Majalah Al-Kulliyyah
Terbitan :
Badan Dakwah (JAIS)

Hizbut Tahrir cepat memfitnah umat Islam dengan pelbagai gelaran seperti Jabariyyah, Ahlisunah Wal Jamaah adalah kumpulan terhina dan lain-lain.
Hizbut Tahrir menghukum negara Malaysia dan Indonesia sebagai Negara Kafir bak halal untuk membuat apa sahaja ke atasnya.
Hizbut Tahrir juga menghukum seluruh umat Islam tanpa terkecuali semenjak ratusan tahun yang lalu sebagai mati dalam dosa besar bak kekufuran orang jahiliyyah kononnya atas dasar tidak mendirikan khilafah mengikut cara Hizbut Tahrir.
Hizbut Tahrir menghina aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan mencela ASWJ.
Hizbut Tahrir mengkafirkan ulama Islam Al-Asy'irah dengan gelaran Al-Jabariyyah yang kafir.
Dan 'jutaan' penyelewengan fahaman songsang ini yang juga mengakui Khilafah Uthmaniyyah rebah dan jatuh dek perbuatan golongan yang dinamakan sebagai Salafiyyah Wahhabiyyah.
"KHILAFAH 'ALA MANHAJ NUBUWWAH".
Semua umat Islam menyokong Khalifah dan sistem Khilafah yang benar tetapi menolak cara Hizbut Tahrir kerana suka mengkafirkan umat Islam dan bertindak pelampau juga beraqidah yang ganjil tidak selari dengan aqidah Ahli sunnah Wal Jama'ah. Hizbut Tahrir mengunakan pelbagai slogan Khilafah tetapi hakikatnya mereka membawa ajaran songsang berbeza dengan aqidah para Khalifah-khalifah Islam dan seluruh umat Islam (ASWJ).
DEMI MERIALISASIKAN FAHAMAN YANG SONGSANG MEREKA.
Demi Allah ! saya mengenali mereka luar dan dalam dan saya pernah bersama mereka ditempat mereka kuat bergerak di tanah arab. Mereka amat bahaya kerana mempergunakan slogan yang benar iaitu Khalifah dan Khilafah tetapi setelah orang yang berilmu berkecimpung dengan mereka terserlah mereka beraqidah songsang dan membawa puluhan fahaman yang menyeleweng.
Semoga Hizbut Tahrir kembali ke jalan yang benar dan saya bersedia untuk kali ke berapa entah untuk bertemu dengan mereka bagi membincang masaalah ummat secara tertutup atau terbuka tetapi perlulah beradab buka main rampas-rampas.
Wassalam.
Ulasan dipetik dari : www.abu-syafiq.blogspot.com
" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "






salam haneif...saya semmgnya selalu mengikuti perkembangan blog awak. berkenaan isu Hizbut tahrir @ HT...sya smmngya syak dari awal lagi gerakan ini...tetapi mereka atau pun puak2 ni masih lagi berpegang mereka adalah benar...sy tak faham...
BalasPadamkalau lah mereka benar mengapa mereka tak bertindak melawan hujah...ataupun mmbuat kenyataan rasmi bahawa mereka tidak sesat???
sy mohon kalu saudara ada maklumat yang lebih ttg HT, mintak tolong dedahkan...sbb sy rase mereka smmngya mempunyai agenda yang sesat dan jahat....sy tak nafikan dalam PAS atau mana2 gerakan yang berpegang kepd manhaj yang betul, akan berusaha untuk mencapai daulah dan khilafah speti Al Banna...tapi cara dan tindak tanduk HT sangt2 meragukan.....TQ kerana membuat pendedahan
erm. bagaimana tbligh?
BalasPadam