Cari Blog Ini
11 Julai 2011
VIDEO KLIP KISAH BENAR KEPALSUAN GOLONGAN WAHHABI
DrASRI + WAHHABI = KAFIRKAN MediU?!
DrMAZA + WAHHABI = SYAK / RAGU ALLAH ?!
" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "
08 Februari 2011
Amanah Bil Ilmi Wad Deen
Kekeliruan yang ‘dipasarkan’
![]() |
| Penerbitan bahan-bahan agama adalah suatu usaha yang mulia tetapi ia turut datang dengan amanah dan tanggungjawab besar. -Gambar hiasan |
KITA sentiasa menegaskan bahawa antara cabaran utama umat Islam di zaman ini adalah untuk membetulkan kefahaman agama mereka. Ini kerana fikrah-fikrah yang mengelirukan boleh muncul di mana-mana sahaja.
Para penerbit buku agama misalnya, ada yang bersifat terlalu komersial sehingga tidak berhati-hati memilih dan menapis bahan-bahan yang hendak dicetak dan dipasarkan.
Sebab itu ada terjumpa di rak sebuah kedai buku beberapa buku kecil berkaitan isu-isu agama yang bertemakan beramal menurut cara Nabi SAW.
Seperti yang dijangka, buku-buku itu turut mengandungi fikrah ‘beracun’ iaitu membidaahkan sesetengah amalan seperti zikir dan selawat yang sebenarnya menurut sebahagian besar ulama Islam tidak bercanggah, malah selari dengan perlembagaan al-Quran dan al-Sunnah.
Yang menariknya, bersebelahan dengan buku-buku itu, turut ditemui sebuah buku terjemahan karangan al-Marhum Sheikh Dr. Abdul Halim Mahmud, bekas Sheikhul Al-Azhar berkenaan dengan galakan berzikir yang diterbitkan oleh penerbit yang sama.
Dalam buku ini terdapat galakan mengamalkan zikir dan selawat yang dibidaahkan oleh buku-buku yang sebelumnya. Maka apakah nasib yang bakal menimpa orang-orang awam yang dengan jujur mahu menambah sedikit kefahaman agama mereka dengan membeli buku-buku ini?
Jika mereka tersalah pilih, bukankah mereka terdedah kepada kekeliruan dan fahaman yang salah yang akan menjauhkan lagi mereka daripada ajaran Islam yang benar?
Malangnya, buku-buku itu diterbitkan oleh penerbit yang sangat aktif menerbitkan buku-buku agama bagi masyarakat awam. Oleh kerana itu, buku-buku itu akan memasuki pasaran secara meluas dan akan mudah diperoleh.
Sepatutnya, penerbit-penerbit besar buku-buku agama harus lebih berhati-hati dalam menjalankan perniagaan.
Usaha menerbitkan bahan-bahan agama adalah suatu usaha yang mulia tetapi ia turut datang dengan amanah dan tanggungjawab yang besar di hadapan Allah SWT.
Mereka tidak boleh lewa dan cuai dalam memilih bahan-bahan agama yang hendak dilambakkan dalam pasaran.
Sebahagian masyarakat awam Islam pula mengambil jalan mudah dengan hanya mengambil ilmu agama mereka daripada buku-buku dan bahan agama popular yang ada di pasaran tanpa merujuk kepada guru-guru yang boleh dipercayai.
Ini adalah resipi-resipi yang boleh menyebabkan tersebarnya lebih banyak kekeliruan dan salah-faham agama di tengah masyarakat. Semoga Allah SWT menjauhkan dan memelihara kita daripadanya.
Atas kesedaran bahawa masyarakat awam cenderung untuk memilih yang mudah dan ringkas, kami di Yayasan Sofa berusaha dalam ruangan ini untuk mempersembahkan perbahasan dalam buku-buku yang lebih ilmiah dalam bentuk yang lebih ringkas dan mudah.
Begitu juga dalam penerbitan buku-buku dan bahan rujukan agama lain yang kami terbitkan yang belum mampu kami cetak dan pasarkan secara besar-besaran.
Pun begitu, masyarakat Islam sepatutnya disedarkan bahawa mereka tidak boleh terus-menerus bersikap bermudah dan bermalasan dalam menimba kefahaman agama mereka.
Dalam membentuk kefahaman dan penghayatan Islam yang sahih sebenarnya tidak ada jalan pintas dan mudah.
Resipi utamanya adalah dengan menuntut dengan guru-guru yang benar-benar diperakui oleh para ulama dan boleh dipercayai keilmuan dan penghayatan agama mereka.
Cara ini menuntut mujahadah dan pengorbanan yang bukan sedikit tetapi akan lebih menjanjikan pembukaan ilmu dan makrifah yang sebenar selari dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Dan mereka yang berjihad pada jalan kami nescaya akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap bersama para Muhsinin. (al-Ankabut: 69)
" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "
20 Julai 2010
MAJLIS PERDANA : CERAMAH ISRA' MI'RAJ
CERAMAH ISRA' MI'RAJ
DAN PENJELASAN
BAHAYA AJARAN WAHHABI
SURAU AL-EHSANIAH,
KG.KANTAN, SG.TEKALI,
HULU LANGAT,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Penceramah BERTAULIAH Dari Pihak JAIS
A-FADHIL USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM
AL-HAJJ MUHAMMAD 'ALAWY AL-AZHARY
www.khazanah-salafiyyah.blogspot.com
(KHAMIS MALAM JUMAAT)
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
Dan Majlis Ilmu !
SEBAR-SEBARKAN MAKLUMAT MULIA INI AGAR DAPAT BERSAMA MENGECAPI KEMANISAN ILMU !
" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "
16 Julai 2010
SEMINAR TERHANGAT ABAD INI !!!
Tentatif
Seminar Pemikiran Islam
Peringkat Kebangsaan II 2010
HARI PERTAMA: 20 JULAI 2010 (SELASA)
| 8.00 - 8.30 pagi | Pendaftaran |
| 8.30 – 10.30 pagi | Pembentangan Sesi 1: 1. Sejarah Perkembangan Aliran Pemikiran Wahabi Hj. Zaidi Hj. Hassan [Pengkaji Bebas] 2. Asya’irah dan Cabaran Semasa Di Thailand Tn. Haji Ghazali Ahmad [Guru Pondok] 3. Pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah Di Brunei Darussalam: Isu Dan Cabaran Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal [Universiti Islam Sultan Sharif Ali, 4. Wahhabism in the English Works Associate Prof. Dr. Ibrahim Abu Bakar [UKM] 5. Kaedah Penyebaran Dakwah Menerusi Mesej Akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah: Kajian Terhadap Jam‘iyyah al-Mashari‘ al-Khayriyyah al-Islamiyyah di Dr. Sulaiman bin Ibrahim [Universiti Islam Sultan Sharif Ali, |
| 10.30 – 11.00 pagi | Kudapan |
| 11.00 – 1.00 petang | UCAP UTAMA (Balai Ilmu) ”التحدي السلفي للمذهب الأشعري: جذوره تاريخه ومظاهره ووسائله وكيفية مواجهته“ Pembentang : Prof. Dr. Dheen Muhammad [University of Qatar, Mesir] |
| 1.00 – 2.30 petang | Rehat / Makan Tengah hari / Solat |
| 2.30 – 5.00 petang | MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN JURNAL AFKAR Disempurnakan oleh : Y.B. SENATOR MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (B)" Menteri di Jabatan Perdana Menteri |
| 5.00 petang | Minum Petang |
HARI KEDUA: 21 JULAI 2010 (RABU)
| 8.00 - 8.30 pagi | Kehadiran Peserta |
| 8.30 – 10.00 pagi | Pembentangan Sesi 2 1. Apakah Muhammad ‘Abdul Wahab Tokoh Mujaddid Muhammad Uthman el-Muhammady [UIAM] 2. Pro dan Kontra Mengenai Tawassul Dalam Aliran Pemikiran Islam Prof. Madya Dr. Mohd Fakhruddin bin Abd Mukti [UM] 3. Pendekatan Abu Hasan al-Ash’ari dan Ibn Taymiyyah Dalam Perbahasan Sifat-sifat Allah Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Berahim @ Ibrahim [UM] 4. Pendekatan Para Mufassir Dalam Pentafsiran Ayat-Ayat Sifat: Analisis Dari Perspektif Aqidah Ahli Ahmad Fakhrurrazi Bin Mohammed Zabidi [UKM]
|
| 10.00 – 10.30 pagi | Kudapan |
| 10.30 – 12.00 petang | Pembentangan Sesi 3 1. Polemik isu-isu Khilafiah di Malaysia Dr Luqman Bin Haji Abdullah [UM] 2. Pseudo-Salafi dan Keruntuhan Autoriti Dr Khalif Muammar A. Harris [UKM] 3. Tiga Saluran Utama Ilmu dalam Islam: Rumusan Ashā‘irah Māturidiyyah yang Kekal Munasabah Dr. Mohd Zaidi b. Ismail [IKIM] 4. Aliran Salafi Moden Menurut Yusuf al-Qaradawi Prof. Madya Mohamad Kamil Hj Ab Majid [UM] |
| 12.00 – 1.30 petang | Pembentangan Sesi 4 1. بعض أفكار ابن تيمية في العقيدة تحليل ومقارنة Dr. Muhamad Salim Muhamad Abu ‘Asi [Universiti 2. قسمة التوحيد ودراسته بين ابن تيمية وعلماء الكلام Dr. Mas’ab al-Khoir Idris al-Said Mustafa al-Idrisi [Universiti 3. المذهب الأشعري وقضايا أمن المجتمع والسلام العالمي Dr. ‘Ali Abu al-Khoir [Pengkaji Bebas, Mesir] 4. تثليث التوحيد وتوحيد الأمة Dr. Mohamad Rifaie [USIM]
|
| 1.30 – 2.30 petang | Rehat / Makan Tengah hari / Solat |
| 2.30 – 4.00 petang | Pembentangan Sesi 5 1. Pendekatan Wasatiyyah Dalam Aliran al-Asha`irah Prof. Madya Dr Wan Suhaimi bin Wan Abdullah [UM] 2. Konsep Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah : Satu Penilaian Prof. Madya Dr Asmadi Mohd Naim [UUM] 3. Pro dan Kontra Mengenai Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah Menurut Muhammad bin `Abd al-Wahhab Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Hamat [UM] 4. التراث الأشعري في ميدان العلم الإسلامي Dr. ‘Isa ‘Abdullah ‘Ali [Universiti
|
| 4.00 – 5.30 petang | Pembentangan Sesi 6 1. Pemikiran Akidah Muhammad `Abdul Wahab dan Ibn Taymiyyah: Satu Analisis Perbandingan Dr. Abdol Rahman Mahmood [UKM] 2. Pendidikan Akidah Menerusi Huraian Sifat 20 di Prof. Madya Dr. Mudasir Rosder [UKM] 3. Ta’wil Dalam Tradisi Aqidah Asha’irah Dr. Mohd Farid Mohd Shahran [UIAM] 4. Konsep Muqtadayat al-Uluhiyyah Dan Awhal Al-Tauhid Dalam Mentauhidkan Allah SWT Menurut Sheikh Mukhtar Ali al-Dusuqi Muhammad Saiful Islami Mohd Taher, Siti Aisyah Yusof, Nik Muhammad Rozi Yusoff [UiTM & UM]
|
| 5.30 – 6.00 petang | Minum Petang |
HARI KETIGA: 22 JULAI 2010 (KHAMIS)
| 8.00 - 8.30 pagi | Kehadiran Peserta |
| 8.30 – 10.00 pagi | Pembentangan Sesi 7 1. Pemikiran Tuhid Asha’irah: Wacana Pencerdasan Iman Amil bin Zainal [UM] 2. Manhaj Ibn Khuzaimah dalam Wacana Ayat-Ayat Mutasyabihat: Analisis Menurut Pemikiran al-Razi Mohd Hamidi bin Ismail [UM]
|
| 10.00 – 10.30 pagi | Kudapan |
| 10.30 – 12.00 petang | Pembentangan Sesi 8 1. الفكر الاشعري والوحدة الفكرية في المغرب الإسلامي Tarek Ladjal [UM] 2. ملاحظات الشيخ الندوي على أسلوب علم الكلام فى إثبات العقائد الإسلامية Muhammad Shoheb [UM] 3. الثقافة العقدية عند الشيخ محمد الغزالي (ت1996م) Fadila Grine [UM] |
| 12.00 – 1.30 petang | Pembentangan Sesi 9 1. Ayat Mutasyabihat Menurut Sheikh Zainal Abidin al-Fatani dalamKitab ‘Aqidah al-Najin Dr. Faizuri bin Abdul Latif [UM] 2. Analisis Kalimah Allah Menurut Perspektif Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Prof. Madya Dr. Khadijah binti Mohd Hambali @ Khambali [UM] 3. Imam Syamsuddin Ibn Al-Qayyim Al-Jauziyyah: Analisis Terhadap Metode Kajian Dan Penulisan Beliau Dalam Beberapa Karyanya Mengenai Ketuhanan Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid [UM]
|
| 1.30 – 2.30 petang | Rehat / Makan Tengah hari / Solat |
| 2.30 – 4.00 petang | Pembentangan Sesi 10 1. Tradisi Penulisan Kitab Sharah dalam Kerangka Aqidah Asha’irah: Rujukan Khusus Kepada Kitab Sharah Melayu Che’ Razi bin Jusoh [UM] 2. Nahdlatul Ulama Dan Faham Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah di Mohammad Syakirin al-Ghozaly [UM] |
| 4.00 – 5.30 petang | Pembentangan Sesi 11 1. جهود الأئمة الاشعرية في المولد النبويالسيوطي نموذجاً Ibtisam Abdullah Ali [UM] 2. جهود الإمام البيهقي الأشعري – رحمه الله – في إثبات العقيدة والدفاع عنها Nawaf Mohammed al-Harbi [UM] |
| 5.30 – 6.00 petang | Tamat |
http://www.seminar-pemikiran-islam.blogspot.com
atau :
http://abu-syafiq.blogspot.com
" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "
01 Julai 2010
SELAMI HAKIKAT ISRAK DAN MIKRAJ... - Buku Mesti Dimilki Semua !!!
Judul Buku :
Penjelasan Peristiwa
ISRA' dan MIKRAJ
Dari Kacamata
AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH

Penulis :
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
Muhammad 'Alawy Al-Hajj Al-Azhary
Tel :
019 9181278
Blog :
http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/
Terbitan :
PUSTAKA HAJI ABDUL MAJID SDN. BHD
No 54 Jln SBC 3, Tmn Sri Batu Caves,
68100 Batu Caves, Selangor
Tel : 03-6184 2641
Faks : 03 6184 2671
Hubungi :
1. Saudara Khairul (Shah Alam)
016 3306300
2. Saudara Humaidi (Shah Alam)
019 6054234
DAPATKAN SEGERA
SEMENTARA STOK MASIH ADA !!!
" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "
10 Jun 2010
Akidah 'Allah Bertempat' Akidah Kufur Terkeluar Dari Islam- JAKIM
Soalan:
Jawapan:
Pada kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM yang diterbitkan oleh JAKIM Bahagian Penyelidikan (1426H/2005M) pada Tajuk PENJELASAN TERHADAP 58 CIRI AJARAN SESAT DI MALAYSIA pada Nom (5) M/S 7 dinyatakan oleh JAKIM:
dengan makhluk".
JAKIM menyatakan lagi dalam ruang yang sama pada M/S 8:
" Ayat ini menjelaskan bahawa Allah tidak menempat, tidak mengambil ruang dan tidak boleh dibandingkan dengan makhluk.
Sebaliknya orang yang mendakwa begini sebenarnya tidak mengenal Allah
dengan pengenalan yang betul, kerana mengiktikadkan bahawa Allah
S.W.T itu boleh menjelma sebagai makhluk atau manusia, atau
menyifatkan Allah dengan sifat yang tidak layak dengan keagungan-
Nya. Orang yang menganggap Allah memasuki tubuh manusia atau
Dia terlipat pada suatu tempat dan keadaan maka orang itu adalah
kafir terkeluar dari agama Islam. Kerana dianggap ingkar apa yang
disepakati daripada Islam". Tamat nukilan dari JAKIM
Maka, sesiapa yang berakidah Allah itu bertempat dan mengambil mana-mana ruang maka dia telah tersasar dari akidah sebenar kerana menyamakan Allah dengan makhluk dan wajib memeluk Islam kembali dengan mengucap 2 kalimah syahadah.
Dibawah ini adalah teks kenyataan JAKIM yang dinukilkan:
Seorang pegawai Akidah JAKIM pula mengatakan bahawa antara ciri pertama ajaran sesat adalah mendakwa Allah bertempat dan mengambil ruang. Rujuk:
________________
Maka disini Kami katakan:
Wahai seluruh umat Islam!
Ketahuilah sesungguhnya kepercayaan bahawa "Allah ta'ala wujud tanpa bertempat" merupakan akidah junjungan besar kita Nabi Muhammad, para sahabat, ahlil bait baginda dan semua yang mengikut mereka dengan kebaikan.
ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT.
Maka Allah tidak memerlukan kepada tempat untuk diduduki dan tidak merlukan kepada benda untuk diliputiNya dan Dia tidak memerlukan kepada arah. Cukup sebagai dalil pada mensucikan Allah dari bertempat atau berarah itu dengan firman Allah ta'ala yang bermaksud:
" Tiada sesuatupun yang menyerupai Allah".
Sekiranya Allah bertempat maka sudah pasti bagiNya persamaan dan berukuran tinggi lebar, dalam, dan sesuatu yang sedimikian pastinya adalah makhluk dan memerlukan kepada yang lain menetapkan ukuran panjangnya, lebarnya, dalamnya. Demikian tadi dalil 'Allah Wujud Tanpa Bertempat' dari Al-Quran.
Manakala dalil dari hadith Nabi pula adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan selainya dengan sanad yang sohih bahawa Rasulullah (selawat dan salam keatasnya) bersabda yang bermaksud:
"Allah telah sedia wujud (azali) dan selain Allah tiada sesuatupun yang sedia wujud (azali)".
Makna hadith Nabi tadi adalah Allah telah sedia ada pada azal lagi, tidak ada bersama Allah selainNya, air belum ada lagi, udara belum ada lagi, bumi belum wujud lagi, langit belum wujud lagi, kursi belum ada lagi, arasy belum ada lagi, manusia belum wujud lagi, jin belum wujud lagi, malaikat belum ada lagi, masa belum ada lagi, tempat belum wujud lagi dan arah juga belum wujud lagi.
Manakala Allah telah sedia wujud tanpa tempat sebelum tempat dicipta dan Allah tidak sama sekali memerlukan kepada tempat. Inilah yang dinyatakan dari Hadith Nabi tadi. Saidina Ali (semoga Allah meredhoinya) berkata:
" Allah telah sedia ada tidak bertempat dan Allah sekarang juga atas sediakalaNya tanpa bertempat".
Diriwayatkan oleh Imam Abu Mansour Al-Baghdady dalam kitabnya Al-farqu Bainal Firaq.
Dari segi akal, sebagaimana diterima akan kewujudan Allah ta'ala itu tanpa tempat dan tanpa arah sebelum adanya tempat dan arah maka benarlah kewujudan Allah itu setelah mencipta tempat Dia tidak bertempat dan tidak memerlukan arah.
Dalil ini semua, bukanlah menafikan kewujudanNya sepertimana yang dituduh oleh ajaran yang menjisimkan dan menyamakan Allah dengan makhluk pada zaman ini iaitu ajaran Wahhabiyah.
Kita mengangkat tangan ke langit ketika berdoa bukanlah kerana Allah berada dilangit akan tetapi kita mengangkat tangan ke langit kerana langit merupakan kiblat bagi doa, tempat terkumpulnya banyak rahmat dan berkat. Sepertimana kita menghadap ke arah ka'bah ketika solat tidaklah bererti Allah itu berada di ka'bah akan tetapi kerana ka'bah itu kiblat bagi solat. Inilah yang telah dinyatakan oleh para ulama Islam.
Saidina Ali (semoga Allah meredhoinya) turut menjelaskan:
" Akan kembali satu kaum dari umat ini ketika hampir hari kiamat kelak mereka menjadi kafir, lantas sesorang lelaki bertanya: ' Wahai amirul mu'minin! Kekufuran mereka itu disebabkan apa? kerana mengada-adakan sesuatu dalam urusan agama atau mengingkari sesuatu dalam agama?' Saidina Ali menjawab: Kekufuran mereka kerana mengingkari sesuatu dalam agama iaitu mereka mengingkari Pencipta mereka dengan menyifatkan Pencipta itu berjisim dan beranggota". Diriwakan oleh Ibnu Al-Mu'allim Al-Qurasyi dalam kitabnya berjudul Najmul Muhtady Wa Rojmul Mu'tady.
Berkata Imam Zainul Abidin (semoga Allah meredhoinya): " Engkaulah Allah yang tidak diliputi tempat". Diriwayat oleh Al-Hafiz Az-Zabidy.
Imam Abu Hanifah menyatakan dalam kitabnya Fiqhul Absat: " Allah ta'ala telah sedia ada tanpa tempat, Allah telah sedia wujud sebelum mencipta makhluk, dimana sesuatu tempat itu pun belum wujud lagi, makhluk belum ada lagi sesuatu benda pun belum ada lagi, dan Allah lah yang mencipta setiap sesuatu.
Dinyatakan dengan sanad yang sohih oleh Imam Baihaqi dari Abdullah bin Wahb berkata:
" Ketika kami bersama dengan Imam Malik, datang seseorang lelaki lantas bertanya: 'Wahai Abu Abdillah Imam Malik! 'Ar-Rahman 'Alal Arasyi Istawa' bagaimana bentuk istiwa Allah? maka Imam Malik kelihatan merah mukanya kemudian beliau mengangkat wajahnya lantas berkata: 'Ar-Rahman 'Alal Arasyi Istawa' ianya sepertimana yang telah disifatkanNya dan tidak boleh ditanya bentukNya kerana bentuk itu bagi Allah adalah tertolak dan aku tidak dapati engkau melainkan seorang pembuat bid'ah! maka keluarkan dia dari sini".
Manakala riwayat yang berbunyi 'dan bentuk bagi Allah itu adalah dijahili' ianya riwayat yang tidak sohih.
Imam kita Imam Syafie (semoga Allah meredhoinya) telah berkata: " Barangsiapa mempercayai Allah itu duduk di atas Arasy maka dia telah kafir". Diriwayatkan oleh Ibnu Al-Mu'allim Al-Qurasyi dalam kitabnya Najmul Muhtady Wa Rojmul Mu'tadi.
Berkata juga Imam Ahmad bin Hambal (semoga Allah meredhoinya) : " Barangsipa yang mengatakan Allah itu jisim tidak seperti jisim-jisim maka dia juga jatuh kafir".Diriwayat oleh Al-Hafiz Badruddin Az-Zarkasyi dalam kitabnya Tasynif Al-Masami'.
Berkata Imam Ahli Sunnah Wal jamaah Imam Abu Hasan Al-Asy'ary dalam kitabnya berjudul An-Nawadir: " Barangsiapa yang mempercayai Allah itu jisim maka dia tidak mengenali Tuhannya dan sesungguhnya dia mengkufuri Allah".
Maka jelaslah dari kenyataan Imam Al-Asy'ary tadi bahawa kitabnya yang berjudul Al-Ibanah pada hari ini telah ditokok tambah.
Berkata Imam Abu Ja'far At-Tohawi yang mana beliau ini merupakan ulama As-Salaf As-Soleh: " Maha suci Allah dari mempunyai ukuran, penghujung, sendi, anggota dan benda-benda kecil dan Allah tidak diliputi dengan mana-amana arah enam sepertimana makhlukNya".
Beliau berkata lagi: " Barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan sifat-sifat makhluk maka dia jatuh kafir".
Antara sifat makhluk adalah bergerak,duduk diam, turun, naik, bersemayam, duduk, berukuran, bercantum,berpisah,berubah, berada di tempat,berarah, berkata-kata dengan huruf, suara, bahasa dan lain-lain.
Telah dinukilkan oleh Imam Al-Qorofy dan Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitamy dan selainya menukilkan kenyataan bahawa: " Imam Syafie, Imam Malik Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah (semoga Allah meredhoi mereka) berkata bahawa jatuh hukum kufur bagi sesiapa yang berkata Allah itu ber-arah dan berjisim dan benarlah penghukuman Imam-imam tadi".
Wahai seluruh orang-orang muslim.
Kami mengakhiri penjelasan ini dengan ungkapan kaedah yang dinyatakan oleh Imam Ahmad Bin Hambal (semoga Allah meredhoinya): " Segala yang terbayang dibenak fikiranmu maka ketahuilah bahawa Allah tidak sedemikian" . Dan ini merupaka kaedah yang telah disepakati disisi seluruh ulama Islam.
Berkata Imam kita Abu Bakar (semoga Allah meredhoinya): "Merasai diri itu lemah dari membayangi zat Tuhan maka itulah tauhid mengenal Tuhan dan memcari-cari serta membayangkan zat Tuhan itu pula adalah kufur dan syirik".
Alhamdulillah kita berada dalam akidah yang benar ini, memohon kepada Allah ta'ala agar mematikan kita diatas pegangan ini. Amin ya Arhamar Rohimin Wa akhiru da'wana 'anil hamdulillahi robbil 'alamin.
______________________
Berkata Al-Alim Al-Allamah Al-‘Arif Al-Rabbany Maulana Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony ;
“ Dan ketiga Mukhalafatuhu Lil Hawaditsi :
Dan maknanya : Bahawasanya Allah Taala tiada bersama ia dengan segala yang baharu, tiada pada zatNya, dan tiada pada sifatNya dan tiada pada af’alNya (perbuatanNya). Maka zat Allah tiada menyerupa akan dia segala zat yang baharu, dan sifatNya tiada menyerupa akan dia akan segala sifat-sifat yang baharu, dan perbuatanNya tiada meyerupa akan dia akan segala perbuatan yang baharu, dan setiap barang yang terlintas dengan hati seorang kita akan sesuatu maka bahawasanya Allah Taala itu bersalahan baginya kerana sekalian itu baharu[1]. Maka Allah itu bersalahan dengan segala yang baharu seperti firman Allah Taala :
Yang bermaksud :
“Tiada seperti seumpamanya Allah Yang Maha Suci suatu dan Dialah jua Tuhan Yang Amat Mendengar dan Yang Lagi Amat Melihat”.[2]
Dan tiada Allah Taala itu bertempat[3], dan tiada Ia di atas[4], dan tiada Ia di bawah, dan tiada ia di kanan, dan tiada di kiri, dan tiada pada hadapan, dan tiada di belakang,[5] kerana adalah sekalian itu melazimkan jirim, dan Allah Yang Maha Suci tiada berjirim, dan tiada Aradh. Kerana adalah segala yang baharu itu terhingga atas dua perkara iaitu jirim dan aradh maka tempat dan berubah itu sifat jirim dan sifat aradh. Demikian lagi besar dan kecil itu sifat jirim yang banyak dan sedikit kerana jikalau banyak jirim dinamakan besar dan yang sedikit dinamakan kecil. Dan berubah itu sifat aradh seperti gerak dan diam maka kedua-duanya itu daripada kelakuan yang baharu dan Allah Yang Maha Suci itu Qadim[6] tidak boleh disifatkan dengan segala sifat yang baharu. Dan barangsiapa menghinggakan zat Allah Taala pada tempat maka tiada syak ia pada kufurnya seperti katanya allah taala itu terhingga di atas langit atau pada bumi.
Seterusnya berkata lagi Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony ;
” Kata Imam Syafie ; Barangsiapa yang meninggalkan empat perkara ini sempurna imannya, dan iaitu (kam ),dan (kaif), dan (mata), dan (aina), maka adapun (kam) maka dinyatakan dengan dia menuntut kenyataan bilangan maka jika dikata orang ; Kamillah ? Yakni “ berapa Allah?” maka jawab olehmu : iaitu wahid yakni Esa pada zatNya dan pada sifat-sifatNya dan pada perbuatanNya. Dan (kaif) iaitu ditanya dengan dia daripada kaifiat maka jika ditanya orang : kaifallah? Yakni “ betapa Allah (bagaimana rupa Allah?)” maka jawab olehmu ; tiada mengetahui seseorang akan hakikat zat Allah melainkan Ia jua. Dan (mata) itu tiada dengan dia daripada zaman (masa) maka jika dikata orang : Matallah? Artinya ; manakala didapati Allah? (bilakan Allah Taala wujud?) maka jawab oleh mu : Allah Taala itu awalnya tiada permulaan dan akhir tiada kesudahan. Dan (aina) dan tiada dengan dia daripada makan (tempat), maka jika dikata orang : Ainallah?[7] (di mana Allah?) maka jawab oleh mu : Allah itu tiada bertempat dan tiada dilalu atasnya masa kerana zaman (masa) dan makan (tempat) baharu keduanya.
Bermula Allah taala itu Qadim dan yang Qadim tiada berdiri dengan yang baharu dan barangsiapa yang menyerupakan Allah , Tuhan yang bersifat dengan Rahman dengan suatu maka tiada syak pada kufurnya. Maka takut olehmu akan diri kamu dan pelihara akan dia daripada menyerupa ia akan Allah dengan suatu bahagi daripada bahagi yang baharu ini maka demikian itu kufur. Dan sungguhnya wajib bagi Allah itu mukhalafah (bersalahan) bagi segala yang baharu kerana bahawasanya jikalau menyama ia akan dia nescaya adalah baharu seumpamanya. Dan telah terdahulu pada burhan wajib qidamnya dan baqa’nya dan wajiblah ia bersifat Mukhalafatuhu Lil Hawwaditsi, dan apabila sabitlah baginya Mukhalafatuhu Lil Hawwaditsi nescaya nafilah daripadanya Mumatsilah Lil Hawaditsi ( bersamaan Allah pada segala yang baharu). Selesai nukilan penulis (abu lahyah) daripada Kitab Al-Jauhar As-Saniyyah Fi Syarhi Al-‘Aqoid Al-Diniyyah Wa Ahkam Al-Fiqhi Al-Mardhiyyah Wa Thoriqi Al-Suluki Al-Muhammadiyyah”[8]
…………………………………………………….
FOOTNOTE ;
[2] Allah Taala berfirman ; “Tiada sesuatu pun sama dengan Allah dan Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.” Surah Syura Ayat ;11.
[3] Sayyidina Ali Radiallahu Anhu (40 H) yang merupakan seorang khalifah al_Rasyidin yang keempat dan seorang sahabat yang agung telah berkata:“ Adalah (Allah azali) tanpa bertempat, dan Dia sekarang seperti mana keadaanNya yang lalu ( wujudnya azali tanpa bertempat)”. Lihat Abu Mansur al-Baghdady, Al-Farqu Bainal al-Firaq, ( Kaherah, Percetakan Darul Al-Turats), m/s :356. Imam Ali berkata lagi : “Akan kembali suatu kaum daripada umat ini ketika dekat berlaku hari kiamat menjadi kafir mereka itu, lalu berkata seorang lelaki bertanya : wahai Amir al-Mukminin kekafiran mereka dengan apa, dengan sebab mereka melakukan perkara bida’ah ke dengan sebab keingkaran mereka? Maka berkata (Imam Ali) : Bahkan dengan keingkaran. Mereka mengingkari percipta mereka dan mensifatkanNya dengan jisim dan anggota.” Rujuk Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi, Kitab Najmul Muhtady, m/s 588.
[4] Berkata Imam Abu Hanifah di dalam kitab Al-Fqh Al-Absath m/s 12 : “ barangsiapa mengatakan aku tidak mengetahui tuhanku sama ada berada dilangit atau dibumi maka kufurlah ia, begitu juga sesiapa yang mengatakan bahawa Allah berada di atas Arash dan aku tak pasti tahu sama ada Arash itu di langit ataupun dibumi. Perkara ini dipersetujui oleh Syeikh al-Izz Ibn Abd As-Salam di dalam kitab ((Hal Al-Rumuz)) lalu berkata : “ini adalah kerana perkataan itu mengelirukan atau menisbahkan bagi Allah tempat, barangsiapa menisbahkan bagi Allah tempat maka dia adalah Mushabbihah”. Manakala Syiekh Mulla ‘Ali Qari Al-Hanafi berkata di dalam kitab syarh kitab Fiqh Al-Akbar ; dan tidak syak lagi bahawa Ibn Izz Abd Salam merupakan ulamak yang paling mulia dan amat dipercayai, ,maka wajiblah dipegang dan bergantung pada nukilannya’. Selain Itu Imam Al-Allamah Abu Al-Mahasin Muhammad Al-Qauqaji Al-Thorabulusi Al-Hanafiy berkata : “ Dan sesiapa yang mengatakan : aku tidak mengetahui sama ada Allah itu berada di langit atau dibumi maka kufurlah ia, ini adalah kerana dengan mengatakan salah satu dari dua pernyataan tadi menjadikan tempat bagi zat Allah Taala.” Rujuk Imam Al-Allamah Abu Al-Mahasin Muhammad Al-Qauqaji Al-Thorabulusi Al-Hanafiy , Kitab Al-I’timad fil I’tikoq ( Beirut, Percetakan Darul Masyari’, Cetakan Pertama, Tahun : 2004 Bersamaan 1425 H) m/s 13.
[5] Berkata Imam At-Thahawiy As-Salafiy : ” Maha Suci (Allah) Taala daripada batasan, tinggi kemuncak, beranggota kecil (spt jari-jemari), anggota besar, memerlukan alat perantaraan, tidak juga sekali-kali meliputi arah-arah yang enam (atas bawah, depan belakang, kiri dan juga kanan) seperti sekalian makhluk. Seterusnya beliau menambah “ barangsiapa mengsifatkan Allah sengan satu makna atau sifat makhluk daripada sifat-sifat makhluk, maka telah jatuh kafir ia” Rujuk Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary, Idzhar As-Sunniyyah ( Beirut, Percetakan Darul Masyari’, tahun ).
[6] Tiada permulaan bagi kewujudan-Nya.
[7] Terdapat satu hadits yang diguna oleh golongan wahhabi untuk mengatakan Allah berada di langit iaitu Hadits Al-Jariyah. Hadis Al-Jariyah sebuah hadis yang mengandungi peristiwa pertanyaan Rasulullah kepada seorang jariyah (hamba perempuan) yang telah diriwayatkan dalam pelbagai lafaz oleh beberapa ulama hadis seperti al-Imam Muslim dalam kitabnya Sahih Muslim, Bab Tahrim al-Kalam fi al-Salah, al-Imam Abu Dawud dalam kitabnya Sunan Abi Dawud, Bab Tashmit al-^Atish dan Bab fi al-Raqabati`l-Mu’minah, al-Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta’, Bab Ma Yajuz Mina`l-^Itq fi al-Riqab al-Wajibah, al-Imam al-Bayhaqi, al-Imam Ahmad, al-Imam Ibn Hibban dan lain-lain lagi. Hadits Jariyah ini bukan Bermakna Allah berada di atas langit.
MAKNA HADIS AL-JARIYAH
Sayyidina Ali Radiallahu anhu berkata:
Allah taala berfirman:
Rasulullah bersabda:
Maknanya: “Allah ada (azali yakni ada tanpa permulaan) dan tiada sesuatu pun selain-Nya”. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan selainnya).
[8]Lihat Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony , Al-Jauhar As-Saniyyah Fi Syarhi Al-‘Aqoid Al-Diniyyah Wa Ahkam Al-Fiqhi Al-Mardhiyyah Wa Thoriqi Al-Suluki Al-Muhammadiyyah ( Thailand , Percetakan Maktabah Wa Mathba’ah Muhammad Al-Nahdi Wa Aulad, tahun : tiada ) m/s 6,7.
" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "
TAZKIRAH JUMAAT YANG DINANTI - NANTIKAN !
TAZKIRAH JUMAAT
BAHAYA FITNAH WAHHABI
Bertempat Di :


MASJID PUTRA PERDANA PUCHONG
SELANGOR DARUL EHSAN
http://masjidputraperdana.blogspot.com/
Tarikh :
11 JUN 2010 (JUMAAT)
Masa :
SEBELUM KHUTBAH JUMAAT
Penceramah Istimewa Di Jemput Khas :
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
Al-Hajj Muhammad 'Alawy Al-Azhary
http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/
Datanglah Beramai-Ramai
Mengimarahkan Baitullah Dan Majlis Ilmu
Di Hari Jumaat Yang Mulia !
SEBAR-SEBARKAN MAKLUMAT MULIA INI AGAR DAPAT BERSAMA MENGECAPI KEMANISAN ILMU !
Disediakan Oleh Sohibul Bloggy :
www.al-hanief.blogspot.com
" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "










