Cari Blog Ini

25 Januari 2009

PESANAN SUCI DARI SEORANG SUFI

WASIAT SYEIKH ABDULLAH KEPADA SEMUA UMAT ISLAM
DI SELURUH PELUSUK DUNIA


Terjemahan :

(Syeikh Abdullah Rahimahullah berselawat dan mengucap salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, para sahabat serta ahli keluarga baginda) :-

Sesungguhnya aku berpesan kepada kamu ...agar senantiasa menyibukkan diri dengan ilmu ahlus sunnah pada waktu kini yang mana wujudnya gerakan yang merosakkan manusia (daripada Aqidah ahlussunnah) kepada aqidah yang rosak yang akan mengeluarkan seseorang itu daripada agama tanpa disedarinya

(Syeikh berdoa)
Sesungguhnya aku saudara kamu semua
Abdullah bin Muhammad Al-Harary

mendoakan kalian dangan keteguhan dan keyakinan yang utuh dalam mengikut mazhab Ahlussunnah pada perkataan dan perbuatan...AAMEEN !

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

PEJUANG AQIDAH & SUNNAH ZAMAN KINI !

RIWAYAT HIDUP SEORANG MUHADDITH
SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI

Nama dan Tempat Lahirnya:

Beliau adalah seorang yang alim, al-‘Allamah al-Muhaddis, pakar dalam ilmu fekah, dan kuat berhujah menentang golongan-golongan yang terpesong dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, seorang yang zuhud dan bertaqwa, namanya ialah Abdullah bin Muhammad bin Yusuf bin Abdullah bin Jamei’, berasal dari Harar , berketurunan asy-Syaibi dan al-Abdary beliau juga merupakan Mufti Harar [dilantik menjadi mufti sebelum berumur 18 tahun].


Dilahirkan di bandar Harar pada tahun 1910 bersamaan 1328 Hijrah (beliau lahir lebih awal dari pada tahun yang tercatat, yang tercatat hanyalah yang tertera pada pendaftaran lama).


perjalanan hidup beliau:

Beliau telah dibesarkan di rumah yang penuh dengan kasih sayang pada ilmu agama. Beliau telah menghafal al Quran ketika berumur 7 tahun. Ayah beliau telah membacakan ke atasnya kitab al Muqaddimah al-Hadhramiah dan kitab al-Mukhtasar as-Saghir dalam ilmu fekah yang mana kitab tersebut amat mashyur di kawasannya.

Kemudian beliau mula menghafaz dari pelbagai matan-matan ilmu agama yang lain, kecenderungannya untuk mendalami ilmu hadis telah membuatkan beliau menghafal kitab-kitab hadis yang enam [سنن ستة] dan selainnya berserta dengan sanad-sanadnya sekali sehinggakan beliau telah diijazahkan meriwayat hadis-hadis nabi j ketika beliau kurang dari umur 18 tahun.

Tidak cukup dengan ulama di negaranya bahkan dia telah merantau keseluruh pelusuk Habsyah dan Somalia untuk menuntut ilmu dan mendengarnya daripada ulama setempat, oleh itu Syeikh Abdullah sanggup merintangi kesusahan dan kepayahan bahkan sekiranya dia mendengar ada orang alim disesuatu tempat maka dia akan bersegera pergi kepadanya seperti mana yang dilakukan ulama salafussolih yang terdahulu. Kehebatan, ketajaman fikiran dan kekuatan hafazannya yang hebat selain kemampuannya mendalami ilmu fekah Syafii dan usulnya dan mengetahui sudut khilaf dalam mazhab beliau juga sangat arif pendapat yang terdapat dalam mazhab Maliki, Hanafi dan Hanbali hinggakan beliau akan menjadi tempat rujukan ke mana sahaja beliau pergi, beliau juga diminta untuk mengeluarkan fatwa di bandarnya Harar dan sekitarnya.

Beliau telah mempelajari ilmu fekah Syafii dan ilmu usulnya dan juga ilmu nahu dan kitab-kitab yang lain antaranya seperti Alfiah Zubad, Kitab Tanbih, Minhaj, Alfiah bin Malik, al-Luma’ as-Syirazi dan banyak lagi dari Syeikh Muhammad Abdul Salam al-Harary, Syeikh Muhammad Omar Jamei’ al-Harary, Syeikh Muhammad Rasyad al-Habasyi, Syeikh Ibrahim Abil Gaish al-Harary, Syeikh Yunus al-Habasyi dan Syeikh Muhammad Siraj al-Jabruty.

Manakala dalam ilmu bahasa arab beliau telah mengambilnya daripada Syeikh as-Soleh Ahmad al-Basir, Syeikh Ahmad bin Muhammad al-Habasyi dan ulama-ulama lain. Lagi tiga mazhab fekah yang lain dan usulnya beliau telah ambil daripada Syeikh Muhammad al-Araby al-Fasy dan Syeikh Abdur Rahman al-Habasyi.

Dalam ilmu tafsir beliau telah mengambil dari Syeikh Syarif al-Habasyi di bandarnya iaitu Jimmah.

Beliau telah mempelajari ilmu hadis dari as-Syeikh Abu Bakar Muhammad Siraj al-Jabruty Mufti Habsyah dan Syeikh Abdul Rahman bin Abdillah al-Habasyi.

Beliau mempelajari ilmu Qiraat 14 dari dan ilmu Hadis dari gurunya yang alim iaitu Syeikh al-Muhaddis Ahmad Abdul al-Muttalib al-Jabaruty al-Habasyi , beliau adalah ketua guru kepada ahli-ahli ilmu Qiraat di Masjidil Haram di Mekah dan dari Syeikh Daud al-Jabruty al-Qori, Syeikh al-Muqri Mahmud Faiz ad-Dair Atony ilmu qiraat yang tujuh.

Ketika beliau berada di Mekah beliau sempat berkenalan dan bersahabat dengan ulama-ulama Mekah diantaranya ialah Syeikh al-Alim as-Said Alawi al-Maliki, Syeikh Amin al-Kitbi, Syeikh al-Muhaddis Muhammad Yasin al-Padani [berasal dari Padang, Indonesia], Syeikh Muhammad al-Araby at-Tabban, beliau juga pernah mengambil ijazah amalan zikir Tariqat an Naqsyabadiah dari Syeikh Abdul Ghafur al-Afghani An-Naqsyabandi.

Kemudian beliau telah pergi ke Madinah al-Munawwarah di sana beliau sempat belajar ilmu-ilmu hadis dan membaca hadis-hadis nabi dari Syeikh al-Muhaddis Muhammad bin Ali al-Siddiq al-Bakry al-Hindi al-Hanafi dan syeikh tersebut mengijazahkan ilmu hadis kepada beliau. Di sana juga beliau sempat pergi ke Maktabah Arif Hikmat dan Maktabah al-Mahmudiah dan mengkaji ilmu-ilmu di sana, dan di katakan beliau telah menghafaz hampir kesemua kitab di dalam maktabah-maktabah tersebut. Di Madinah juga beliau sempat bertemu dengan seorang ulama hadis iaitu Syeikh al-Muhaddis Ibrahim al-Khattani anak murid kepada seorang ulama yang masyhur iaitu Syeikh al-Muhaddis Abdul Qadir Syalbi. Adapun ijazah-ijazah ilmu agama yang beliau perolehi dari ulama-ulama memang sangat banyak tetapi tidak disebutkan di sini.

Selepas itu beliau menuju ke Baitul Muqaddis dan seterusnya ke dataran Syam yang dulu terkenal dengan seorang ulama yang sangat alim iaitu al Muhaddis Syeikh Badruddin al-Hasani tetapi beliau sudah lama meninggal dunia sebelum kedatangan Syeikh Abdullah al-Harary ke sana. Di sana Syeikh Abdullah al-Harary menjadi rujukan dalam masalah-masalah agama bahkan beliau mengembara ke desa-desa dan ke bandar-bandar di antara Dimashq, Beirut, Himsh, Hamah, Halab dan bandar-bandar yang lain di seluruh pelusuk bumi Syam, kemudian dia menetap di Jamik al-Khuthat di satu tempat yang bernama Khaimuriah di Dimashq dan menyampaikan ilmu-ilmu Islam yang berguna dan bermanfaat dan mengajarkannya berteraskan Manhaj atau metodologi Ahlus Sunnah Wal Jamaah, para masyaikh, alim ulama Syam merujuk kepada Syeikh Abdullah tentang bermacam-macam masalah sehingga mereka mengatakan bahawa Syeikh Abdullah ini adalah pengganti kepada al Muhaddis Syeikh Badruddin al-Hasani dari segi ilmu. Kemudian beliau digelar sebagai "Al-Muhaddis Ad-Diyar Asy-Syamiyyah".

Syeikh Abdullah telah menerima ijazah tariqat al-Rifaeyyah dari Syeikh Abdul Rahman al-Sabsabi al Hamawy dan dari Syeikh Tohir al-Kayaly al-Humsi. Beliau sempat menerima ijazah tariqat al-Qadiriyah dari Syeikh Ahmad al-Arbiny dan dari Syeikh at-Toyyib ad-Dimasyqi.

Pada tahun 1950 bersamaan dengan 1370 hijrah beliau telah pergi ke Beirut dan di sambut oleh ulama-ulama di sana seperti Syeikh Taufiq al-Hibry. Dan pada tahun 1969 bersamaan 1389 beliau diminta oleh Rector al-Azhar cawangan di Lubnan untuk mengajar ilmu akidah di sana.

Sifatnya:

Syeikh Abdullah adalah seorang yang warak, tawadhuk, kuat mengerjakan ibadat, banyak berzikir, sentiasa menggunakan masanya untuk menyampaikan ilmu agama dengan mengajar dan berzikir, seorang yang zuhud sehingga susah untuk melihat beliau dalam satu masa dia tidak menggunakan masanya melainkan menyempurnakan masa tersebut untuk mengajar atau zikir atau membaca atau menyampaikan nasihat. Kuat berpegang dengan Kitab [al-Quran] dan Sunnah, mempunyai ingatan dan kecerdasan akal yang kuat dengan hujah dan dalil yang teguh, sangat adil dalam munghukumkan sesuatu, sentiasa memerangi terhadap siapa sahaja yang melanggar syarak, mempunyai kekuatan dan semangat yang tinggi dalam amal makruf dan nahi munkar hinggakan golongan bidah berhasad dan menfitnahnya, tetapi Allah memberkati amalannya dan memelihara manhaj Ahlus Sunnah hinggakan telah lahir beribu-ribu anak muridnya bertebaran di muka bumi ini dari Negara Arab, Eropah, Afrika, Australia dan juga Asia.

Penulisannya:

Syeikh Abdullah al-Harary sebenarnya tidak mempunyai waktu yang mencukupi untuk mengarang banyak kitab kerana beliau amat sibuk dengan pengajaran dan memperbetulkan akidah-akidah manusia, di samping menentang golongan sesat yang mereka cipta perkara baru dalam agama. Walaubagaimanapun dalam kesibukan itu beliau tetap juga menulis pelbagai karangan dan risalah-risalah antaranya ialah :

1. Syarah Alfiah As-Suyuthi.
2. Qosidah Fil I’tiqodi.
3. As-Shirothul Mustaqiim.
4. Ad-Dalilul Qawim ‘Ala As-Shirothil Mustaqiim.
5. Mukhtasar Abdillah Al-Harary Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dharury ‘Ala Mazhabi Asy-Syafii. [Kitab yang diterjemahkan ini]
6. Mukhtasar Abdillah Al-Harary Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dharury ‘Ala Mazhabi Al-Imam Malik
7. Mukhtasar Abdillah Al-Harary Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dharury ‘Ala Mazhabi Abi Hanifah.
8. Bughyah At-Tholib li Ma’rifatil Ilmi Ad-Deenil Wajib.
9. At-Ta’aqqub Al-Hatsits ‘Ala Man Tho’ana fi Ma Sohha Minal Hadis.
10. Nashratul Ta’aqqubil Hatsits ‘Ala Man Tho’ana Fima Sohha Minal Hadis
11. Ar- Rawa-ihuz Zakiyyah fi Maulidi Khairil Bariyyah.
12. Syarah Aqidah An- Nasafiyyah.
13. Syarah Al-fiyah Al-Zubad fi fiqhi Asy- Syafii.
14. Syarah Matan Abi Syujaa’ Fi Fiqhi Asy Syafii
15. Syarah As-Shirothil Mustaqiim.
16. Syarah Matnil ‘Ashmawiyyah.
17. Syarah Mutammimah Al-Aa jurumiyah fin Nahu.
18. Syarah Al-Baiquniyyah.
19. Shorihul Bayan fi Roddi ‘Ala Man Khalafal Quran.
20. Al-Maqoolaat As-sunniyyah fi Kasyfi Dhalalaat Ahmad bin Taimiyah.
21. Kitab Ad-Durrin Nadhidi Fi Ahkamit Tajwid.
22. Idzhar Al-‘Aqidah As-Sunniyyah bi Syarah al-‘Aqidah At- Thohawiyah.
23. At-Tahzir al-Wajib
24. Mandzumah “Nasihat At-Thullab”.
25. Risalah Fi Buthlan Da’wa Awwaliyyatil An-Nurul Muhammady.
26. Risalah Fi Roddi ‘ala Qaulil ba’dhi Innar Rasula ya’lamu kulla Syai’in ya’lamuhumullah.
27. Ad-Durarul Bahiyyah Fi Halli Alfadz Al-‘Aqidah At-Tahawiyah.
28. Al-Ghaaratul Imaniyyah Fi Roddi Mafasidi At-Tahriryyah.
29. Syarah Mandzumah As-Shibyan fil ‘Arudh
30. Syarah As-Sifat Ats-Salats ‘Asyarata Al-Wajib Lillah
31. Al’Aqidah Al-Munjiyyah
32. Syarah At-Tanbih
33. Syarah Manhaj At-Tullab.
34. Syarah Kitab Sullamit Taufiq ila Mahabbatillah ‘Ala Tahqiqi Lil Syeikh Abdillah Ba’lawi

Kewafatannya:

Beliau kembali ke Rahmatullah pada fajar hari selasa 2 Ramadhan 1429 Hijrah bersamaan 2 September 2008 Masihi di rumahnya di Beirut pada usia 105 tahun, disembahyangkan oleh jutaan umat Islam di Masjid Burj Abi Haidar Beirut dan di makamkan berdekatannya.

Beliau adalah ulama yang hebat dan dikenali dengan gelaran Al-Muhaddith (ulama pakar Hadith, Syeikhul Islam dan sebagainya dari gelaran yang mulia. Rahimakallahu Ya Syeikh Abdullah Al-Harari.



" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

20 Januari 2009

MUSAILAMATUL KAZZAAB DI ZAMAN MODEN ?!

MUFTI SAUDI MENGAKU DIRINYA MAQAM NABI (BERBUKTI)

MUFTI NEGARA SAUDI ARABIA YANG BANYAK MENYOKONG AMERIKA DAN YAHUDI ZIONIS MENGAKUI DIRINYA SEBAGAI MENGAMBIL-ALIH TEMPAT DAN BERMARTABAT MAQAM KENABIAN. SELAIN MENDAKWA DIRINYA BERMARTABAT MAQAM NABI, MUFTI TERSEBUT TURUT MEMBERITAHU DIRINYA SEBAGAI MUFTI ITU LEBIH MULIA DARI PARA SAHABAT NABI DAN PARA TABI'EIN

Mufti negara Saudi Arabia Abdul Aziz Bin Abdullah Al-Asyeikh

Bukti Mufti Saudi Mengaku mengambil-alih tempat Nabi:
http://www.okhdood.com/?act=artc&id=3396

MUFTI NEGARA SAUDI ARABIA YANG BANYAK MENYOKONG AMERIKA DAN YAHUDI ZIONIS MENGAKUI DIRINYA SEBAGAI PENGAMBIL-ALIH TEMPAT NABI BERMARTABAT KENABIAN. SELAIN MENDAKWA MARTABATNYA ADALAH MAQAM NABI, MUFTI SAUDI TERSEBUT TURUT MEMBERITAHU DIRINYA SEBAGAI MUFTI ITU LEBIH MULIA DARI PARA SAHABAT NABI DAN PARA TABI'EIN

Mufti negara Saudi Arabia sekarang yang bernama Abdul Aziz Bin Abdullah Al-Asyeikh (gambar) yang terkenal membawa fahaman Wahhabi sejak beberapa tahun terdahulu kini mengaku dirinya mengambil-alih tempat Nabi Muhammad dan mendakwa dirinya mempunyai kehormatan yang tinggi melebihi para Sahabat Nabi dan para tabi'ien.

Pengakuan tokoh Wahhabi tersebut dinyatakan olehnya sendiri yang dirakamkan pada 19/01/2009 M dalam satu muktamar yang dinamakannya sendiri sebagai Muktamar Fatwa Wa Dhowabituha di Mekah.

PERINGATAN :

Hadith Nabi yang bermaksud: " Ulama itu pewaris Nabi " tidak langsung bererti ulama itu mengambil tempat dan maqam kenabian! tetapi bererti ulama Islam itu penyampai ilmu yang telah disampaikan oleh Nabi secara benar dan amanah.

teks asal: anak_perlis898965457475@yahoo.com.my

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

17 Januari 2009

AQIDAH AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH (V.KLIP)



TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH

ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT

ALLAH MAHA HIDUP, DIA ADA TANPA BERTEMPAT

ALLAH MAHA AGUNG,
MAHA SUCI DARI BERTEMPAT, BERBENTUK & BERMASA

ALLAH MAHA HIDUP, DIA ADA TANPA BERTEMPAT

ALLAH MAHA AGUNG,
MAHA SUCI DARI BERTEMPAT, BERBENTUK & BERMASA

ALLAH MAHA PENGASIH TIDAK BERSIFAT
DENGAN SIFAT TURUN ATAU NAIK


TIDAK JUGA BERSIFAT DUDUK MAHUPUN MEMPUNYAI BATASAN

SUCIKANLAH ALLAH (DARI SEBARANG PENYERUPAAN)
NESCAYA KAMU AKAN BEROLEH KESEJAHTERAAN

ALLAH MAHA HIDUP, DIA ADA TANPA BERTEMPAT

ALLAH MAHA AGUNG,
MAHA SUCI DARI BERTEMPAT, BERBENTUK & BERMASA

MENYERUPAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUQ CIPTAANNYA

ADALAH KEKUFURAN DAN SEBURUK-BURUK KEJAHATAN

MAHA SUCI ALLAH DARIPADA DILIPUTI ARAH

ALLAH MAHA PENCIPTA SEBELUM DICIPTAKAN TEMPAT & ARAH

ALLAH MAHA HIDUP, DIA ADA TANPA BERTEMPAT

ALLAH MAHA AGUNG,
MAHA SUCI DARI BERTEMPAT, BERBENTUK & BERMASA

INI ADALAH I'TIQAD (PEGANGAN) PARA RASUL

DAN PARA WALI YANG SOLEH

DAN PARA MALAIKAT ALLAH YANG MEMBANTU,

MAKA TETAPLAH DI ATAS AQIDAH ITU SETIAP MASA

ALLAH MAHA HIDUP, DIA ADA TANPA BERTEMPAT

ALLAH MAHA AGUNG,
MAHA SUCI DARI BERTEMPAT, BERBENTUK & BERMASA

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT (rakaman)


اللهُ مَوْجُوْدً بِلاَ مَكَانٍ

ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT


PENJELASAN AKIDAH ISLAM
"ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT"

OLEH :
DR. SYEIKH SALEEM 'ALWAN AL-HASANIY
(SEORANG ULAMA BERKETURUNAN RASULULLAH)




Sila Klik Untuk Dengar

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Alhamdulillah Tuhan Sekalian alam. Alhamdulillah telah memberi hidayah kepada kita semua, jika bukan dengan pemberian hidayah Allah kepada kita, kita semua tidak akan mendapat hidayah kecuali Allah menetapkan hidayah kepada kita.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad Rasulullah,ahli keluarga baginda, para sahabat dan pengikut baginda.

Maka disini Kami katakan:

Wahai seluruh umat Islam!
Ketahuilah sesungguhnya kepercayaan bahawa "Allah ta'ala wujud tanpa bertempat" merupakan akidah junjungan besar kita Nabi Muhammad, para sahabat, ahlil bait baginda dan semua yang mengikut mereka dengan kebaikan.

ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT.

Ini kerana Allah ta'ala tidak memerlukan kepada makhluk-makhlukNya,azali dan abadinya Allah Tidak memerlukan kepada selainNya. Maka Allah tidak memerlukan kepada tempat untuk diduduki dan tidak merlukan kepada benda untuk diliputiNya dan Dia tidak memerlukan kepada arah. Cukup sebagai dalil pada mensucikan Allah dari bertempat atau berarah itu dengan firman Allah ta'ala yang bermaksud:

" Tiada sesuatupun yang menyerupai Allah".

Sekiranya Allah bertempat maka sudah pasti bagiNya persamaan dan berukuran tinggi lebar, dalam, dan sesuatu yang sedimikian pastinya adalah makhluk dan memerlukan kepada yang lain menetapkan ukuran panjangnya, lebarnya, dalamnya. Demikian tadi dalil 'Allah Wujud Tanpa Bertempat' dari Al-Quran.

Manakala dalil dari hadith Nabi pula adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan selainya dengan sanad yang sohih bahawa Rasulullah (selawat dan salam keatasnya) bersabda yang bermaksud:

"Allah telah sedia wujud (azali) dan selain Allah tiada sesuatupun
yang sedia wujud (azali)".

Makna hadith Nabi tadi adalah Allah telah sedia ada pada azal lagi, tidak ada bersama Allah selainNya, air belum ada lagi, udara belum ada lagi, bumi belum wujud lagi, langit belum wujud lagi, kursi belum ada lagi, arasy belum ada lagi, manusia belum wujud lagi, jin belum wujud lagi, malaikat belum ada lagi, masa belum ada lagi, tempat belum wujud lagi dan arah juga belum wujud lagi.

Manakala Allah telah sedia wujud tanpa tempat sebelum tempat dicipta dan Allah tidak sama sekali memerlukan kepada tempat. Inilah yang dinyatakan dari Hadith Nabi tadi. Saidina Ali (semoga Allah meredhoinya) berkata:

" Allah telah sedia ada tidak bertempat dan Allah sekarang juga
atas sediakalaNya tanpa bertempat".
Diriwayatkan oleh Imam Abu Mansour Al-Baghdady dalam kitabnya
Al-farqu Bainal Firaq.

Dari segi akal, sebagaimana diterima akan kewujudan Allah ta'ala itu tanpa tempat dan tanpa arah sebelum adanya tempat dan arah maka benarlah kewujudan Allah itu setelah mencipta tempat Dia tidak bertempat dan tidak memerlukan arah. Dalil ini semua, bukanlah menafikan kewujudanNya sepertimana yang dituduh oleh ajaran yang menjisimkan dan menyamakan Allah dengan makhluk pada zaman ini iaitu ajaran Wahhabiyah.

Kita mengangkat tangan ke langit ketika berdoa bukanlah kerana Allah berada dilangit akan tetapi kita mengangkat tangan ke langit kerana langit merupakan kiblat bagi doa, tempat terkumpulnya banyak rahmat dan berkat. Sepertimana kita menghadap ke arah ka'bah ketika solat tidaklah bererti Allah itu berada di ka'bah akan tetapi kerana ka'bah itu kiblat bagi solat. Inilah yang telah dinyatakan oleh para ulama Islam.

Saidina Ali (semoga Allah meredhoinya) turut menjelaskan:
" Akan kembali satu kaum dari umat ini ketika hampir hari kiamat kelak mereka menjadi kafir, lantas sesorang lelaki bertanya: ' Wahai amirul mu'minin! Kekufuran mereka itu disebabkan apa? kerana mengada-adakan sesuatu dalam urusan agama atau mengingkari sesuatu dalam agama?' Saidina Ali menjawab: Kekufuran mereka kerana mengingkari sesuatu dalam agama iaitu mereka mengingkari Pencipta mereka dengan menyifatkan Pencipta itu berjisim dan beranggota". Diriwakan oleh Ibnu Al-Mu'allim Al-Qurasyi dalam kitabnya berjudul Najmul Muhtady Wa Rojmul Mu'tady. Berkata Imam Zainul Abidin (semoga Allah meredhoinya):

" Engkaulah Allah yang tidak diliputi tempat". Diriwayat oleh Al-Hafiz Az-Zabidy.

Imam Abu Hanifah menyatakan dalam kitabnya Fiqhul Absat: " Allah ta'ala telah sedia ada tanpa tempat, Allah telah sedia wujud sebelum mencipta makhluk, dimana sesuatu tempat itu pun belum wujud lagi, makhluk belum ada lagi sesuatu benda pun belum ada lagi, dan Allah lah yang mencipta setiap sesuatu.

Dinyatakan dengan sanad yang sohih oleh Imam Baihaqi dari Abdullah bin Wahb berkata:
" Ketika kami bersama dengan Imam Malik, datang seseorang lelaki lantas bertanya: 'Wahai Abu Abdillah Imam Malik! 'Ar-Rahman 'Alal Arasyi Istawa' bagaimana bentuk istiwa Allah? maka Imam Malik kelihatan merah mukanya kemudian beliau mengangkat wajahnya lantas berkata: 'Ar-Rahman 'Alal Arasyi Istawa' ianya sepertimana yang telah disifatkanNya dan tidak boleh ditanya bentukNya kerana bentuk itu bagi Allah adalah tertolak dan aku tidak dapati engkau melainkan seorang pembuat bid'ah! maka keluarkan dia dari sini".
Manakala riwayat yang berbunyi 'dan bentuk bagi Allah itu adalah dijahili' ianya riwayat yang tidak sohih.

Imam kita Imam Syafie (semoga Allah meredhoinya) telah berkata: " Barangsiapa mempercayai Allah itu duduk di atas Arasy maka dia telah kafir". Diriwayatkan oleh Ibnu Al-Mu'allim Al-Qurasyi dalam kitabnya Najmul Muhtady Wa Rojmul Mu'tadi.

Berkata juga Imam Ahmad bin Hambal (semoga Allah meredhoinya) : " Barangsipa yang mengatakan Allah itu jisim tidak seperti jisim-jisim maka dia juga jatuh kafir".Diriwayat oleh Al-Hafiz Badruddin Az-Zarkasyi dalam kitabnya Tasynif Al-Masami'.

Berkata Imam Ahli Sunnah Wal jamaah Imam Abu Hasan Al-Asy'ary dalam kitabnya berjudul An-Nawadir: " Barangsiapa yang mempercayai Allah itu jisim maka dia tidak mengenali Tuhannya dan sesungguhnya dia mengkufuri Allah".
Maka jelaslah dari kenyataan Imam Al-Asy'ary tadi bahawa kitabnya yang berjudul Al-Ibanah pada hari ini telah ditokok tambah.


Berkata Imam Abu Ja'far At-Tohawi yang mana beliau ini merupakan ulama As-Salaf As-Soleh: " Maha suci Allah dari mempunyai ukuran, penghujung, sendi, anggota dan benda-benda kecil dan Allah tidak diliputi dengan mana-amana arah enam sepertimana makhlukNya".
Beliau berkata lagi: " Barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan sifat-sifat makhluk maka dia jatuh kafir".

Antara sifat makhluk adalah bergerak,duduk diam, turun, naik, bersemayam, duduk, berukuran, bercantum,berpisah,berubah, berada di tempat,berarah, berkata-kata dengan huruf, suara, bahasa dan lain-lain.

Telah dinukilkan oleh Imam Al-Qorofy dan Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitamy dan selainya menukilkan kenyataan bahawa: " Imam Syafie, Imam Malik Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah (semoga Allah meredhoi mereka) berkata bahawa jatuh hukum kufur bagi sesiapa yang berkata Allah itu ber-arah dan berjisim dan benarlah penghukuman Imam-imam tadi".

Wahai seluruh orang-orang muslim.
Kami mengakhiri penjelasan ini dengan ungkapan kaedah yang dinyatakan oleh Imam Ahmad Bin Hambal (semoga Allah meredhoinya): " Segala yang terbayang dibenak fikiranmu maka ketahuilah bahawa Allah tidak sedemikian" . Dan ini merupaka kaedah yang telah disepakati disisi seluruh ulama Islam.

Berkata Imam kita Abu Bakar (semoga Allah meredhoinya): "Merasai diri itu lemah dari membayangi zat Tuhan maka itulah tauhid mengenal Tuhan dan memcari-cari serta membayangkan zat Tuhan itu pula adalah kufur dan syirik".

Alhamdulillah kita berada dalam akidah yang benar ini, memohon kepada Allah ta'ala agar mematikan kita diatas pegangan ini. Amin ya Arhamar Rohimin Wa akhiru da'wana 'anil hamdulillahi robbil 'alamin.

Diterjemah oleh:
Ustaz Rasyiq Alwi www.ustaz-rasyiq.blogspot.com

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

16 Januari 2009

MUSUH ISLAM

SYEIKH AL-WAHHABI AL-MUHANDITH SA’AH AL- ALBANI.

NAMA:
Muhammad Nasiruddin Bin Nuh Al-Albani.

TEMPAT LAHIR:
Asyqodar Albania.

TAHUN LAHIR:
1912M.

LATAR BELAKANG:
Dikatakan dia dihalau dari Kota Albania lantas merantau ke bumi Syam di Dimasyk. Setibanya di Dimasyq, Albani berkerja membaiki jam sambil meninggalkan pengajian agama. Kekadang sahaja mencuba-cuba beri fatwa dan hokum pada Hadith Nabi, kemudian berlakulah pelbagai kecelaruan pada menghukum Hadith Nabi sehingga pada suatu hari Albani mengsahihkan satu Hadith Nabi keesokkannya pula hadith yang sama dihukum sebagai palsu pula. Kepeningan ini hanya terbit dari Al-Muhandith Sa’ah ini sahaja. Kerana itulah kita dapati Wahhabi sendiri menyatakan bahawa ayah kepada Al-Bani ini murka dan marah pada anaknya itu ( Al-Bani Wahhabi) kerana mengatakan sesuatu dalam agama tentang apa yang dijahili.

Sepertimana yang dinyatakan oleh orang-orang Wahhabi sendiri bahawa AlBani ini dipenjara sebanyak dua kali di Dimasq Syria dek memberi hokum yang menyimpang dari Islam sebenar.

Namun Albani tetap bertegas dengan akidahnya yang menjisimkan Allah lantas dihalau dari Negara Syiria. Kemudian Albani bertekad untuk menyebarkan agama barunya Al-Wahhabiya ke tanah Jordan.Setibanya di Jordan dia terkenal juga dengan gelaran Mutamahdith dikalangann umat Islam yang membawa erti “Seorang Yang Jahil Ilmu Hadith Tapi Nak Bagi Hukum Pada Hadith”.

Ramai ulama Islam yang menolak fahaman baru Albani ini. Begitu juga Wahhabi pun mengkafirkan Albani. Agak pelik Wahhabi ini kafirkan sesame sendiri.

TARIKH DICABUT NYAWA:
1 Oktober 1999M di Jordan. Dikatakan Kuburnya Dipenuhi Dengan Ular.

PENYELEWENGAN DALAM AQIDAH:
- Berakidah Zat Allah Meliputi Alam Seperti Kulit Telur Meliputi Isi Telur.
- Mengkafirkan Umat Islam.
- Menghukum Kafir Terhadap Kesemua Umat Islam Di Palestin.
- Menyokong Yahudi Merampas Tanah Palestian.
- Memperlekehkan Sahabat Nabi.
- Banyak lagi…

PENYELEWENGAN DALAM FEQAH:
- Mengharamkan Ambil Wuduk (Lebih Dari Gengaman Tangan)
- Mewajibkan Umat Islam Di Palestian Keluar Dari Palestian.
- Memperlekehkan Isteri Nabi Muhammad.
- Menyamakan Mazhab Hanafi Dengan Kristian Bible.
- Mensahihkan Hadith Yang Dirinya sendiri Telah Menghukum Palsu Sebelumnya.
- Banyak lagi…

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

MUSUH AGAMA

SYEIKH WAHHABI SOLEH AL-UTHAIMIEN Anak Murid Bin Baz


SYEIKH AL-WAHHABI AL-UTHAIMIEN

NAMA:
Muhammad Bin Soleh Bin Muhammad Al-Uthaimien.

TEMPAT LAHIR:
Najd ( Riyad ).

LAHIR:
1926M.

MATI:
2001.

STATUS:
Anak Murid Bin Baz.

PENYELEWENGAN DALAM AQIDAH & FEQAH:
- Mengkafirkan Umat Islam.
- Mengutuk & Mengkafirkan Aqidah Imam Nawawi.
- Menghukum Sesat Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani Dalam Aqidah.
- Menolak & Menafikan Kenabian Nabi Adam.
- Berakidah Allah Ada Dua Tangan Seperti Makhluk (hakiki).
- Berakidah Zat Allah Di a Atas Arasy.
- Berakidah Allah Duduk.
- Mewajibkan Permindahan Maqam Nabi Dari Tempat Asal Baginda.
- Banyak lagi…

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "