Telah diriwayatkan sebuah kisah benar yang telah berlaku kepada Sayyiduna Ali Karamallahu Wajhah...satu kisah yang mudah-mudahan dapat menerobos ke dalam hati sanubari PENCINTA DUNIA TEGAR...di antara mereka mungkin aku, mungkin juga kamu..semoga kita semua beroleh keinsafan...
Suatu ketika, Saiyyiduna Ali Karamallahu Wajhah telah melintasi sebuah kawasan tanah perkuburan yang dinamakan Al-Jabbaanah.Sewaktu melalui kawasan tersebut beliau telah memberi salam kepada ahli kubur "Assalamu'alaikum ya ahlal qubuur !". Dengan izin Allah salam Saiiyiduna Ali telah dijawab oleh ahli kubur bahkan dapat didengari jawaban tersebut di telinga beliau "Wa'alaikassalam Ya Amiiral Mukminin !".
Sesudah itu berlakulah dialog di antara mereka :
Saiyyiduna Ali bertanya :
"Wahai ahli kubur bolehkah kamu memberitahu kepadaku apakah yang terjadi kepada kamu (di alam kubur/barzakh) ataukah kamu mahu aku memberitahu kamu semua apa yang terjadi kepada kami (di alam dunia)?!"
Ahli Kubur Menjawab :
" Wahai Amirul Mukminin kamu beritakanlah kepada kami perihal yang berlaku kepada kamu (di alam dunia) ! "
Sayyiduna Ali berkata :
"Ketahuilah oleh kamu wahai ahli-ahli kubur, rumah-rumah kamu telah diduduki oleh orang selain dari ahli kamu, isteri-isteri kamu telah berkahwin dengan lelaki-lelaki lain dan kesemua harta benda serta hakmilik kamu di dunia dahulu semuanya telah menjadi hakmilik orang lain".
...begitulah dialog yang terjadi di antara dua dunia yang begitu berbeza...di antara dunia yang penuh kesepian,keseorangan dan penyesalan dengan dunia yang penuh kepalsuan.
Maka renungkanlah :
Betapa segala kemewahan, keseronokan serta keindahan dunia hnyalah sementara. Kepada Yang Esa jualah kita akan kembali.Mati pasti akaa datang kepada sesiapa sahaja di antara kita dan...ke liang lahad yang sempit lagi gelap itulah kita akan bersemadi.
" YA ALLAH YA TUHAN KAMI,
JANGANLAH KAU JADIKAN DUNIA YANG FANA INI
KEUTAMAAN KAMI...
SESUNGGUHNYA TIADA KEHIDUPAN (YANG HAKIKI) MELAINKAN KEHIDUPAN AKHIRAT "
Syeikhuna Ulama' Ikutan Ummah ! - Al-Muhaddith Sayyid 'Alawi Al-Maliki
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjidil Haram Makkah di Bab As-Salam mengenai Ilmu Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dituduh oleh Wahhabi sebagai Toghout Baabis Salam. Wahhabi adalah perosak Islam... Klik Gambar!
Aku seperti Kamu juga seperti mereka...Musafir Kelana mengembara di alam fana...berhenti seketika berteduh di bawah pepohon dunia...lalu aku berlalu...pasti akan berlalu meninggalkan pepohon itu selamanya!
Maksudnya: ‘Amalan yang paling baik ialah beriman dengan Allah dan RasulNya ‘.
Beriman dengan Allah dan RasulNya iaitu Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam merupakan amalan yang paling baik dan utama serta dikasihi oleh Allah.
Amalan-amalan soleh seperti sembahyang, puasa, haji, zakat dan lain-lain tidak sah serta tidak diterima oleh Allah kecuali disertai dengan keimanan kepada Allah dan RasulNya.
Orang kafir yang tidak beriman dengan Allah dan RasulNya tidak diterima amalan kebaikan yang mereka lakukan. Bagaimanakah Allah hendak menerima kebaikan yang mereka lakukan dalam keadaan mereka kafir kepada Allah yang menjadikan mereka serta yang memberikan mereka kehidupan, rezeki dan lain-lain.
Oleh itu Allah hanya terima amalan kebaikan iaitu amalan soleh dari orang yang beriman dengan Allah dan RasulNya sahaja iaitu orang MUSLIM atau MUKMIN.