADIM

Syeikh Abdullah merupakan :-

1.Role Model
2. Zuhud
3.Tidak mahu bermegah-megah
4. Sentiasa mengorbankan diri untuk kepentingan masyarakat
5. 'Alim
6. Gigih memerangi dakyah palsu
7. Menentang wahhabi
8. Al-Muhaddith
9. Pemberi sumbangan yang banyak
10. Pakar ilmu Fiqh
11. Kuat berhujjah terhadap golongan terpesong dari
landasan ahli sunnah wal jama'ah
12. Bertaqwa
13. Ilmu yang mendalam sejak kecil
14. Menghafaz al-Quran sejak berumur 7 tahun
15. Mendalami ilmu hadith dan sanadnya pada usia yang muda
16. Pintar
17. Bijak
18. Pengetahuan ilmu agama yang begitu mendalam
19. Mufti Harar pada usia begitu muda
(belum mencecah 18 tahun)
20. Berjuang membebaskan Somalia dari penjajahan British
21. Berjuang membebaskan Somalia dari penjajahan Itali
22. Penyampai ilmu Islam yang bermanfaat dan berguna berteraskan metodolgi Ahli Sunnah wal Jama'ah
23. Perwatakan peribadi yang sangat baik
24. Sifat yang mulia
25. Diterima oleh segenap lapisan masyarakat di Syam
26. Seorang yang bijak menyampaikan dakwah
27. Seorang yang tegas, tidak menyakiti dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak menyebabkan beliau tidak pernah ditahan atau dimasukkan ke penjara
28. Ulama' yang tersohor



" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

04 September 2008

YADIM & DATO' NAKHAIE: SYEIKH AL-HARARI SEORANG AL-MUHADDITH & TA'ZIAH BUAT PENCINTA ULAMA

PENGERUSI
YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA
(YADIM)



AL-FADHIIL
DATO' MOHD NAKHAIE BIN HAJI AHMAD


MENYIFATKAN

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI

SEBAGAI

AL-MUHADDITH

DAN

MENGUCAPKAN TA'ZIAH
ATAS PEMERGIAN BELIAU KE RAHMATULLAH



Kenyataan Pengerusi YADIM Dato Nakhaie:

"
Kepada As Syeikh Husam Khorokirah
Jamaiyyah Al Masyarie Al Khairiah
Beirut
Lubnan

Tuan,

SEKALUNG TAKZIAH

Dengan penuh rasa kesedihan dan dukacita, kami telah menerima berita pemergian Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari Al-‘Abdary Rahimahullah ke rahmatullah pada tanggal 2 Ramadhan.

Bagi pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), terimalah ucapan ta’ziah dengan sepenuh ikhlas dari kami.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau serta ditempatkan di dalam syurga bersama para ambiya dan solihin.

Yang benar,

DATO’ HAJI MOHD NAKHAIE HAJI AHMAD

Pengerusi,
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ".


* Sumber dipetik dari perutusan khas rasmi dalam bahasa Inggeris yang dihantar oleh Dato Hj Nakhaie Bin Hj Ahmad Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia kepada wakil rasmi Jam'iyyah untuk diserahkan kepada Jam'iyyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah Beirut Lubnan pada Khamis, 4hb September 2008, jam 1:46pm waktu Malaysia. (rujuk scan di atas)

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

MUFTI PAHANG MENGAGUNGKAN & MEMUJI PERJUANGAN SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI RAHIMAHULLAH

MUFTI PAHANG
MENGAGUNGKAN & MEMUJI PERJUANGAN
SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI RAHIMAHULLAH

MUFTI PAHANG DARUL MAKMUR
SOHIBUS SAMAHAH
DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI OSMAN



MEMUJI PERJUANGAN
SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI,
MENYIFATKAN BELIAU SEBAGAI AL-MUHADDITH
DAN MENGUCAP SEKALUNG TA'ZIAH
ATAS PEMERGIAN BELIAU KE RAHMATULLAH



Kenyataan Mufti Pahang SS Dato' Abdul Rahman:

" Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Pada tanggal 2hb Ramadhan 1429H bersamaan 2hb Sept 2008M telah kembali ke rahmatullah seorang ulama bahkan pejuang Islam iaitu Syeikh Abdullah Al-Harari. Saya menyifatkan Syeikh Abdullah Al-Harari sebagai seorang ulama Al-Muhaddith pakar hadith yang sukar dicari ganti setelah pemergian beliau.Beliau merupakan ulama yang tidak gerun dengan musuh Islam dek kerana hujjah-hujjah dan dalil sentiasa berada dalam gengaman ulama seperti beliau. Saya sendiri dan mewakili seluruh umat Islam di Negeri Pahang Darul Makmur Malaysia merasai sedih dan mengucapkan ta'ziah kepada ahli keluarga dan anak-anak muridnya di atas pemergian As-Syeikh Al-Muhaddis Abdullah Al-Harari Al-Habasyi. Semoga Allah menempatkan beliau bersama para Ambiya', syuhada' dan solihin ".

* Sumber dipetik dari perutusan ta'ziah yang dihantar sendiri oleh SS Dato' Abdul Rahman Mufti Negeri Pahang kepada wakil rasmi Jam'iyyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islam Beirut Lubnan pada hari Rabu, 3hb Sept 2008M, jam 12:52TGH-MLM waktu Malaysia.

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA'ZIAH & PUJIAN OLEH TIMBALAN MUFTI SELANGOR

PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA'ZIAH DAN PUJIAN

OLEH :

SOHIBUL FADHILAH
DATO' ABDUL MAJID BIN OMAR
TIMBALAN MUFTI
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA

DI ATAS PEMERGIAN

AL-MUHADDITH
SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI

KE RAHMATULLAH


Kenyataan Dato' Timbalan Mufti Selangor:

" Saya sendiri amat berdukacita apabila mendapat berita tentang kembalinya Al-Muhaddith Asy-Syeikh Abdullah Al-Harari ke rahmatullah. Jasa beliau pastinya terlalu tinggi buat umat Islam zaman ini yang dahagakan ilmu Islam tulen. Syeikh Abdullah Al-Harari merupakan ulama Islam yang berjuang sehingga ke akhir hayatnya. Saya mohon kepada Allah agar mencucuri rahmat ke atas ruhnya. Ta'ziah juga diucapkan dari saya dan Jabatan Mufti Selangor amnya buat ahli keluarga beliau dan seluruh pendukung ilmu Ahli Sunnah Wal jamaah ".

* Sumber dipetik dari perutusan khas yang dihantar sendiri oleh Sohibul Fadhilah Dato' Abdul Majid, Timbalan Mufti Selangor kepada wakil rasmi Jami'yyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah pada hari Rabu 3hb September 2008 bersamaan 3hb Ramadhan 1429H, jam 12:43TGH-MLM.


" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

SEKALUNG TA'ZIAH DARI JABATAN MUFTI TERENGGANU


SEKALUNG TA'ZIAH
DI ATAS PEMERGIAN

AL-MARHUM
SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI


DARI SELURUH WARGA


JABATAN MUFTI TERENGGANU DARUL IMAN

Scan : Faks rasmi dari Jabatan Mufti Terengganu

Kenyataan Ta'ziah Jabatan Mufti Terengganu:

" Maka kami bersama kesemua kakitangan Jabatan Mufti Negeri Terengganu Malaysia mengutuskan setinggi-tinggi ucapan ta'ziah ke atas ahli keluarga dan anak-anak murid insan yang telah meninggalkan kita Al-Marhum Asy-Syeikh Abdullah Al-Harari semoga Allah memuliakan jenazahnya, kami turut mengucapkan ta'ziah buat kerajaan negara Lubnan, dan sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali. Kami semua mendoakan agar ruh Syeikh Abdullah Al-Harari bersama-sama para ambiya', para syuhada' dan orang-orang yang soleh.

Telah disemak perutusan sekalung ta'ziah ini di Jabatan Mufti Terengganu pada hari khamis bersamaan 4hb Ramadhan 1429H ".

* Sumber dipetik dari perutusan ta'ziah rasmi dari Jabatan Mufti Negeri Terengganu yang diwakili dan ditulis oleh Naib Mufti Negeri Terengganu Negara Malaysia Sohibul Fadhilah Ustaz Abdul Halim Bin Awang kepada wakil rasmi Jam'iyyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah untuk dipanjatkan kepada ikhwah muslimin di Lubnan. Diterima pada Khamis, 4hb September 2008, jam 16:05pm waktu Malaysia.(lihat scan)

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

UCAPAN TA'ZIAH OLEH MUFTI JOHOR ATAS PEMERGIAN SYEIKH AL-HARARI

UCAPAN TA'ZIAH
OLEH
MUFTI JOHOR
ATAS PEMERGIAN
SYEIKH AL-HARARI


PERUTUSAN KHAS
UCAPAN TA'ZIAH DAN PUJIAN OLEH :


SOHIBUS SAMAHAH
DATO' ASY-SYEIKH AL-HAJ NOOH BIN GADOT
MUFTI NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM


DI ATAS PEMERGIAN

AL-MUHADDITH AL-WALI
SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI


KE RAHMATULLAH

Ucapan Dato' Mufti Johor :

" Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim. Siang hari Selasa bersamaan 2hb Ramadhan 1429H baru ini umat Islam dikejutkan dengan pemergian ke rahmatullah seorang tokoh ulama Islam yang berani mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah beliau adalah Al-Muhaddith Al-Allamah Asy-Syeikh Abdullah Al-Harari terkenal dengan Al-Habasyi rahimahullah.

Dengan ini saya, keluarga saya, Jabatan Mufti Johor dan seluruh umat Islam di Negeri Johor memohon semoga Allah subhanahu wata'ala melimpahkan keampunan ke atas ruh Syeikh Abdullah Al-Harari dan menempatkan beliau bersama ruh muslimin, para syuhada', para ulama, para muttaqin dan para ambiya'.

Ta'ziah juga saya ucapkan buat ahli keluarga, para penuntut dan anak-anak murid beliau yang gigih mempertahankan aqidah Islam dengan hujah-hujah yang kental. Saya sendiri mengenali dan mengetahui perihal Syeikh Abdullah Al-Harari Al-Habasyi dengan baik berdasarkan kitab-kitab dan karangan-karangan beliau yang cukup hebat. Kepakaran beliau dalam ilmu hadith pula membuktikan bahawa beliau merupakan seorang ulama Al-Muhaddith dan juga merupakan seorang wali dan pejuang yang mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Semoga Allah merahmati beliau dan ditempatkan di dalam syurga Firdaus. Rahimakallah ya Syeikh Abdallah Al-Harari ".

* Sumber ucapan SS. Dato' Mufti Johor tersebut dipetik daripada perutusan khas beliau sendiri secara bertulis dan berlisan juga mengunakan bahasa arab yang dituturkan oleh beliau sendiri kepada wakil rasmi Jam'iyyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah Beirut Lubnan pada hari Khamis, 4hb September 2008, jam 11:00am waktu Malaysia.

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA'ZIAH DAN PUJIAN OLEH KETUA PENGARAH

PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA'ZIAH DAN PUJIAN
OLEH :

KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
(JAKIM)

DATO' WAN MOHAMAD BIN DATO' SHEIKH ABDUL AZIZ

DI ATAS PEMERGIAN

AL-MUHADDITH SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI

KE RAHMATULLAH

Ucapan Ketua Pengarah JAKIM Dato' Wan Mohamad :

" Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari merupakan insan yang soleh dan mulia, pemergian beliau juga pada bulan yang mulia (Ramadhan), benarlah ungkapan 'orang yang mulia kembali kepada Allah pada bulan yang mulia'. Ta'ziah saya ucapkan untuk ahli keluarga, anak-anak murid dan seluruh pengikut Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari Rahimahullah. - Wan Mohamad KP JAKIM " .

* Sumber ucapan dipetik daripada perutusan khas yang dihantar sendiri oleh KP JAKIM kepada wakil rasmi Jam'iyyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah pada Rabu, 3hb September 2008, jam 11:07pm waktu Malaysia.


" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

02 September 2008

PERGIMU TIADA BERGANTI...


SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI
dalam kenangan

UCAPAN TA'ZIYAH DARI USTAZ ABU SYAFIQ AL-ASY'ARY BUAT PENCINTA ULAMA ISLAM

Satu Penghormatan Dari Anak Muridmu Khas Buat Tuan Guru Yang Mulia...


ULAMA ISLAM, PEJUANG MUJAHID
MENOLAK SEGALA BID'AH SESAT
KHASNYA BID'AH AQIDAH,
PENJAGA AQIDAH,

MUJAHID KEATAS AHLI BID'AH
SEPERTI WAHHABI DAN SELAINNYA,
BERANI MEMPERTAHANKAN AQIDAH YANG BENAR,

WALI, SOLEH, AHLI ZUHUD, SUFI HAKIKI,
PENCINTA PARA NABI,
MEMPERTAHANKAN ULAMA ISLAM SEBENAR,
PENEGAK AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ZAMAN KINI,

PENCARI REDHO TUHANNYA
MEMALING REDHO MANUSIA YANG DIBENCI TUHANNYA,
PEJUANG YANG HANYA UNTUK DAN DEMI TUHANNYA,

SEORANG YANG AMANAH
DALAM ILMU DAN NUKILANNYA,
TELITI DALAM SEGALA PENULISANNYA,
PENYINAR ILMU AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AL-ASYAIRAH,

'HURRAS AQIDAH' IAITU PENJAGA AQIDAH ISLAM GELARANNYA,
ASY-SYAFIE' MAZHABNYA, AL-QODIRIY DAN AR-RIFAI'Y TORIQOTNYA, HUJJAHTUL ISLAM DAN MUJADDI FI ZAMANIHI,

SESIAPA YANG MENGENALI BELIAU BENAR-BENAR
MAKA DIA PASTI MENGENALNYA DENGAN PENUH KEHORMATAN,
SESIAPA YANG TIDAK MENGENALI BELIAU
MAKA SAYA KATAKAN BELIAU
MERUPAKAN SYEIKHUL ISLAM SEBENAR

AL-MUHADDITH SYEIKHI ABDULLAH
AL-HARARI AL-'ABDARY RAHIMAHULLAH


Al-Fatihah....

Ucapan Ta'ziah Dari Tuan Blog DEEN AL-HANIEF : ِ

إنا لله و إنا إليه راجعون

AL-MUHADDITH SYEIKHI ABDULLAH
AL-HARARI AL-'ABADRY RAHIMAHULLAH.....
Beliau telah kembali ke rahmatillah hari ini
Selasa 2hb Ramadhan 1429H : 2hb 9 2008. selepas waktu subuh tadi waktu Beirut, Lubnan.



Luahan Hati Tanda Kasihku Terhadapmu
Wahai Guru !


PERGIMU TIADA BERGANTI...


TAKDIR ALLAH MENENTUKAN
KAU PERGI JUA
DUHAI ATQIYAA' AKHFIYAA'
MAULANA AS-SYEIKH ABDULLAH AL-HARARY AL-HABASHY

KEBERADAANMU TIADA RAMAI YANG MENYEDARI
SEDANG ILMUMU TELAH SAMPAI KE DADA-DADA MEREKA

KAU DIFITNAH,DITOHMAH DIHINA
HANYA SAHAJA KERANA
MEMPERTAHANKAN AQIDAH SUCI
DARI DINODAI TANGAN-TANGAN KEJI
MUSUH-MUSUH ISLAM

JASA DAN BUDIMU PADA UMMAH
TIADA TERJUMLAH
TANPA MENGHARAPKAN KEMASYHURAN
JAUH SEKALI BALASAN DUNIAWI

DEEN AL-HANIEF KAU PERTAHANKAN
AQIDAH KAU PERJUANGKAN
TUTUR-BICARAMU BERHIKMAH
CORETANMU BERTINTAKAN ILMU
HUJJAHMU DURI-DURI TAJAM
DI HATI AL-WAHHABY

HARI INI KAU PERGI JUA
MENINGGALKAN JAUH PENJARA DUNIA
YANG PENUH NODA DAN DOSA
MENUJU JANJI-JANJI ALLAH
BUAT HAMBANYA YANG IKHLAS

PERGIMU YA SYEIKHI TIADA BERGANTI
MOGA RUHMU DITEMPATKAN ALLAH
DI KALANGAN PENGHUNI FIRDAUSI

AL-FAATIHAH...



Jenazahnya yang mulia disembahyangkan oleh ratusan ribu umat Islam
di Masjid Burj Aby Haidar Beirut Lubnan petang tadi waktu asar time Beirut Lubnan
dan jutaan umat Islam diseluruh pelusuk dunia turut menunaikan solat jenazah ghoib
buat Syeikh Al-Mujahid Abdullah Al-Harari kemudian jasadnya disemadikan
berhampiran Masjid Burj Aby Haidar.
Rahimakallah ya Syeikhy....





" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

01 September 2008

TANGISAN DI SEPERTIGA MALAM


AIRMATA SEPERTIGA MALAM





MAHA SUCI ALLAH

AKU MERINTIH PADAMU TUHAN
DISEPERTIGA MALAM
SEDANG AIRMATA INI BERLINANGAN
AMPUNILAH AKU TUHAN
AKAN DOSA KETERLANJURANKU
SESUNGGUHNYA AKU HAMBAMU
YANG PENUH NODA

TERANGILAH TUHAN TANAH PERSEMADIANKU
WAHAI TUHAN LAPANG-LUASKANLAH DADAKU
TETAPKANLAH HATIKU
TEGUHKANLAH PENDIRIANKU

WAHAI TUHAN PERKENANKANLAH DOA-DOAKU




" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

RISALAH RAMADHAN 1


RISALAH RAMADHAN


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Alhamdulillah, Tuhan sekalian alam yang mencipta makhlukNya dari tiada kepada wujud, yang tidak memerlukan kepada makhlukNya, Dia yang mencipta tempat, wujudNya tanpa bertempat, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ahli keluarga serta sahabat baginda.


Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan ibadah yang teramat agung, pahalanya dikhususkan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang berpuasa seperti mana dinyatakan di dalam hadis qudsi : Allah berfirman yang bermaksud :


“ Setiap kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kebaikan sehingga tujuh ratus gandaan kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah kepunyaanKu,

maka akanKu gandakan pahalanya ”.


KEWAJIBAN PUASA.


Difardhukan puasa bulan Ramadhan pada tahun kedua hijriyyah dan Rasulullah berpuasa sembilan tahun kemudiannya sebelum baginda wafat (sembilan kali).

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah diketahui kewajibannya secara dhoruriy iaitu para alim-ulama’ dan orang awam Islam juga mengetahuinya. Barangsiapa yang mengingkari kefardhuannya maka ia kafir kecualilah dia seorang yang baru memeluk Islam atau hidup dalam keadaan yang jauh dari ulama’.


Manakala sesiapa yang berbuka puasa di siang Ramadhan tanpa keuzuran syara’ dalam keadaan dia beriktikad kewajiban berpuasa ke atas dirinya maka dia tidak kafir tetapi dihukum sebagai pelaku maksiat dan diwajibkan ke atasnya ganti (qodho’) puasa yang telah ditinggalkannya.


Puasa dari segi bahasa bererti menahan diri. Dari segi istilah syara’ pula menahan diri dari makan, minum dan selain keduanya bermula dari terbit fajar sehingga maghrib bersama dengan niat di dalam hati.


Dalil kewajiban puasa bulan Ramadhan selain daripada ijma’ ulama’ adalah firman Allah yang berbunyi “ Kutiba ‘alaikumus siyaam” ‘ diwajibkan ke atas kamu semua puasa


Dan berdalilkan dari sabda Rasulullah yang bererti :


“ Islam terbina di atas lima perkara iaitu : bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah, menunaikan solat, membayar zakat, menunaikan ibadah haji dan berpuasa di bulan Ramadhan ”.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


WAJIB MUROQOBAH

ANAK BULAN RAMADHAN

PADA MALAM 30 BULAN SYA’BAN.



Puasa diwajibkan berdasarkan dua perkara :


  1. Sempurna Sya’ban 30 hari.
  2. Melihat anak bulan (hilal) pada malam 30 Sya’ban

Berdasarkan daripada hadis Rasulullah yang bermaksud : “ Berpuasalah dengan melihatnya (anak bulan) dan berhari rayalah dengan melihatnya (anak bulan), sekiranya terhalang ke atas kamu maka sempurnakan bulan Sya’ban 30 hari.

(Riwayat : Bukhari, MusliM Ashabus Sunan & selainnya)


Ini menunjukkan sesiapa yang melihat anak bulan Ramadhan maka diwajibkan ke atasnya berpuasa, bagi sesiapa yang tidak melihatnya tetapi diberitahu oleh muslim yang boleh dipercayai (thiqqah) yang adil, merdeka, tidak berdusta maka wajib ke atasnya puasa.


Diriwayatkan Abu Daud daripada Ibnu Umar Rodhiallaahu ‘Anhuma berkata : “ Aku telah memberitahu Rasulullah bahawa aku telah melihat anak bulan Ramadhan maka baginda pun berpuasa dan menyuruh umatnya berpuasa.” (Hadith diriwayat & disahihkan oleh Ibnu Hibban) .


Sekiranya berita melihat anak bulan Ramadhan itu diberitahu oleh kanak-kanak atau orang yang fasik atau perempuan atau hamba abdi maka harus berpuasa sekiranya dipercayai. Sekiranya tidak hendaklah disempurnakan bulan Sya’ban 30 hari.

Sekiranya Qodhi telah menetapkan puasa maka wajib berpuasa ke atas penduduk negeri itu dan juga penduduk negeri-negeri yang berhampiran dengannya yang mana terbit dan terbenamnya matahari adalah sama. Dalam mazhab Imam Asy-Syafi’ie hukum tersebut tidak kepada yang berbeza terbit dan tenggelamnya matahari.


Manakala di sisi Imam Abu Hanifah wajib puasa ke atas semua penduduk yang telah mengetahui ketetapan bulan Ramadhan walaupun di negeri-negeri yang berjauhan daripada negeri yang melihat anak bulan. Ini bererti bahawa di sisi mazhab Hanafi mereka yang duduk di barat wajib berpuasa sekiranya mereka mengetahui ketetapannya dari penduduk timur begitu juga sebaliknya.






" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

27 Ogos 2008

TERBARU ! TOUR D' ABU SYAFIQ MENJELANG GERBANG RAMADHAN

TOUR D' ABU SYAFIQ
MENJELANG
GERBANG RAMADHAN

(3)
Tajuk Ceramah :
AHLAN YA RAMADHAN
&
AQIDAH ISLAM

( MENGUPAS ISU-ISU PENTING

& PERSOALAN-PERSOALAN LAZIM
BERKAITAN PUASA RAMADHAN )



PeNCeRaMaH SeNSaSi :

Ustaz Mohd Rasyiq Bin Mohd Alwi

( Abu Syafiq Al-Asy’ary )

( 012-2850578 )


Tarikh :
2 SEPTEMBER 2008 (SELASA)

Masa :
12:00 TGH - 2:00 PTG

Tempat :
MASJID
INSTITUT TADBIR AWAM NEGARA MALAYSIA

Kampus Utama INTAN (INTAN BUKIT KIARA)
Bukit Kiara, Jalan Bukit Kiara,50480 Kuala Lumpur




" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

25 Ogos 2008

WAHHABI HINA ALLAH, HINA RASULULLAH

DI SINIKAH TEMPATNYA UNTUK DILETAKKAN KALIMAH TAUHID?!





Publish Post
LIHATLAH KEBIADAPAN WAHHABI DAN KONCO-KONCONYA...BUKANKAH BOLA-BOLA INI AKAN DISEPAK-SEPAK KEMUDIANNYA??!

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

22 Ogos 2008

TOUR D' ABU SYAFIQ MENJELANG GERBANG RAMADHAN

TOUR D' ABU SYAFIQ
MENJELANG
GERBANG RAMADHAN

(2)
( MENGUPAS ISU-ISU PENTING
& PERSOALAN-PERSOALAN LAZIM
BERKAITAN PUASA RAMADHAN )


+ BONUS

SAHKAH PUASA WAHHABI DI SISI ISLAM ???
PENJELASAN ILMIYYAH BERBUKTI BERFAKTA



PeNCeRaMaH SeNSaSi :

Ustaz Mohd Rasyiq Bin Mohd Alwi

( Abu Syafiq Al-Asy’ary )

( 012-2850578 )


Tarikh :
28 OGOS 2008 (KHAMIS)

Masa :
SELEPAS SOLAT MAGHRIB

Tempat :
MASJID AL-JAMEK TUN UDA,
SEKSYEN 16 SHAH ALAM ,
SELANGOR.


" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

TOUR D' ABU SYAFIQ SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK


TOUR D' ABU SYAFIQ
MENJELANG
GERBANG RAMADHAN

(1)


( MENGUPAS ISU-ISU PENTING

& PERSOALAN-PERSOALAN LAZIM
BERKAITAN PUASA RAMADHAN )


+ BONUS


SAHKAH PUASA WAHHABI DI SISI ISLAM ???
PENJELASAN ILMIYYAH BERBUKTI BERFAKTA



Penceramah Sensasi :

Ustaz Mohd Rasyiq Bin Mohd Alwi

( Abu Syafiq Al-Asy’ary )

( 012-2850578 )


Tarikh :
23 OGOS 2008 (JUMAAT)

Masa :
SELEPAS SOLAT MAGHRIB

Tempat :
DEWAN SOLAT,
APARTMENT DELIMA,
BUKIT JELUTONG,
SHAH ALAM,SELANGOR.



" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

20 Ogos 2008

MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN vs Mohd Asri





Datuk Wan Zahidi Wan Teh Mufti Wilayah Persekutuan

vs

Mohd Asri








Mufti: Tidak Bercanggah

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mempertahankan sumpah Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos lalu sebagai harus dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.


Muftinya, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, hukum harus dan tidak bercanggah mengenai tindakan Mohd. Saiful itu boleh dilihat melalui pendapat ulama seperti Al-Allamah Abu Bakar Othman Muhammad Syatta al-Dimyati al-Bakri dalam kitabnya, Hasyiah l’anah al-Talibin.


Katanya, Abu Bakar dalam kitab itu menjelaskan bahawa sumpah atau ‘yamin’ terbahagi kepada dua iaitu dalam perbicaraan di mahkamah dan kedua, di luar perbicaraan.


“Dalam bahagian kedua ini, sumpah sah dilakukan oleh seseorang yang mukalaf dengan pilihan sendiri.


“Perkara yang menjadi objek sumpah pula ialah perkara yang lalu atau yang akan datang, manakala perkara yang digunakan untuk bersumpah ialah nama Allah dan sifat-sifatnya dengan didahului oleh huruf qasam iaitu ‘waw’, ‘ba’ dan ‘ta’.


“Sumpah seperti ini harus dilakukan jika difikirkan perlu, seperti untuk menguatkan percakapan atau kenyataan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Kata Wan Zahidi, melalui penjelasan itu, sumpah Mohd. Saiful adalah sah sebagai sumpah di luar perbicaraan atau alyamin qhairul qadhaiyah.


“Dan ia juga bukan sumpah mubahalah seperti yang terdapat dalam ayat 61 surah Al-Imran kerana mubahalah memerlukan persetujuan pihak kedua,” katanya.


Beliau selanjutnya memberikan contoh bagaimana upacara mubahalah antara Rasulullah SAW dengan rombongan Nasrani dari Najran tidak berlaku kerana mereka enggan melakukannya dan meminta pilihan lain.


Kata beliau, dalam kitab yang sama menjelaskan mengenai pemberatan sumpah atau taghliz al-yamin yang boleh dilakukan dari segi tempat atau masa.


Hukum

Katanya, kitab itu menyatakan sumpah dapat diperkuat atau diberatkan jika dilakukan selepas sembahyang asar hari Jumaat, dalam masjid di sisi mimbar, meriba mushaf (al-Quran) dan meletak tangan di atasnya atau dibacakan kepadanya ayat 77 daripada surah al-Imran.


Mengenai hukum meletak tangan atas mushaf, Wan Zahidi turut memberikan beberapa contoh fatwa tambahan selain daripada kandungan dalam kitab Hasyiah l’anah al-Talibin.


Katanya, Mufti Mesir, Al-Sheikh Hasanin Muhammad Makhluf (1945-1950) dalam kitabnya, Fatwa Syariyyah ketika menjawab soalan mengenai hukum bersumpah dengan mushaf memetik pendapat Al-Imam Al-Aini iaitu:


“Jika seseorang bersumpah dengan mushaf atau meletakkan tangan ke atasnya, atau berkata; Demi Quran ini - maka ia adalah sumpah yang sah mengikut pendapat Imam Syafie, Hanafi dan Hambali.’’

Tambah beliau, Shaikh Muhammad Abu Zuhra dalam bukunya Fatawa al-Sheikh Muhammad Abu Zuhra dalam jawapannya kepada soalan tentang hukum bersumpah dengan nama Allah dengan meletakkan tangan atas mushaf menyatakan;


“Bersumpah dengan nama Allah dengan meletakkan tangan ke atas mushaf adalah sumpah yang sah.”


Justeru kata beliau, huraian yang diberikan dapat memperlihatkan dengan jelas bahawa sumpah yang dibuat Mohd. Saiful adalah menepati ajaran Islam dan tidak meniru Kristian.


Tambahnya, persamaan zahir terhadap apa yang dilakukan oleh Mohd. Saiful tidak boleh dijadikan asas untuk menyamakan tindakan beliau itu sebagai meniru cara agama Kristian.


“Misalnya paderi Kristian menyebut kalimah ‘amin’ ketika melakukan upacara doa di gereja, namun umat Islam tidak boleh dianggap meniru Kristian dengan menyebut kalimah ‘amin’ dalam sembahyang dan ketika berdoa,” katanya.


Menurut Wan Zahidi, penjelasan daripada pihaknya adalah perlu memandangkan wujud percanggahan pandangan pelbagai pihak berhubung tindakan Mohd. Saiful itu.


Rujuk : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0820&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm



" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "