ISLAM AGAMA YANG LURUS !!!

KES USTAZ ZAMIHAN BALAS SAMAN ASRI WAHHABI RM100JUTA
Pada 20hb Julai 2011 Rabu antara jam 3.00petang hingga 4.30petang telah berlaku satu peristiwa yang mana perbicaraan kes saman antara Tokoh Ahli Sunnah Wal Jama'ah iaitu Ustaz Zamihan Bin Mat Zin dengan tokoh Wahhabi iaitu Us. Mohd Asri Bin Zainul Abidin di Mahkamah Tinggi Shah Alam bertempat di Menara MRCB kota Anggerik Shah Alam di tingakat 6 sebelum cuba dibawa kandang perbicaraan di tingkat 3.
Pada kali ini ia berkisarkan mengenai Ustaz Zamihan membalas kembali saman Mohd Asri. Sebelumnya Mohd Asri telah menyaman Ustaz Zamihan dengan menghantar notis samannya sebenyak RM 10 juta, maka kini Ustaz Zamihan pula membalas saman ke atas Mohd Asri dan beberapa pihak lain yang terlibat menjadi jumlah saman sebanyak RM 100juta. Wooo. Banyak tu...Sebenarnya Ustaz Zamihan bukan nak duit dari Asri melainkan ingin memberi peringatan tegas pada beberapa perkara termasuk ia kerana yang MEMULAkan saman dahulu adalah Mohd Asri sendiri. Asri pada mulanya menyaman Ustaz Zamihan pada isu sijil Asri di Universiti Jordan yang akan dibongkarkan dibawah ini nanti dan juga yang akan dibongkarkan adalah apakah tuduhan Mohd Asri ke atas Ustaz Zamihan sehingga membawa kepada saman balas.
Mari kita perhatikan satu persatu;

![]() |
| Penerbitan bahan-bahan agama adalah suatu usaha yang mulia tetapi ia turut datang dengan amanah dan tanggungjawab besar. -Gambar hiasan |
KITA sentiasa menegaskan bahawa antara cabaran utama umat Islam di zaman ini adalah untuk membetulkan kefahaman agama mereka. Ini kerana fikrah-fikrah yang mengelirukan boleh muncul di mana-mana sahaja.
Para penerbit buku agama misalnya, ada yang bersifat terlalu komersial sehingga tidak berhati-hati memilih dan menapis bahan-bahan yang hendak dicetak dan dipasarkan.
Sebab itu ada terjumpa di rak sebuah kedai buku beberapa buku kecil berkaitan isu-isu agama yang bertemakan beramal menurut cara Nabi SAW.
Seperti yang dijangka, buku-buku itu turut mengandungi fikrah ‘beracun’ iaitu membidaahkan sesetengah amalan seperti zikir dan selawat yang sebenarnya menurut sebahagian besar ulama Islam tidak bercanggah, malah selari dengan perlembagaan al-Quran dan al-Sunnah.
Yang menariknya, bersebelahan dengan buku-buku itu, turut ditemui sebuah buku terjemahan karangan al-Marhum Sheikh Dr. Abdul Halim Mahmud, bekas Sheikhul Al-Azhar berkenaan dengan galakan berzikir yang diterbitkan oleh penerbit yang sama.
Dalam buku ini terdapat galakan mengamalkan zikir dan selawat yang dibidaahkan oleh buku-buku yang sebelumnya. Maka apakah nasib yang bakal menimpa orang-orang awam yang dengan jujur mahu menambah sedikit kefahaman agama mereka dengan membeli buku-buku ini?
Jika mereka tersalah pilih, bukankah mereka terdedah kepada kekeliruan dan fahaman yang salah yang akan menjauhkan lagi mereka daripada ajaran Islam yang benar?
Malangnya, buku-buku itu diterbitkan oleh penerbit yang sangat aktif menerbitkan buku-buku agama bagi masyarakat awam. Oleh kerana itu, buku-buku itu akan memasuki pasaran secara meluas dan akan mudah diperoleh.
Sepatutnya, penerbit-penerbit besar buku-buku agama harus lebih berhati-hati dalam menjalankan perniagaan.
Usaha menerbitkan bahan-bahan agama adalah suatu usaha yang mulia tetapi ia turut datang dengan amanah dan tanggungjawab yang besar di hadapan Allah SWT.
Mereka tidak boleh lewa dan cuai dalam memilih bahan-bahan agama yang hendak dilambakkan dalam pasaran.
Sebahagian masyarakat awam Islam pula mengambil jalan mudah dengan hanya mengambil ilmu agama mereka daripada buku-buku dan bahan agama popular yang ada di pasaran tanpa merujuk kepada guru-guru yang boleh dipercayai.
Ini adalah resipi-resipi yang boleh menyebabkan tersebarnya lebih banyak kekeliruan dan salah-faham agama di tengah masyarakat. Semoga Allah SWT menjauhkan dan memelihara kita daripadanya.
Atas kesedaran bahawa masyarakat awam cenderung untuk memilih yang mudah dan ringkas, kami di Yayasan Sofa berusaha dalam ruangan ini untuk mempersembahkan perbahasan dalam buku-buku yang lebih ilmiah dalam bentuk yang lebih ringkas dan mudah.
Begitu juga dalam penerbitan buku-buku dan bahan rujukan agama lain yang kami terbitkan yang belum mampu kami cetak dan pasarkan secara besar-besaran.
Pun begitu, masyarakat Islam sepatutnya disedarkan bahawa mereka tidak boleh terus-menerus bersikap bermudah dan bermalasan dalam menimba kefahaman agama mereka.
Dalam membentuk kefahaman dan penghayatan Islam yang sahih sebenarnya tidak ada jalan pintas dan mudah.
Resipi utamanya adalah dengan menuntut dengan guru-guru yang benar-benar diperakui oleh para ulama dan boleh dipercayai keilmuan dan penghayatan agama mereka.
Cara ini menuntut mujahadah dan pengorbanan yang bukan sedikit tetapi akan lebih menjanjikan pembukaan ilmu dan makrifah yang sebenar selari dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Dan mereka yang berjihad pada jalan kami nescaya akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap bersama para Muhsinin. (al-Ankabut: 69)
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam telah bersabda dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari :
" أً فضَلُ الأعمَالُ إيمَانٌ بِاللهِ وَرَسُولِهِ "
Maksudnya: ‘Amalan yang paling baik ialah beriman dengan Allah dan RasulNya ‘.
Beriman dengan Allah dan RasulNya iaitu Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam merupakan amalan yang paling baik dan utama serta dikasihi oleh Allah.
Amalan-amalan soleh seperti sembahyang, puasa, haji, zakat dan lain-lain tidak sah serta tidak diterima oleh Allah kecuali disertai dengan keimanan kepada Allah dan RasulNya.
Orang kafir yang tidak beriman dengan Allah dan RasulNya tidak diterima amalan kebaikan yang mereka lakukan. Bagaimanakah Allah hendak menerima kebaikan yang mereka lakukan dalam keadaan mereka kafir kepada Allah yang menjadikan mereka serta yang memberikan mereka kehidupan, rezeki dan lain-lain.