Cari Blog Ini

11 Januari 2009

Yahudi membaham umat Islam di Palestin...Wahhabi?!

WAJAH KANAK-KANAK YANG TERKORBAN DI GAZA






Maksud Firman Allah :

" Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu". (Al-Baqarah :

Berdasarkan firman Allah di atas jelas kepada kita semua bahawa api permusuhan kaum terlaknat Yahudi khususnya dan Nasrani dengan umat islam bukan hanya sekadar dendam biasa tapi merupakan dendam kesumat yang tidak akan mungkin tertebus jauh sekali terpadam selagimana kita (umat Islam) tidak melutut mengikut setiap telunjuk mereka, menolak Islam dan mengikut Aqidah jijik pegangan mereka serta mengangkat dan menobatkan mereka sebagai kaum terunggul di atas muka bumi ini (konon-kononnya). Dendam ini tidak mungkin akan terlerai walau berapa belas ratus juta kali pun diadakan gencatan senjata mahupun rundingan damai sebagaimana yang berlaku ke atas saudara seIslam kita di Bumi Suci Palestin..

Hari ini realitinya umat Islam teramat lemah, bukan kerana bilangannya sedikit atau tiada kekuatan ekonomi mahupun politik tetapi kerana mereka tidak bersatu. Di sana-sini dapat kita lihat perpecahan berlaku dari kalangan umat Islam yang terdiri dari pelbagai bangsa,keturunan dan budaya.

Kelemahan dalam penguasaan ilmu khususnya ilmu agama adalah faktor utama umat Islam gagal bersatu. Adapun ilmu agama yang paling utama untuk dikuasai oleh setiap individu muslim melebihi dari ilmu-ilmu agama yang lain ialah ilmu AQIDAH kerana ianya merupakan asas dan juga tunjang utama kegemilangan umat Islam sejak zaman-berzaman, llmu Aqidah mengajar hamba mengenal TuhanNya Maha Esa tidak serupa dengan mana-mana makhluk cipataanNya, tidak berjisim (beranggota tubuh), Dia yang mencipta tempat...ADA TANPA BERTEMPAT.

Satu titik penyatuan harus segera dicari dan ianya tidak lain dan tidak bukan dengan kembali kepada ajaran Aqidah Islam yang sebenar ber'dustur'kan Al-Quran dan Al-Hadith di bawah Manhaj Aqidah Ahlussunnah Wal-Jama'ah Al-Asya'iroh Wal Maaturiidiyyah.

Fakta yang tercatat pada tinta emas sejarah ketamadunan Islam seharusnya dijadikan rujukan, Bumi Quds (Palestin) bukanlah pertama kali dijajah golongan kuffar kerana ratusan tahun dahulu ia telah pun pernah dijajah oleh tentera-tentera salibiyyah kristian namun akhirnya berjaya ditawan semula oleh bala tentera Islam yang diketuai oleh As-Sultan Salahuddin Al-Ayyoubi Rodhiallaahu 'Anhu. Setelah hampir seabad lamanya Bumi Quds di bawah taklukan Kristian, Sultan Salahuddin berjaya menguasainya kembali...Apakah ramuan kejayaan beliau dan tentera Islam ketika itu?...Apakah rahsia kehebatan mereka?...Bagaimanakah mereka beroleh pertolongan dari Allah sekaligus mencapai kemenangan?...

...Nak tau apa rahsia mereka sila ikuti Post yang akan datang : Eksklusif : Rahsia Kejayaan Sultan Salahuddin Al-Ayyoubi...insyaAllah.


" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "