Cari Blog Ini

08 Februari 2009

SEKITAR PROGRAM SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD, (7.FEB.09)


SEKITAR PROGRAM
SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD,
(7.FEB.09)


ANJURAN :



DENGAN KERJASAMA :


SABTU, 7 Februari 2009 bersamaan 12 صفر H 1430, bertempat di Dewan Utama Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berlangsung PROGRAM SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD.



Seminar yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Che Mat Bin Che Deraman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mendapat sambutan yang amat menggalakkkan daripada pelbagai peringkat masyarakat terutamanya golongan mahasiswa/wi IPTA dan IPTS dari seluruh pelusuk tanahair. Majlis turut diserikan dan dihangatkan lagi dengan kehadiran para penceramah jemputan yang ternyata begitu komited serta bersemangat dalam penyebaran Ilmu-ilmu Islam khususnya Aqidah. Selain dari itu para penceramah turut menerangkan serta memberi pengawasan terhadap beberapa ajaran songsang yang sebahagiannya semakin membarah dalam masyarakat seperti golongan Al-Wahhabiyah dan Syiah.



Program bermula seawal jam 8:30 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis diikuti ucapan penghargaan oleh Yang Berbahagia Dato' Syed Omar bin Abdul Qadir Al-Aidrus, Penaung Yayasan Sofa Negeri Sembilan, seterusnyai ucapan alu-aluan daripada Assoc. Prof. Dato' Dr. Syed Zahir Idid Syed Osman Idid, Dekan Pusat Asasi UIAM.


Sesi pembentangan kertas kerja pertama bermula kira-kira jam 10:00 pagi oleh penceramah sensasi Ustaz Hj. Zamihan Hj. Mat Zin Al-Ghari. Berikut adalah sinopsis ringkas kertas kerja pertama :

Penceramah :
Ustaz Hj. Zamihan Hj. Mat Zin Al-Ghari

Tajuk :
Peranan Mahasiswa Dalam Memahami Serta Membanteras Penyelewengan Agama

No Telefon :
012 2465518

Blog :
www.al-ghari.blogspot.com

Kata-kata beliau yang mencuit hati antaranya :
" Bunga Bukan Sekuntum...Beruk Bukan Seekor !!!
... " Lu Fikirlah Sendiri !!! "

Isi Penting Kertas Kerja 1 :
Mahasiswa Muslim adalah kelompok Intelektual yang mampu bertindak sebagai mekanisma kawalan : antara tuntutan agama, dasar pemerintah dan keperluan ummat.

Selaku agen perubahan ummat, mahasiswa seharusnya memainkan peranan proaktif dlm semua lapangan. Terutamanya akidah, syariah & akhlak bagi memperkasakan tamadun. Namun, dimana qualitinya?

PERANAN MAHASISWA :
  1. BERILMU PENGETAHUAN MATANG
  2. MENDOKONG VISI AGAMA
  3. BERJAMAAH – وحدة الفكر ووحدة العمل
  4. DAKWAH MENUJU ALLAH SWT
  5. AKAUNTABILITi
SUMBANGAN :

LANGKAH PEMANTAPAN :
  • Proaktif dengan perubahan
  • Programkan minda
  • Utamakan yang utama
  • Berfikir menang-menang
  • Faham-memahami
  • Sinergi-bantu membantu
  • Pandangan yang jauh
KESIMPULAN :

QUALITI MAHASISWA TERLETAK PADA ILMU DAN AMALANNYA.
MAHASISWA BERKUALITI MAMPU BERTINDAK SEBAGAI
PEMANGKIN KECEMERLANGAN UMMAH.
SEKALIGUS MENGANGKAT MARTABAT ISLAM SEBAGAI
CARA HIDUP BERMUTU.

Sesi pembentangan kertas kerja kedua pula bermula kira-kira jam 11:30. Berikut adalah sinopsis ringkas kertas kerja kedua :



Penceramah :
Ustaz Hj. Mahfuz Hj. Muhammad

Tajuk :
Kesamaran Yang Perlu Dijelaskan Dalam Memahami Agama

No Telefon :
019 2206622

Blog :
www.al-subki.blogspot.com

Kata-kata beliau yang mencuit hati antaranya :
"Aku Punya Pasal Lah !!! "


Di Antara Isi Penting Kertas Kerja 2 :
  • KESESATAN GOLONGAN WAHHABI DALAM AQIDAH
  • Beliau Secara Jelas Mengkafirkan Golongan Wahhabi dan Al-Mujassimah Al-Musyabbihah Serta Tidak Sah solat Di Belakang Mereka )
  • KESESATAN GOLONGAN WAHHABI DALAM FIQH
  • PENJELASAN TERPERINCI ISU BID'AH

Kertas kerja ke 3 pula dibenrangkan pada jam 2:15 petang oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim Bin Hj. Mohd. Alwi. Sinopsis kertas kerja beliau adalah seperti berikut :



Penceramah :
Ustaz Ahmad Faidzurrahim Bin Hj. Mohd. Alwi

Tajuk :
Pegangan Jitu Seorang Muslim

No Telefon :
019 9181278

Email : fa_him@hotmail.com

Kata-kata beliau yang mencuit hati antaranya :
" Konon-Kononntya !!! "

Di antara Isi Penting Kertas Kerja 3 :

1-KEPENTINGAN ILMU AGAMA
2- PENJELASAN AKIDAH DAN MEMAHAMI RUKUN IMAN
3- MANHAJ AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
4- PEGANGAN ‘ALLAH ADA TANPA TEMPAT’
(AYAT DAN HADIS MUHKAMAT DAN MUTASYABIHAT)
5- GOLONGAN YANG MURTAD DAN BERCANGGAH DENGAN AHLI SUNNAH
6- MEMAHAMI TAWASSUL, TABARRUK, BIDA’AH, ZIARAH KUBUR MUSLIM
7- PENGKAFIRAN TERHADAP AL MUSYABBIHAH AL MUJASSIMAH

1. KEPENTINGAN ILMU AGAMA :

  • KEDUDUKAN MAJLIS ILMU AGAMA ADALAH TINGGI DI SISI ISLAM
  • KEMULIAN PENUNTUT ILMU AGAMA DAN PENYEBARNYA
  • CARA PENGAMBILAN ILMU AGAMA ADALAH DENGAN BERTALAQI
  • BAHAYANYA SESEORANG YANG HIDUP DALAM KEJAHILAN
2. AKIDAH :
  • AKIDAH ADALAH PEGANGAN DALAM HATI
  • AKIDAH ADALAH SYARAT PERTAMA SUPAYA IBADAH SEORANG MUSLIM DITERIMA OLEH ALLAH
  • DALAM AKIDAH TIADA PERSELISIHAN PEGANGAN
  • TIDAK ADA BERTOLAK ANSUR DALAM PERKARA AKIDAH
  • MENJAUHI PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN AKIDAH
3. MANHAJ AHLI SUNNAH WAL JAMAAH :

Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) adalah :
  • Mereka yang mengikut sunnah iaitu akidah Nabi Muhammad.
  • Mereka yang seakidah jamaah para sahabat dan umat Islam.
Sumber dalil Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) adalah:
  1. Al-Quran.
  2. Al-Hadith.
  3. Al-Ijmak.
Keperluan mengikut Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) kerana :
  • Perintah agama dari sabda Nabi Muhammad.
  • Menyelamat dari segala ajaran yang bercanggah dengan ISLAM
Imam al Asy ary dan Imam al Maturidi adalah pemimpin besar dalam Ahli Sunnah Wal
Jamaah.

Bermazhab dalam amalan ibadah seperti mazhab Syafie, Hanbali, Maliki Dan Hanafi

Siapa yang menyimpang dari manhaj Ahli Sunnah maka dia adalah sesat.

Fakta Dari Ulama' Mu'tabar & Dar Al-Ifta', MESIR :



4. PEGANGAN ‘ALLAH ADA TANPA TEMPAT

  • DALIL DARI AL QURAN, HADIS DAN PARA ALIM ULAMAK
  • MAHA SUCI ALLAH DARI MENYERUPAI SEKALIAN MAKHLUK
  • DALIL AKAL YANG MENAFIKAN KEWUJUDAN ALLAH DENGAN BERTEMPAT
  • ALLAH TIDAK BERADA DI MANA-MANA
Fakta Dari Ulama' Mu'tabar , Ulama' Nusantara, BAHEIS & Dar Al-Ifta', MESIR :




5- GOLONGAN YANG MURTAD DAN BERCANGGAH DENGAN AHLI SUNNAH



6- MEMAHAMI TAWASSUL, TABARRUK, BIDA’AH, ZIARAH KUBUR MUSLIM
  • DEFINASI TAWASSUL , TABARRUK DAN ZIARAH KUBUR
  • DALIL DARI AL QURAN, HADIS DAN ALIM ULAMAK YANG MENGHARUSKANNYA GOLONGAN WAHHABI YANG MENGINGKARI KEHARUSANNYA
7- PENGKAFIRAN TERHADAP AL MUSYABBIHAH AL MUJASSIMAH

PENDIRIAN PARA ULAMAK AHLI SUNNAH TERHADAP PEGANGAN AL MUSYABBIHAH AL MUJASSIMAH :



Sebelah petang pula sejurus selepas solat asar bermulalah sesi suai kenal dan tausiyyah bersama Al-Mukarram Syeikh 'Afeefuddin Al-Jailani dan Al-Habib 'Ali Zainal 'Abidin Al-Hamid.





Sesi malam pula dikhabarkan begitu meriah dan mendapat sambutan di mana ianya telah diisi dengan ceramah daripada Ustaz Muhammad Fuad Bin Kamaluddin Al-Maliki

Sekian, wassalam.

Disediakan oleh Tuan Blog : AL-HANIEF - www.al-hanief.blogspot.com


" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH ( ASWJ )

DEFINISI
AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH ( ASWJ )


Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) adalah:-

  • Mereka yang mengikut sunnah iaitu akidah Nabi Muhammad.
  • Mereka yang seakidah jamaah para sahabat dan umat Islam.

Sumber dalil Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) adalah:-

  1. Al-Quran.
  2. Al-Hadith.
  3. Al-Ijmak.

Keperluan mengikut Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) kerana:-

  • Perintah agama dari sabda Nabi Muhammad.
  • Menyelamat dari segala ajaran yang bercanggah dengan ASWJ.

AS-SALAF & AL-KHALAF

Ulama As-Salaf & ulama Al-Khalaf merupakan
golongan mulia Ahli Sunnah Wal Jama’ah.


•Ciri-ciri ulama As-Salaf:-

  1. Hidup dalam kurun 300H.
  2. Berakidah tanzih iaitu mensucikan Allah daripada sifat makhluk.
  3. Tidak berpegang dengan zahir makna nas Al-Mutasyabihat.

•Ciri-ciri ulama Al-Khalaf:-

  1. Hidup selepas kurun 300H.
  2. Mentakwil nas Al-Mutasyabihat samaada takwilan ijmali @ tafsili.
  3. Menerangkan secara terperinci berkaitan ilmu akidah.

Imam al-Zabidi memperakui ASWJ daripada Asya‘irah dan Maturidiyyah :



ALLAH TIDAK BERSEMAYAM

INI ADALAH BUKTI ULAMA AS-SALAF MENTAFSIRKAN ‘ISTAWA’ PADA SURAH TOHA AYAT 5 DENGAN ERTI MENGUASAI
BUKAN DUDUK/BERSEMAYAM


  • Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) tidak menyandarkan kepada Allah sifat duduk.
  • Allah tidak pernah mensifatkan diriNya duduk, bersemayam atau beranggota.
  • Istawa dalam bahasa Arab mempunyai lebih 10 makna.
  • Adalah suatu kesilapan yang besar menterjemahkan Istawa kepada bersemayam.
  • Bible dan Taurat Muharrafah mengakui Allah bersifat duduk. Islam tidak begitu.
  • Aqidah ‘Allah Bersifat Duduk Dan Bertempat Di Atas Arasy ‘ bukan aqidah Islam.
  • Bukan kesemua yang disandarkan kepada Allah itu adalah sifatNya.
  • Aqidah sebenar Islam ASWJ :

‘ Allah Wujud Tanpa Berbentuk Tanpa Bertempat ’.


SYI’AR & LAUNGAN
AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH

اللهُ مَوْجُوْدٌُ بِلاَ مَكَانٍ
( ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT )
( ALLAH EXISTS WITHOUT A PLACE )



" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

03 Februari 2009

50 Sebab Kenapa JUANDA Tidak Layak Jadi Mufti




50 SEBAB MENGAPA JUANDA JAYA TIDAK LAYAK JADI MUFTI

Muqaddimah.

Setelah mantannya dibuang. Kini gantian dalam percalonan mantan itu sendiri mencuba nasib.

Pangkat Mufti pada asalnya adalah satu amanah dalam Islam yang besar kini menjadi di suatu tempat sebagai trend untuk mengkafirkan ulama Islam, membid'ah amalan yang ada dalil, menghina ulama Islam, menghukum sesat para ulama Islam, mencari kepopularitian, kemasyhuran, menyamakan Allah dengan makhluk, menyebarkan fahaman Tajsim Takfir Tabdi' dan yang paling malang mengubah fakta ilmu agama Islam.

Juanda Jaya berbangsa Melanau berasal dari negeri Sarawak kini dengan jarum-jarum suntikan Wahhabi ke dalam satu barisan pimpinan dikatakan telah dilantik menjadi Mufti satu negeri yang bukan negeri SARAWAK. Amat pelik apabila dia (Juanda) diwar-warkan kononnya sebagai Naib Mufti Sarawak (pada hakikatnya tidak) sepatutnya menjadi Mufti Sarawak lah(tetapi mungkin tidak laku kerana suka bid'ahkan orang) kini menjadi mufti di negeri lain.

Sudah terlebih sangatkan kakitangan di Jabatan Mufti Sarawak untuk diagih-agihkan ke negeri lain diutara semenanjung menjadi pula Mufti di tempat tersebut? Jahil sangatkah ulama Islam dari negeri 'utara tu' sehingga tidak dilantik sebagai Mufti? Ker tunggu yang sorang tu siap PHD? atau disana tersirat taktik Mujassim Mukaffir Mubaddi' yang telah lama 'dibaca' oleh pejuang Ahli Sunnah Wal Jama'ah sebenar. Apapun segalanya telah pun dijangka dan yang akan datang kita dapat 'baca' siapa pula gantian mereka. Yang pastinya kekesalan adalah pada institusi mufti jika dibiarkan trendnya begini akan lenyap kepercayaan umat terhadap mereka. Semua kena.

Wahai mereka yang 'bergaji besar'. Selamatkanlah dan jaga amanah Islam ini. Anda telah merasai banyak kenikmatan. Sedangkan disana ramai yang memperjuangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah mempertaruhkan segala milik mereka mencampakkan segala nikmat dunia yang sementara ini, masa mereka, keluarga mereka, segala harta mereka gadaikan demi memperjuangan amanah Islam ini dengan ilmu mereka yang amat detail dan mantap.Jangan anggap mereka seperti insan-insan yang dungu, jangan samakan mereka dengan orang lemah yang pernah kamu temu. Hormati dan berdakwahlah bersama mereka. Bukan hotel untuk mereka duduki, bukan kereta besar untuk mereka miliki. Mereka hanya mengharap agar insan yang mempunyai autoriti dalam negara ini bangkit bertindak memerangi gejala Musyabbihah Mujassimah Mukaffirah Mubaddi'ah zaman moden ini.

__________


50 SEBAB MENGAPA JUANDA JAYA TIDAL LAYAK JADI MUFTI

Dipermulaan ini dinyatakan 25 sebab mengapa Juanda Jaya tidak layak menjadi Mufti. Ianya berdasarkan fakta & dalil dipetik dari kenyataan Juanda Jaya sendiri dan bukan satu tuduhan juga bukan fitnah.Sila rujuk pada nombor yang telah diberi sebagai bukti dimana kata-kata penyelewengan Juanda Jaya itu dipetik. Manakala 25 sebab lagi akan disiarkan setelah anda merujuk semua bukti yang diberi dan sila bagi respon pada halaman komen.

* PENTING. SILA RUJUK BUKTI BERDASARKAN NOMBOR YANG TELAH DIBERI.


- Rujukan (1): Kenyataan Juanda Jaya dalam pembentangan kertas-kerjanya bertajuk Feqh Munakahaat Dalam Masyarakat Di Malaysia.

- Rujukan (2) : Kenyataan Juanda Jaya dalam pembentangan kertas kerjanya bertajuk Ketokohan Muhammad Bin Abdul Wahhab.

- Rujukan (3): Kertas kerja Juanda Jaya berjudul Al-Syafi'e Antara Keaslian Dengan Salah Faham.

- Rujukan (4): Rakaman Perbualan dengan Juanda Jaya tahun 2008.


Kenyataan dibawah adalah dipetik dari lidah dan tulisan Juanda Bin Jaya:


1- Juanda Jaya mendakwa mazhab Syafi'e tidak adil (1).

2- Juanda Jaya mendakwa Undang-undang perkahwinan Islam Malaysia yang meletakkan perempuan yang berumur kurang dari 16tahun dan lelaki yg berumur kurang daripada 18 tahun agar meminta keizinan dari mahkamah untuk berkahwin...Juanda mendakwa ia bercanggah dengan hukum syarak Islam (1).

3- Juanda Jaya mendakwa undang2 keluarga Islam di Malaysia dalam mentafsir perihal KITABIYYAH adalah tertolak dan tiada dalil walaupun di ambil dari kitab AL-Umm karangan Imam Syafi'e (1).

4- Juanda Jaya mengkritik & mengkondem kitab AL-Umm karangan Imam Syafi'e (1).

5- Juanda Jaya mendakwa si isteri yang telahpun ditalak oleh suaminya masih lagi dikira sebagai isteri kepada lelaki itu secara sah walaupun belum ruju'(1).

6- Juanda Jaya mendakwa Talak Ta'liq tidak jatuh talak walaupun perkara ta'liq itu telah pun berlaku (1).

7- Juanda Jaya menyuruh wanita dilantik Hakim Mahkamah Syariah (1).

8- Juanda Jaya menuduh dalam "Marhaban" ada penyamaan nabi Muhammad dengan Allah (1).Sedang ia sebaliknya.

9- Menghukum Tokoh ulama sebagai sesat (4).


10- Juanda Jaya mengakui bahawa Muhammad bin Abdul Wahhab adalah pengasas & guru besar Wahhabi (2).

11- Juanda Jaya memunsing fakta kononnya Jazirah 'Arabiah tiada ulama Islam tiba-tiba muncul Muhammad Bin Abdul Wahhab menyelamatkan bumi(2).

12- Juanda Jaya mendakwa Muhammad bin Abdul Wahhab belajar dengan Ibnu Taimiah dan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah sedangkan kedua-keduanya telah mati lebih 500 Tahun sebelum kelahiran Muhammad bin Abdul Wahhab (2).

13- Juanda Jaya mendakwa orang awam yang bertaqlid dengan mazhab adalah sesat (3).

14- Melarang umat Islam mengenali Muhammad Bin Abdul Wahhab daripada kata2 orang lain sedangkan dia sendiri (Juanda) menukilkan kata2 orang2 lain kononnya memuji Muhammad Bin Abdul Wahhab (2).

15- Mendakwa pemikiran Tajdid Islam adalah diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab (2). Sedangkan yang sebenarnya adalah sebaliknya.

16- Mendakwa Qubah di atas kubur itu adalah bid'ah sesat dan khurafat (2). Sedangkan di atas Maqam @ kubur Nabi Muhammad terdapat Qubah.

17- Mengutuk ulama Islam (2).

18- Mengakui Wahhabi menentang Daulah Khilafah Uthmaniyyah (2).

19- Melarang orang awam bertaqlid kemudian mewajibkan pula orang awam bertaqlid (3).

20- Melarang orang awam mengikut pandangan ulama kemudian mewajibkan ia pula (3).

21- Mengharamkan umat Islam mengikut pandangan ulama Mujtahid tanpa dalil waktu yang sama mewajibkan kepada orang awam permindahan ke mana-mana mazhab walaupun tiada dalil (3).

22- Mendakwa kononnya Jazirah Arab beragamakan Bid'ah ketika waktu Muhammad Bin Abdul Wahhab (2).

23- Mendakwa Wahhabi adalah bermazhab Hambaly, mazhab Hambaly adalah Wahhabi (2). Sedangkan hakikatnya Wahhabi mengharamkan mazhab.

24- Mendakwa kononnya seluruh umat negara arab beraqidah sesat ketika zaman Muhammad bin Abdul Wahhab (2).

25- Mendakwa Muhamad Bin Abdul Wahhab adalah kekasih pilihan Allah (2) dan Mendakwa kononnya Muhammad Bin Abdul Wahhab telah dilantik oleh Allah sendiri untuk melaksanakan misi Allah (2). Demikian adalah ghuluw dirinya (Juanda) mendewa-dewakan orang yang dia sendiri tidak kenal.


* Kenyataan-kenyataan yang keluar dari lidah dan penulisan insan sedemikian adalah tidak wajar dilantik sebagai Mufti kerana boleh mengucar-kacirkan keadaan seperti mana berlaku pada sebelum ini.

Nantikan 25 sebab lagi setelah anda menyemak bukti. Hubungi 006 012 2850578 jika ada kemusykilan.


Wassalam.

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

02 Februari 2009

Hayya Ilal Ilmi !!! Program Mufti Melaka Bersama Ummah

Program Mufti Melaka Bersama Ummah


SERTAILAH PROGRAM MUFTI MELAKA BERSAMA UMMAH. MENJELASKAN ISU-ISU SEMASA BERKAITAN AQIDAH DAN ANCAMAN TERHADAP AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH SERTA BAGAIMANA CARA MENGATASINYA.

Tempat:
Perkarangan Masjid Kuala Ina Tampin Melaka, Batu 23 Kuala Ina, 73000 Tampin, Melaka Bandaraya Bersejarah.

Tarikh:
06hb Februari 2009M / 10 Safar 1430H


Hari: Jumaat

Masa: 6.00 Petang - 10.00 Malam.

Aturcara:

6.00 ptg: Pameran Jabatan Agama & Jabatan Mufti Melaka

7.00 mlm: Persiapan dan Solat Maghrib

7.30 mlm: Kata-kata aluan YB

7.45 mlm:

Ceramah Isu Semasa & Aqidah Islam Serta Bahaya Ajaran Songsang Oleh: Datuk Wira Hj. Rashid Redza Bin Hj. Md. Saleh Mufti Negeri Melaka & Penceramah Khas Jemputan Jabatan Mufti Negeri Melaka

9.30 mlm: Solat Isyak berjemaah

9.45 mlm: Jamuan Makan

10.00 mlm: Bersurai.


" SEMUA DIJEMPUT HADIR DENGAN BERADAB DALAM MAJLIS ILMU "

"MAKHLUK PEROSAK SEPERTI WAHHABI, SYIAH DAN LIBERAL DILARANG BUAT KACAU. DOK DIAM-DIAM"

* PERCUMA.

_____________________________
Untuk maklumat lanjut sila layari:



http://www.al-azim.com/jmm/main.php

www.al-azim.com

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "