Cari Blog Ini

09 Jun 2008

BAGAIMANAKAH IBADAH MENJADI SAH?

Bagaimanakah ibadah menjadi sah?

Beribadah kepada Allah menjadi sah apabila dilakukan oleh orang yang meyakini kewujudan Allah dan tidak menyamakan atau menyerupakan-Nya dengan sesuatu apapun dari makhluk-Nya.

Allah تعالى berfirman:

(سورة الشورى: 11)
Maknanya: "Tiada suatu pun yang sama seperti-Nya (Allah)".
( Surah al-Shura: 11)

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

لا فِكْرَة فِي الرَّبِّ
رواه أبو القاسم الأنصاري

Maknanya: "Tidak boleh berfikir (membayangkan) tentang Allah". (Diriwayatkan oleh Abu`l-Qasim al-Ansari)

Al-Ghazali berkata:

لاتَصِحُّ الْعِبَادَةُ إِلا بَعْدَ مَعْرِفَةِ الْمَعْبُودِ
Maknanya: " Ibadah tidak sah kecuali selepas mengetahui (Allah yang wajib) disembah".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan